BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


24 Okt 2010

7 golongan mendapat naungan arasy

“Tujuh golongan yg akan dinaungi oleh Allah di bawah naungan-Nya di hari tdk ada naungan kecuali naungan-Nya.; Pemimpin yg adil, pemuda yg sentiasa beribadat kepada Allah semasa hidupnya,orang yg hatinya sentiasa berpaut pada masjid-masjid,dua orang yg saling mengasihi karena Allah, keduanya berkumpul dan berpisah karena Allah, seorang lelaki yg diundang oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan dan rupa paras yg cantik utk melakukan kejahatan tetapi dia berkata, ‘Aku takut kepada Allah!’,seorang yg memberi sedekah tetapi dia merahsiakannya seolah-olah tangan kiri tidak tahu apa yg diberikan oleh tangan kananya, seseorang yg mengingati Allah di waktu sunyi sehingga mengalirkan air mata dari kedua matanya”
(HR. Bukhari Muslim)


Dari Hadith di atas, dapat kita ketahui bahawa ada 7 golongan yang akan mendapat naungan Arasy Allah pada hari kiamat. Sama-sama kita muhasabah diri kita apakah kita termasuk dalam 7 golongan ini.




1. Pemerintah yang adil.
Kepimpinan yang adil adalah sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan apalagi di zaman yang penuh kerosakan ini. Masing-masing memimpin mengikut selesa dan mencari keuntungan untuk diri dan kroni sahaja. Sudah pasti sukar untuk kita mendapat naungan di dalam golongan ini kerana kita bukan Pemerintah, apalagi menjadi Pemerintah yang adil.

2. Pemuda yg sentiasa beribadat kepada Allah semasa hidupnya 
Tujuan Allah menciptakan kita adalah untuk beribadat kepadanya namun berapa kerat kah yang melakukannya? Ibadah adalah luas namun sejauh mana kita memanfaatkan masa dan umur kita untuk beribadah kepada Allah. Alangkah beruntungnya jika kita termasuk di dalam golongan ini. Pasti akan selamat, selamat dunia dan selamat Akhirat.

3. Orang yg hatinya sentiasa berpaut pada masjid-masjid.
Dalam sehari ada 5 waktu, berapa waktukah kita bersolat di masjid? Banyak alasan yang boleh kita boleh berikan untuk tidak bersolat di masjid. Subuh, kita kata lewat untuk ke tempat kerja, Zohor, kita kata kita tak cukup waktu, Asar, kita dalamperjalanan balik dari tempat kerja, Maghrib, kita kata penat baru sampai rumah, Isyak, kekenyangan selepas makan malam. Padahal di negara kita atau di dunia ini masjid ada di mana-mana. Samada nak atau taknak.Moga kita tergolong dalam golongan ini.

4. Dua orang yg saling mengasihi karena Allah, keduanya berkumpul dan berpisah karena Allah
Inilah yang dinamakan ukhuwwah fillah yang selalu kita dengar terbit dari mulut muslimin dan muslimat yang mempunyai fikrah Islam. Apakah benar ukhuwwah kita ukhuwwah fillah yang dimaksudkan dalam golongan ini? Jawapan ada pada kita. Layakkah ukhuwwah kita digolongkan dalam golongan ini? Kalau mineral water di dalam botol sahabat kita pun kita minum sambil menjauhkan dari mulut, apalagi yang lain-lain.

5. Seorang lelaki yg diundang oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan dan rupa paras yg cantik utk melakukan kejahatan tetapi dia berkata, ‘Aku takut kepada Allah!’
Adakah kucing yang menolak ikan yang datang menyerah diri di depan mata pada zaman penuh kerosakan ini? Pasti ada cuma bilangan sedikit. Yang tidak datang menyerah pun menjadi mangsa lelaki durjana, apalagi yang begini. Namun keimanan dan ketaqwaan kepada Allah pasti mampu melawan godaan syaitan laknatullah

6. Seorang yg memberi sedekah tetapi dia merahsiakannya seolah-olah tangan kiri tidak tahu apa yg diberikan oleh tangan kananya
Jarang kita menjumpai orang kaya tetapi dermawan dan ikhlas. Masing-masing menghulurkan derma untuk mendapatkan nama. Cek hanya seribu, tetapi replika cek besar gedabak dan dipanggil semua media menayangkan sifat dermawannya. Malang sekali individu yang mempunyai sikap riya ini. Moga kita dijauhi dari sifat mazmumah ini dan kita tergolong dalam golongan ke-6 ini.


7. Seseorang yg mengingati Allah di waktu sunyi sehingga mengalirkan air mata dari kedua matanya

Berapa ramai antara kita mampu mengalirkan air mata kerana Allah? Yang ada di zaman ini mengalirkan air mata kerana ditinggalkan gelifren atau buayafren. Moga kita sering menjaga diri kita dan menanam rasa cinta yang sebenarnya kepada Allah.

Agak-agak, golongan mana yang berpeluang kita join?

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails