BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


14 Okt 2014

UPSR 2014 catat sejarah

Lama tak menulis.
Sejak kapal terbang MH370 'hilang' dari radar.
Banyak isu besar yang berlaku dari tarikh tersebut hingga sekarang.
Antaranya

MH17
PRK Dun Pengkalan Kubur
MB selangor
Air
Minyak naik 20sen
Belanjawan 2015
Kejayaan alqassam dan Palestin
dan banyak lagi...


tp paling menarik UPSR ulangan.


Setiap orang ada peluang sekali untuk jawab UPSr.
Tiada ulangan walau apa keputusan yang diperoleh.
Tapi tahun ini beza.
Gara-gara soalan bocor, perlu diulang walaupun sudah diduduki kertas itu.

Salah satu nya matematik.
Yang terkesan adalah murid, cikgu dan ibu bapa.
UPSR yang biasa 3 hari jadi sebulan tempohnya.
Mana taknya 9-11/9 jadi 9/9 - 9/10

Cikgu-cikgu ditangkap, digari, dihina seperti penjenayah.
Akhirnya terbukti cikgu tersebut tidak bersalah.
Kesian.
Bukan saja pada tertuduh, tp seluruh cikgu.
Tiada permohonan maaf dari penuduh.

Teachers or Cheaters? aduh, pedihnya.

Secara logik, sukar untuk bocor disebabkan cikgu.
Cikgu hanya terima kertas ujian dari bilik kebal.
Bilik yang tidak akan pecah walaupun dibom.
Cikgu perlu buka pembalut dihadapan murid dalam dewan.
Alih-alih cikgu yang jadi kambing.

Benda bocor ni setiap tahun berlaku.
Namun masih lagi berkias dengan guna nama soalan spot.
Tahun ini sangat kritikal seiring dengan teknologi.
Bayangkan. kertas soalan exam di'snap' dan di kongsi di what's App.

Alhamdulillah. Murid-murid usai UPSR.
Ujian kemasukan sekolah agama juga sudah selepas.
Seboleh mungkin saya berkempen murid cemerlang masuk sekolah agama.
Biar mereka membina agama dalam diri sebelum pergi jauh.
Sistem pendidikan kebangsaan terlalu jauh dari agama di peringkat sekolah rendah.
Sekolah menengah juga tidak rancak, tp itu saja pilihan yang ada.
Lebih baik dari tiada langsung.

Sekarang menunggu keputusan.
Bebanan peperiksaan sudah bebas.
Sekarang saya berusaha untuk menjadikan mereka manusia.
Membuka jalan kepada mereka untuk berfikir.
Memberi pilihan yang ada dihadapan mereka untuk mereka pilih.
Seperti biasa, ada yang sangat teruja dan berminat, ada yang ingin enjoy dulu.
Tiada paksaan, namun banyak juga soalan yang ditanya.

Ah, keputusan dijangka dalam cuti.
Cuti akhir tahun pada tahun ini makin pendek.
Namun ramai yang menjangka cikgu banyak cuti.
UPSR dijangka 26/11. Perlu ada di sekolah.
Selepas krismas, 26/12 perlu kembali ke sekolah untuk mesyuarat persiapan 2015
Belum dikira yang kena bergilir bertugas di sekolah.
Yang kena jaga SPM dan STPM lagi?

Ah, tidak penting semua itu.
Apa yang saya harap, murid tahun ini dapat keputusan yang lebih baik dari murid tahun lepas.
Tahun ini sangat sibuk kerana perlu mengajar 2 kelas peperiksaan.
Tidak dapat memberikan tumpuan yang lebih untuk satu kelas seperti biasa.
Apa boleh buat, SYMP.
Ada guru yang dicuri JPN, tetapi tidak mahu menggantikan dengan guru lain
Tugas guru itu yang banyak terpaksa dibahagikan kepada cikgu-cikgu yang sudah sedia banyak tugasnya.
Begitulah cikgu :)



11 Mac 2014

2 cara menemukan MH370

MH370
ihsan sinar harian online

Saya tertarik dengan cara yang diberikan oleh kapten ini. Beliau merupakan seorang kapten yang berpengalaman menerbangkan Boeng 777.


Atau mungkin juga ianya tersesat ke alam lain kerana dunia ini didiami oleh makhluk Allah yang lain. 
Wallahu 'alam. Mari kita terus berdoa

10 Mac 2014

Kemana hilangnya MH370?

ihsan google

Hari ini masuk hari kedua.
Kemanakah burung besi yang besar gedabak ini menghilang?
Terlalu banyak teori.
Ada juga spekulasi.
Apa mungkin konspirasi?
Bahkan banyak rahsia disembunyikan.

Jika benar...Bagaimana kapal terbang secanggih itu boleh hilang dari radar?
Jika benar...Bagaimana penumpang berpasport palsu boleh melepasi imigresen?
Jika benar...Bagaimana boleh terputus hubungan antara pilot dan pusat kawalan?

Apapun kata mereka.
Apapun perancangan mereka.
Saya berharap keajaiban yang berlaku.
Saya berharap mereka selamat.
Tidak kira apa yang berlaku disebaliknya.

Mengikut radar TUDM, kapal berpatah balik.
Apa mungkin penumpang misteri yang merampas pesawat,
menerbangkan dengan rendah supaya tidak dapat dikesan.
dan mendaratkan di negara luar spt thailand, vietnam mahupun filipina?

Jika begitu keadaannya, pasti anak kapal masih selamat.
Itu harapan terakhir kita.

Terhempas? Mohon jauh dariNya ya Allah.
Mana mungkin kerana tiada kesannya.


Meletup? Mohon tidak ya Allah.
Tiada letupan dikesan berlaku.

Jika ya, pasti juga ada kesannya.

Pilot yang terlatih,
co-pilot juga hebat,
kapal juga canggih,
Cuaca juga baik.
namun kuasa Allah mengatasi segalanya.

Tiba-tiba teringat kisah menaiki penerbangan MH dari KLIA ke Kuala Terengganu. Benar, waktu paling berisiko bagi kapal adalah waktu berlepas dan mendarat.

Apabila sampai di ruang udara Ganu, kapal dirasakan berpusing-pusing dan berlegar-legar di ruang udara. Tidak lama kemudian, ada pengumuman bahawa kapal tidak dapat mendarat kerana hujan lebat di landasan.

Lama kapal itu berlegar di udara, kemudian mereka bergerak kembali dan disusuli dengan pengumuman kapal terpaksa balik ke KLIA kerana bahan api hampir kehabisan. Jantung berdebar.

Terdetik dihati, apa perlu balik ke KLIA? Bagaimana jika tidak sempat sampai?huhu.

Alhamdulillah, sampai di KLIA, diminta keluar dari kapal dan menunggu bahan api diisi sebelum kembali berlepas dan selamat sampai di Ganu.

Sistem penerbangan ada disiplinnya. Mereka ada prosedur untuk diikuti. Tidak boleh sesuka hati mendarat di kawasan berdekatan.

Saya berdoa mereka selamat



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails