BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


27 Nov 2011

Azam terbesarku tahun 1433h

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah. Kita masih diberi kesempatan untuk hidup di dalam tahun baru 1433h. Samada sedar atau tidak, suka atau tidak, usia kita sudah meningkat setahun dan kita semakin menghampiri kematian. Namun, itu tidak boleh menjadi penghalang untuk kita hidup sambil lewa di dunia ini, seharusnya ia menjadi benteng kepada diri kita dari terpedaya dengan tipu daya syaitan.

Bila tiba tahun baru, perkataan yang paling femes adalah 'azam' hinggakan orang yang bernama Azam jadi perasan atau berlagak macho kononnya beliau menjadi sebutan ramai (hehe, sori zam, gurau2 je). Macam-macam azam yang kita dengar, antaranya azam nak jadi baik, azam nak berubah, azam nak tinggal rokok bagi perokok, azam nak tutup aurat bagi yang buka aurat, azam nak solat bagi yang tak solat dan macam2 lagi.

Pada saya, azam seperti bagus, namun alangkah lebih manis dan indah jika azam perubahan akhlak ini tidak ditunggu semasa tahun baru. Bahkan jika ingin berubah, berubah sekarang tidak kira bila 'sekarang' itu. Tidak perlu 'esok saya akan berubah' atau 'mulai hari ini saya akan berubah' tetapi katakan 'mulai SEKARANG saya akan berubah'.

Ibnu Umar pernah berkata, "Jika anda masih hidup pada waktu pagi, jangan tunggu hingga ke petang dan jika anda masih hidup pada waktu petang, jangan tunggu hingga ke pagi, sediakan dirimu pada masa hidup untuk bekalan waktu mati, dan pada masa sihat untuk bekalan waktu sakit. 

Bagaimana azam tahun lepas? Dah tertunaikah? hehe. Saya pun dah lupa apa azam tahun lepas. Tak perlu malu bila azam tidak dapat ditunaikan kerana kita bukan Tuhan untuk mengatur segalanya seperti kehendak kita. Erm... untuk tahun ini saya tulis di sini supaya senang untuk diingati dan dirujuk kembali. Sebenarnya lebih kepada target. Banyak sebenarnya namun saya tulis yang paling utama buat diri saya untuk tahun ini.

Azam 1
Saya ingin menunaikan salah satu hak anak saya ke atas saya iaitu salah satunya mencari ibu yang baik. Masuknya tahun 1433h, umur saya sudah menginjak ke angka 28thn. Wah, tuanya walaupun rasa macam budak-budak lagi. Berapa umur sahabat-sahabat pada tahu 1433h ini? Umur di tahun hijrah lebih dari tahun Miladi.

Rasanya sudah sampai waktunya untuk saya mendirikan rumah tangga. Hukum berkahwin ada wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Rasanya saya sudah di peringkat sunat. hehe. Jadi harus segera melaksakan sunnah Rasulullah SAW.

InshaAllah, bermula sekarang, 1 Muharram, pencarian gadis melayu/ustazah pilihan/solehah akan bermula dengan lebih serius. Mohon doa sahabat-sahabat semoga Allah mengurniakan seorang isteri yang akan menjadi ibu yang baik buat anak saya kelak. INshaALlah.

Azam 2
Memiliki samada tanah atau rumah. Ya, jika azam 1 dicapai, di manakah saya ingin menempatkan ibu kepada si anak tadi. Jika tanah, saya memilih untuk membeli di negeri kelahiran saya, Kelantan. Namun, jika rumah, saya tertarik dengan pelawaan housemate untuk meninjau rumah di Kulim bila buka sekolah nanti. Kulim dengan Pulau Pinang tidaklah jauh mana, jadi tidaklah susah untuk berulang dari rumah ke tempat kerja.

Untuk membeli rumah di Pulau Pinang, rasanya agak sukar kerana kos yang tinggi untuk rumah di atas tanah. Lagipula, saya merasakan sukar untuk mendidik anak-anak menjadi soleh/solehah di Pulau ini. Mungkin ada sahabat-sahabat yang mempunyai info tentang rumah di Kulim boleh menghubungi saya di sini. Saya sedang menimbangkan 2 perkara ini secara serius.

Apapun,
"Apabila kamu telah berazam, maka bertawakkallah kepada Allah". (3:159)

Siapa kita untuk mengarahkan Allah mengurniakan apa yang kita inginkan. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita, maka bersangka baiklah dengan Allah.

Kita merancang, Allah juga merancang dan sudah pastilah perancangan ALlah itulah yang terbaik kerana Allah sebaik-baik perancang. Apa yang penting, kerjasama. Eh, sempat lagi buat lawak. Serius beb!. Apa yang penting adalah usaha kita untuk mencapai apa yang kita rancang.

18 ulasan:

MUHAMMAD SUKRI SUPI berkata...

Assalamualaikum...

1 Muharram tiba lagi.salam penghijrahan buat syeikh..ambo doakan agar hajat2/azam2 yg syeikh nyatakan tercapai. sama2 doakan. insya Allah. (",)

*kalu dah jupo ibu kpd anak2 tu jge duk lupo ajok walimah nanti..he3

Eyda berkata...

Assalamu'alaikum,

Satu azam yang sangat murni.
Ana doakan agar azam Al Mu’allim akan dimakbulkan ALLAH. InsyaALLAH.
Tekadkan usaha dan jangan henti berdoa ya.

NooR AzLen BinTi HaRoN berkata...

assalamualaikum

ana doakn moga azam Al Mualim dimakbulkan oleh YANG MAHA ESA.

Niat mulia dan baik..Insyaallah dpermudahkn olehNYA.

ana ada shbt yg tggl di kulim..insyaallah,nnt akn tnyakn ttg prkara yg dnyatakn.

nk jwb prsoaln d entry sblm ini..ana org kmpung mnetap dn mbesar d kg.kmgkinn perkataan "baruh" tu disebut lain d negeri ana.:-)

Al - Mu'allim berkata...

~MUHAMMAD SUKRI SUPI~

Waalaikumussalam, sheikh.

Ameen. Terima kasih sheikh. INshaAllah ambo jemput sheikh dan sahabat-sahabat yang selalu datang ke sini.

Sheikh meme keno mari la sb dekat. Keno ejah jugok tu kelik kapung maso ambo bekwoh. hehe.

Al - Mu'allim berkata...

~Eyda~

Waalaikumussalam.

Ameen. Terima kasih, cikgu eyda. Doa seorang hamba yang solehah seperti cikgu amat saya harapkan.

Al - Mu'allim berkata...

~NooR AzLen BinTi HaRon~

Waalaikumussalam.

Ameen, ya Robb. Terima kasih atas doanya.

Terima kasih juga atas susah payah bertanyakan sahabat tentang rumah di Kulim.

Persoalan baruh, saya minta maaf. Saja je cakap gtu, lagipun tidak tahu pula ukhti adalah orang kampung. :) Mungkin juga ada nama lain yang lebih glamer di sana.

NooR AzLen BinTi HaRoN berkata...

assalammualaikum..

tak mgapa ttg "baruh" trsebut..insyaallah..nk tau ttg baruh tu..mgkin tau tp sebutan brlainan.

ttg rumah d kulim..insyaallah..mbantu skdr yg trmampu.

Al - Mu'allim berkata...

~NooR AzLen BinTi HaRoN~

Baruh tu bendang. Biasanya dipanggil baruh bila digenangi air. Sesuai untuk menahan pukat dan tempat kegemaran sang puyu, haruan dan keli.

Muslimah Optimis berkata...

amin ya rabbal alamin.. saya doakan semoga cikgu bertemu dengan zaujah yang solehah dan melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah..

berkenaan dengan rumah di kulim, memang banyak perumahan baru dibuka.. sama ada di kulim hitech, kilng lama (berdekatan dengan politeknik dan uniKL MSI), berdekatan tesco kulim. tapi kalau yang dekat dengan lebuh raya BKE tu kawasan lunas. Kalau kawasan lunas/padang serai, tak nampak pulak pada perumahan baru.. Semoga dipermudahkan urusan..ameen

RuMaH TuA berkata...

Assalamualaikum,,,

Still komen walau da terlewat.

Mudah - mudahan Allah permudahkan Al - Mu'allim menyempurnakan azam 1 dan azam 2.


"Amin3~~~~"

Al - Mu'allim berkata...

~Muslimah Optimis~

Ameen.Ameen. Ameen. Terima kasih atas doanya ya sahabat.

Terima kasih juga bagi maklumat perumahan di Kulim. Kalau dapat area Tesco n Giant tu ok juga. Kawasan tu dekat matrikulasi Kulim kan? Kalau boleh nak elakkan duduk di kawasan kilang.

Orang Kulim ke? tapi kenapa Perlis tidak pernah jejak. huhu.

Al - Mu'allim berkata...

~RuMaH TuA~

Waalaikumussalam.

Belum terlewat lagi :)

Ameen. Terima kasih atas doanya ya.

Muslimah Optimis berkata...

kalo tesco n giant tu area taman selasih.. kalo kolej matrikulasi kulim tu kat kawasan junjung.. kalo kat junjung pon ada banyak kawasan perumahan jugak tapi dah tak berapa baru la ada la dalam beberapa tahun..

aha orang kulim.. tapi belum ada rezeki ke perlis walaupun jiran sebelah negeri je kan.. InsyaAllah kalo ada rezeki sampailah nanti hujung tahun nanti.. backpacking ke 4 buah negeri utara dalam masa 3 hari.. ;-)

Tanpa Nama berkata...

Tukang komen no10 ustzh,solehah,melayu.okla tuh!

Al - Mu'allim berkata...

~Muslimah Optimis~

Perumahan sekitar tesco n giant tu dah naik ke blum? Mohon maklumkan ye kalau dah naik.

Wah, 4 negeri sekaligus. Hebat sangat dah ni!!

Al - Mu'allim berkata...

~Anon~

siapa ni ye?

erm. mmg ok sgt. tp kena tgk juga diri kita sdri :D

Tanpa Nama berkata...

akak polower no10 and tuan belog.luv 2 c u all ber2.

Al - Mu'allim berkata...

Ni siapa pula?
adakah sama dgn yg di atas?
kenapa tidak mencadangkn diri sendiri saja.. hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails