BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


24 Jan 2011

Cium adik perempuan

Ada yang bertanya pandangan, apakah boleh seorang abang mencium adik perempuannya atau kakaknya. Sudah pasti yang ditanya ini adalah tentang adik dan kakaknya yang sebenar dan sudah menginjak usia remaja samada di sekolah menengah atau mahasiswi IPT.

Apa yang saya tahu, hukum asal bagi perbuatan itu adalah harus, namun kita perlu melihat kepada diri dan situasi ketika itu apakah boleh mendorong kepada fitnah atau pun akan menimbulkan perasaan 'tidak enak' dalam diri. Anda mampu menjawabnya namun tidak semua berperasaan begitu. Kadang-kadang sifat malu yang menghalang dari seorang abang mencium adiknya. Samada malu itu dari adik atau abangnya sendiri itu persoalan lain. Ada yang sudah biasa tetap melakukannya tapi ada juga yang tidak biasa berasa janggal untuk melakukannya walaupun dengan ayah dan ibu sendiri.

Ya, tidak ramai muslimat mencium ayah, mereka hanya bersalaman dan mencium tangan sahaja kerana tidak biasa dan malu namun apabila dengan ibu, bukan main lagi mereka bersalaman dan memeluk cium ibu. Muslimin pula langsung hanya mencium tangan ayah dan ibu mereka kerana mereka malu untuk melakukan lebih dari itu. Barangkali dilihat tidak macho.hehe. Jika dengan ibu dan ayah pun malu, apalagi dengan adik dan kakak.


Bagaimana saya? 

Hampir semua adik saya adalah perempuan dan semuanya sudah melepasi bangku sekolah rendah kecuali si bongsu. Dengan ibu dan ayah alhamdulillah saya tidak bermasalah untuk mencium mereka samada semasa raya mahupun bermusafir, tetapi dengan adik perempuan saya sendiri malu melakukannya malah tidak terfikir untuk melakukannya kecuali dengan si bongsu yang manja itu. Bagi saya, cukuplah mereka mencium tangan saya semasa hari raya, ke sekolah, bermusafir mahupun usai solat jemaah keluarga.

Saya akui, zaman sekarang banyak berlaku perkara sumbang sekalipun di dalam keluarga dan perlakuan ini jika dilakukan di luar rumah pasti menimbulkan fitnah. Justeru terpulang kepada individu itu untuk menilai perbuatan mereka itu. Saya yakin dan percaya, kebanyakan sahabat-sahabat yang sering ke sini adalah yang baik-baik dan berilmu justeru bijak untuk menilai apa yang ingin saya katakan.

Bagi sahabat-sahabat yang malu untuk mencium ibu dan ayah, nasihat saya hanyalah satu, kita hanya mempunyai seorang ayah dan seorang ibu sahaja di dunia ini. Usah malu untuk memeluk cium mereka kerana mereka pasti bangga dan gembira. Selagi ada umur, lakukanlah kerana bila mereka sudah pergi, kita tidak lagi ada peluang untuk melakukannya. Ya, kadang-kadang apa yang ada di hadapan kita,jarang kita syukuri dan hargai sehinggalah mereka pergi dan hilang dari sisi kita. 

Terima kasih atas kunjungan ke sini dan saya amat berbesar hati jika ada yang ingin kongsikan pengalaman sendiri. Saya juga memohon teguran jika ada sebarang kesilapan di dalam penulisan ini.

Jazakumullahu khairan kathira.

22 ulasan:

Cik As berkata...

salam...

ya,bagi pandangan cik as isu bila cium adk beradik llki plak mmg agak mnyukarkan.. melainkan adik, okla sbb masih kecilkan..sbgai galakan kasih syg dlm mmberi nasihat.. buat abg2 plak masing2 dah faham.segan..malu. tapi ada kawan cik as sorang ni, dia dah latih dari kecil lagi cium dahi adik bradik diorg...tika salam n lama xjumpa..nampak mesra.. akrab.. suka tengok:) sekadar pkongsian ckit... syukran...

BaiTiL a'tiQa berkata...

Juz,
Pandangan peribadi...

~Wujudnya keadaan begini bergantung kepada tarbiah keluarga...
~ jika diasuh dari kecil, maka menjadi satu kebiasaan(mcm cik as kongsikan).
~ jika sebaliknya, maka mungkin menjadi satu kejanggalan.

"Allah maha mengetahui"

AlFaQirah Fillah berkata...

" kita hanya mempunyai seorang ayah dan seorang ibu sahaja di dunia ini. Usah malu untuk memeluk cium mereka kerana mereka pasti bangga dan gembira. "

terkesan dengan patah2 kata di atas..
Alhamdulillah..
Bila ana bermusafir pernah terdetik utk malu mencium pipi ayah..
tapi..
Allah titipkan pada hati ini..andai ini yang terakhir kali pertemuan dengan ayah dan ibu bermakna ini juga kali terakhir diri mencium pipi ayah dan ibu...

Wallahualam.sekadar perkongsian.

~kueh~ berkata...

berkasih sayang lah kamu sblum terlambat...jgn nanti jasad da terbujur kaku baru mahu peluk cium sesame family...
sekadar peringatan...
same2 kita perbaiki mane yg kurang..
slmt beramal~_~""

alFaratisyah berkata...

salam.

benar sekali, ada antara kita yg keberatan utk memeluk & mencium mak ayah sendiri. bagi ana, rasa malu yg tidak diletakkan di tempat yg sebetulnya.

pengalaman sendiri, memang sudah terbiasa antara kami adik-beradik, , bagi ana sendiri, jarak usia antara ana & abg2 memang agak jauh, yg paling tua, bezanya dlm 20 thn juga, abg yg bongsu jarak usia dlm 8 thn. jadi hal ini tergantung pada keadaan, kalau misalnya ana berusia 23, dan abang 25, mungkin lain pula ceritanya.

terkadang cukup dgn bersalaman dan mencium tgn tanda hormat si adik pd abg. (merujuk kpd kes ni)

apa pun, jgn seperti "lafaz yg tersimpan."
tunjukkan rasa kasih & prihatin kpd kpd mak ayah & keluarga sblm kita terpisah, yg selepas itu, belum tentu di mana titik pertemuan kita...apakah kita diizinkan utk bertemu di syurga-Nya atau sebaliknya.

"..dan selamatkanlah ahli keluargamu dari api neraka..."

wallahua'lam

~sekadar pandangan peribadi, mana yg baik/buruknya tapislah ia mengikut ukuran Islam. =)

Pemerhati Dunia berkata...

Salam.

Maaf ye. Lama sudah tidak berkunjung di sini.

Pada saya, jika bercium pipi dengan adik lelaki saya memang malu tetapi saya lihat adik-adik ipar saya tidak segan silu mencium pipi adik lelaki/abang kerana memang telah dibiasakan sejak kecil oleh mak dan bapa mertua.

Kalau mak ayah, rasanya tidak sempurna jika tidak mencium tangan dan pipi mereka apatah lagi jika hendak merantau jauh.

Mungkin betul juga kata saudara, terpulang pada niat. Jangan dilakukan jika ada perasaan lain dalam hati ketika melihat adik perempuan. Itu sudah menjadi nafsu, jauh-jauhkanlah.

Pemerhati Dunia berkata...

Salam.

Maaf ye. Lama sudah tidak berkunjung di sini.

Pada saya, jika bercium pipi dengan adik lelaki saya memang malu tetapi saya lihat adik-adik ipar saya tidak segan silu mencium pipi adik lelaki/abang kerana memang telah dibiasakan sejak kecil oleh mak dan bapa mertua.

Kalau mak ayah, rasanya tidak sempurna jika tidak mencium tangan dan pipi mereka apatah lagi jika hendak merantau jauh.

Mungkin betul juga kata saudara, terpulang pada niat. Jangan dilakukan jika ada perasaan lain dalam hati ketika melihat adik perempuan. Itu sudah menjadi nafsu, jauh-jauhkanlah.

SHM berkata...

Setakat ini, sy tdk merasa malu utk mencium adik perempuan sy. Ttapi utk mencium kakak sy, mmg terasa malu pabila melakukannya di tmpt awam. Sy juga tdk mempunyai masalah utk mencium ibu bapa saya. Entry yg bgs. Tdk pernah terfikir pula tntg hal ini..

Al - Mu'allim berkata...

Wsalam Cik As,

Terima kasih atas perkongsian. Benar, sebab tidak diajar dari kecil maka apabila ingin dilakukan ketika besar, pasti malu dan kekok.

Al - Mu'allim berkata...

~Baitil a'tiQa~

Terima kasih pandangan ukhti. Itulah, jika tidak diajar dari kecil, bila besar jadi malu.

Ada tak yang melakukannya kerana kesedaran sendiri? Cthnya melihat orang lain melakukannya dan rasa terdetik untuk melakukannya juga.

Al - Mu'allim berkata...

~AlFaQirah Fillah~

Terima kasih atas perkongsian.

Alhamdulillah, kadang-kadang kita rasa malu untuk melakukan perkara yang baik. Mungkin bagi yang 'belum mampu' mencium ibu dan ayah mereka boleh menggunakan cara ini.

Al - Mu'allim berkata...

~kueh~

Benar kata saudari,
inshaAllah, sama-sama kita amalkan sebelum terlambat.

Al - Mu'allim berkata...

Wsalam alFaratisyah.

Terima kasih atas pandangan ukhti. Ianya baik dan boleh dijadikan pengajaran.

Ya, rasa malu itu kadang kala kerana faktor umur. Biasanya yang berjarak umur ini tiada masalah kerana mereka yang menjaga adik mereka sewaktu kecil.

Yang malu itu biasanya kerana umur lebih kurang dan sewaktu kecil adalah teman sepermainan. Hurm...

Al - Mu'allim berkata...

Wassalam PD.

Terima kasih atas kunjungan saudari.

Tidak mengapa lama tidak ke sini, tp kalau boleh, pengisian di blog saudari sentiasa lah ter'update' :)

Sesetengah orang mungkin begitu, tidak lengkap kalau meningggalakan ayah dan ibu tanpa mencium mereka. Namun ada juga yang tidak rasa bgitu. Macam dikatakan dari awal, terbit rasa malu kerana tidak biasa.

Soal berasa lain melihat adik perempuan tu, kita pulangkan kepada diri masing-masing untuk menilainya :)

Al - Mu'allim berkata...

Terima kasih SHM.

Alhamdulillah, baguslah. Tidak perlu malu untuk mencium ibu dan ayah sendiri.

cun09 berkata...

as-salam...

setuju pendapat tarbiah keluarga dr kecil...kalau tidak diajar bukan saje dgn adik beradik, dgn ibubapa pun ada yg malu...

ana farciek rafhana berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
ana farciek rafhana berkata...

tima kasih sebab sudi berkongsi...sy memamng ingin benar nak tahu pasal hal ini...tima kasih banyak2 tuk skali lagi...(^_^)

Al - Mu'allim berkata...

~cun09~

wassalam..
ya, Benda ni kena asuh dari kecil, baru tidak timbul perasaan malu...

tp kalau yg takpernah cuba, kena cuba dulu skali, cnfirm lps tu dh xrasa malu dah

Al - Mu'allim berkata...

~ana farciek rafhana~

sama-sama. moga bermanfaat

sarita berkata...

Saya ada kwan lelaki yg suka mencium adk perempuannya kadang2 kwan saya ckap tido pun dengan adk...adknya tu terlalu manja dan rapat dengannya....adakah berdosa abg ngan adk bercium walau pun adk bradik kandung..bley terangkan....t.ksih

Cuckoo Malaysia Online berkata...

Kalu isu abang cium bibir adik perempuan yg dh kawin dan belum kawin mcm mn ye? Cium ketika salam..selepas cium pipi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails