BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


25 Okt 2010

Pesananku buat Muslimah

Hari ini saya kaku, beku, tidak dapat bergerak, buntu dan kejang seketika. Fikiran saya bercampur baur tidak tahu apa yang difikirkan sebelum tiba-tiba tersenyum tawar membaca sebuah blog seorang perempuan yang menceritakan kisah silam dirinya yang masih mentah tentang erti sebuah kehidupan.

Kebetulan hari ini saya mempunyai masa terluang, jadi saya cuba mencari maklumat di sebalik Teori Konspirasi bagi mencari siapa di sebalik tabirnya dan berapa ramai pengikutnya. Sebenarnya saya bukanlah berminat dengan teori ini namun hanya meneliti sejauh mana pengaruhnya dalam masyarakat umat Islam di negara ini.


Kisah Seorang Perempuan
Dalam pencarian itu, saya bertemu sebuah blog yang kelihatan berminat dengannya dan penulisnya memaparkan artikel yang di copy paste tanpa dinyatakan sumber. Apabila saya mencari maklumat di archive, saya terbaca kisah silam yang dilakonkannya kembali dalam bentuk tulisan.

Dia mengakui telah terlanjur (tidak dipastikan apa maksudnya. MUNGKINKAH ZINA?) beberapa kali dan buayafren nya setiap kali selepas melakukannya pasti akan mengulangi dialog penyesalan yang sama.
-ini yg terakhir -
- minta maaf -
- tidak akan ulangi sehingga bernikah-

Astaghfirullah. Kalau kali pertama MUNGKIN kita boleh mengatakan terkhilaf, jahil dan tertipu, Namun bila dilakukan berkali-kali itu adalah sengaja mencari penyakit. Tidakkah dia merasakan bahawa dirinya sudah menjadi bahan pemuas nafsu? Beliau kemudian berasa kotor dan bertaubat kepada Allah di atas dosa-dosa yang dilakukannya, menangis dan memohon ampun. Tangisan setiap malam kepada Allah moga diampunkan dosa dan bertekad untuk tidak melakukannya lagi. Moga Allah mengampun dosanya.

Namun apabila entri yang lebih baru menunjukkan dia masih berhubungan dengan buayafren tersebut dan masih ber'ayang-ayang', saya terfikir kembali tentang taubatnya. Bukan kerja kita untuk menilai amalan keinsafan seseorang, namun kenapa masih mencari penyakit? Walaupun kelihatan dia berjaya mengelak dari 'over night' bersama buayafren tersebut, namun persetujuan untuk keluar bersama pada mulanya itu menimbulkan tanda tanya. Apakah masih tidak serik?

Percayalah wahai Muslimat, lelaki ini banyak muslihatnya. Walau sepandai mana anda menjaga diri, walaupun seinsaf mana anda, namun apabila bersama dengan lelaki, anda pasti akan tewas dengannya. Bukan hanya dia yang akan memujuk rayu anda, bahkan bersama dia adalah segerombolan syaitan ada bersamanya. Berapa ramai 'ustazah' yang tewas dengan pujuk rayu lelaki, berapa ramai gadis yang berjaya dirosakkan pada pertemuan pertama dengan lelaki yang baru dikenalinya. Inikan pula anda yang sudah lama kenal dan pernah berpengalaman melakukanya.

Pesananku buat Muslimah
Wahai Muslimah seagamaku,
- Waspadalah apabila ada lelaki mengajak kamu keluar bersama walaupun dia seorang yang nampak alim (alimkah lelaki yang mengajak wanita keluar berdua-duaan).

- Waspadalah apabila ada lelaki mengajak kami keluar bersama walaupun dia tunang kamu. (Bertunang bukan tiket untuk kamu keluar berdua-duaan)

- Waspadalah apabila ada lelaki mengajak kamu belajar bersama-samanya. (Berapa lama dia akan dapat bertahan dengan kamu apabila berdua-duaan)

- Waspadalah apabila ada lelaki menjemput kamu berseorangan walaupun berkereta ke tempat meeting, daurah, liqo', mukhayyam dan sebagainya. Saya amat berharap virus ini tidak menyerang para duat, jika tidak, apalagi yang ingin diharapkan dari golongan ini.(walaupun pernah dengar kisah ini)

- Waspadalah dengan MANA-MANA LELAKI kerana mereka mempunyai nafsu. Anda juga mempunyai nafsu. Mungkin sekarang anda kata tidak mahu, namun bila berdepan dengannya, anda pasti tewas dengan pujuk rayu iblis yang berpengalaman menggoda ummat manusia. Berapa ramai yang mempunyai prinsip tetapi tewas dengan godaan iblis.

Jika benar lelaki itu ikhlas ingin memilikimu, pasti dia akan berani bertemu keluargamu untuk melamarmu. Ingatlah, syaitan pasti tidak akan sunyi dari idea kreatifnya untuk memerangkap kamu agar berzina.
Jika benar lelaki itu mencintaimu, pasti dia tidak akan menyentuhmu sehingga kamu menjadi yang halal untuknya.

Bagaimana mungkin perhubungan yang dimulai dengan melakukan larangan Allah ini akan mendapat redha Allah? Anda berdoa kepada Allah untuk semoga dia menjadi pasangan anda tetapi dalam pada masa yang sama anda melanggar perintah Allah? Jika anda berjaya berkahwin dengannya (walaupun melakukan dosa dengan pasangan anda sebelum itu), apakah mungkin perkahwinan anda akan dirahmati dan bahagia? Jika anda bahagia, selama mana bahagia itu akan kekal? Apakah nasib anak keturunan anda? Adakah akan mengulangi kisah hidup anda atau lebih teruk dari anda?Ringan-ringan-bakal-lahirkan-keluarga-a-zuriat-zina. Barangkali ini boleh membantu anda menjawab persoalan itu.

Kepada muslimah, jagalah diri anda dari disentuh oleh mana-mana lelaki. Ingatlah, jika anda membiarkan diri anda disentuh oleh lelaki, anda akan dipandang rendah termasuk oleh lelaki yang menyentuh anda itu walaupun anda hanya membenarkan lelaki itu seorang menyentuh anda. Apalagi jika melakukan lebih dari itu (baca : BERZINA). Bahkan dia beranggapan akan juga pasti melakukan zina dengan lelaki lain juga walaupun anda tidak melakukannya. Konon anda menyerah diri anda kerana cinta, konon anda memberi keizinan pegang tangan tanda sayang, hakikatnya anggapan lelaki adalah berlainan. Kadang-kadang kesian kepada Muslimah yang begitu perasan bila dipuji.Mudahnya mengambil hati dan membeli jiwa mereka.

Jangan mudah menyerah, jangan mudah menyerahkan kepercayaan anda kepadanya. Berhati-hatilah dengan lelaki, jangan ambil mudah perihal nafsu mereka.  Saya berdoa moga kita semua terhindar dari terpedaya dengan pujuk rayu iblis.

*Tulisan ini tidak berniat untuk memperkecilkan taubat di penulis blog tersebut, apalagi mengaibkannya. Justeru kerana itulah saya tidak menyiarkan link ke sana. Jika anda terasa diri anda adalah penulis blog yang saya maksudkan, usah memalukan diri anda sendiri, bahkan mungkin itu hanya perasaan anda. Justeru, ambillah pengajaran dan iktibar terutama dari link yang saya sertakan. Jika anda mengetahui atau pernah terbaca tentang kisah ini, mohon tidak didedahkan di sini kerana tidak semestinya ia adalah orang yang sama. Moga kita beroleh iktibar dari kisah ini.


6 ulasan:

alFaratisyah berkata...

Jazakallah atas perkongsiannya, moga menjadi peringatan buat kami para muslimah.

~Ya Allah jauhkanlah kami dari murkaMU, berikan kami petunjukMU, kami mohon wahai RABB yang jiwa kami brd di TanganNYA, jangan bolak-balikkan hati kami setelah ENGKAU memberikan kami hidayahMU~

Al - Mu'allim berkata...

Ameen.

InshaAllah. Moga kita terus thabat di atas jalan dakwah

muslimah soleha berkata...

Salam akhi..

Alhamdulillah atas pesanan buat muslimah ini, sgt2 bererti. Byk sgt2 ilmu yg dititipkan disini..teruskanlah menulis ye akhi, Moga ALLAh kasih padamu..
syukran sudi komen dan berkunjung di blog saya..Moga ALLAh tetapkan hati kita semua atas jalan yg diredhaiNya..

Al - Mu'allim berkata...

Wassalam ukhti

alhamdulillah atas rahmat Allah yang menggerakkan hati untuk terus berkongsi ilmu.

InshaAllah, selagi diberi kesempatan oleh-Nya saya akan terus menulis dan memberi nasihat untuk ummat. Sama-sama kita saling menasihati ummat dan diri sendiri.

Ameen. moga kasih Allah sentiasa bersama kita dan ditetapkan hati kita di jalan-Nya.

Terus beristiqamah dalam menulis ya, ukhti

Tanpa Nama berkata...

syukran ya akhi mohon share ye........

Al - Mu'allim berkata...

Afwan jiddan.

Silakan share. Ambillah apa-apa yang baik di sini dan tegurlah segala kekurangan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails