BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


27 Jan 2011

Tag dari SHM

Pertama kali saya nak minta maaf kalau ada yang tak kena dengan post kali ini. Ini kali pertama kena tag dan tak tahu sebenarnya macam mana nak buat. Sebelum ni tak pernah ambil tahu dan tak peduli sangat dengan benda macam ni, tapi sebab selalu berkunjung ke blog SHM, saya cuba untuk jawab tag dari beliau.

Soalan pertama:
i ) Berikan satu nama lagu nasyid dari kumpulan nasyid di Malaysia yang anda paling gemari.(xramai suka lagu nasyid tapi pilihlah lagu mana yang paling disukai).

Kalau dibuang perkataan di Malaysia, senang sikit nak jawab, tapi tetap boleh jawab juga walaupun susah. Lagu nasyid dari kumpulan nasyid di Malaysia yang saya gemari adalah Menanti di Barzakh.

Soalan kedua :
ii) Berikan lirik lagu tersebut dan nama kumpulan tersebut.

Menanti Di Barzakh

Kumpulan : Far East
(lirik ni bukan saya taip tapi saya salin tampal dari sini)

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata, 
iii) Berikan sebab anda suka lagu nasyid tersebut.
Saya suka lagu ini sebab benar-benar menyentuh hati. Lirik menyentap perasaan. walaupun pernah timbul kontroversi pasal lirik dia suatu ketika, tetapi bagi saya yang lebih penting ianya menginsafkan. Rentak lagu juga best.
Saya tag semua sahabat-sahabat yang berkunjung ke sini. Sila jawab bagi sesiapa yang sudi. Boleh tak kalau open tag begini? ke kena pilih juga?

6 ulasan:

Pemerhati Dunia berkata...

Salam.

Hai, saudara pun ada main contest juga ke...Tambahkan pengetahuan ye...

Ati Masrif berkata...

salam cikgu,

tak pernah dgr lagu itu

tapi n3 cikgu mcm kena saje
dgn n3 kita hari ini...

Al - Mu'allim berkata...

Wasalam saudari PD.

ya, begitulah gamaknya. Cuba menyelami naluri msyarakat di dunia maya ni.

Baru tahu rupanya dunia blog ni penuh dgn 'tag' menge'tag'. :)

nanti jangan malu dan segan untuk 'tag' sy ye.

Juga, kalau ada kesempatan, jawablah 'tag' ini ye :)

Al - Mu'allim berkata...

Wsalam Puan Ati.

Cuba dengar lagu ni. Agak tersentuh jg.

Takziah buat puan. saya ada juga berkunjung ke sana.

SHM berkata...

biar sy teka, nasyid bkn dr malaysia mgkn maher zain barangkali?

sbnrnye sy pon x ambl ksh tntg tag mengetag nih...tp mlihatkan tdk salah berkongsi minat, jadi sy pun buatlah...

Al - Mu'allim berkata...

Saya suka juga mendengar Maher Zain, namun nasyid bkn dr malaysia yang saya maksdkan tu adalah Muhasabah Cinta nyanyian edcoustic.

sungguh menyentuh perasaan, lagu2 lain pun best jg.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails