Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Alhamdulillah. Kita masih diberi kesempatan untuk hidup di dalam tahun baru 1433h. Samada sedar atau tidak, suka atau tidak, usia kita sudah meningkat setahun dan kita semakin menghampiri kematian. Namun, itu tidak boleh menjadi penghalang untuk kita hidup sambil lewa di dunia ini, seharusnya ia menjadi benteng kepada diri kita dari terpedaya dengan tipu daya syaitan.
Bila tiba tahun baru, perkataan yang paling femes adalah 'azam' hinggakan orang yang bernama Azam jadi perasan atau berlagak
macho kononnya beliau menjadi sebutan ramai (hehe, sori zam, gurau2 je). Macam-macam azam yang kita dengar, antaranya azam nak jadi baik, azam nak berubah, azam nak tinggal rokok bagi perokok, azam nak tutup aurat bagi yang buka aurat, azam nak solat bagi yang tak solat dan macam2 lagi.
Pada saya, azam seperti bagus, namun alangkah lebih manis dan indah jika azam perubahan akhlak ini tidak ditunggu semasa tahun baru. Bahkan jika ingin berubah, berubah sekarang tidak kira bila 'sekarang' itu. Tidak perlu
'esok saya akan berubah' atau
'mulai hari ini saya akan berubah' tetapi katakan
'mulai SEKARANG saya akan berubah'.
Ibnu Umar pernah berkata, "Jika anda masih hidup pada waktu pagi, jangan tunggu hingga ke petang dan jika anda masih hidup pada waktu petang, jangan tunggu hingga ke pagi, sediakan dirimu pada masa hidup untuk bekalan waktu mati, dan pada masa sihat untuk bekalan waktu sakit.
Bagaimana azam tahun lepas? Dah tertunaikah? hehe. Saya pun dah lupa apa azam tahun lepas. Tak perlu malu bila azam tidak dapat ditunaikan kerana kita bukan Tuhan untuk mengatur segalanya seperti kehendak kita. Erm... untuk tahun ini saya tulis di sini supaya senang untuk diingati dan dirujuk kembali. Sebenarnya lebih kepada target. Banyak sebenarnya namun saya tulis yang paling utama buat diri saya untuk tahun ini.
Azam 1
Saya ingin menunaikan salah satu hak anak saya ke atas saya iaitu salah satunya mencari ibu yang baik. Masuknya tahun 1433h, umur saya sudah menginjak ke angka 28thn. Wah, tuanya walaupun rasa macam budak-budak lagi. Berapa umur sahabat-sahabat pada tahu 1433h ini? Umur di tahun hijrah lebih dari tahun Miladi.
Rasanya sudah sampai waktunya untuk saya mendirikan rumah tangga. Hukum berkahwin ada wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Rasanya saya sudah di peringkat sunat. hehe. Jadi harus segera melaksakan sunnah Rasulullah SAW.
InshaAllah, bermula sekarang, 1 Muharram, pencarian gadis melayu/ustazah pilihan/solehah akan bermula dengan lebih serius.
Mohon doa sahabat-sahabat semoga Allah mengurniakan seorang isteri yang akan menjadi ibu yang baik buat anak saya kelak. INshaALlah.
Azam 2

Memiliki samada tanah atau rumah. Ya, jika azam 1 dicapai, di manakah saya ingin menempatkan ibu kepada si anak tadi. Jika tanah, saya memilih untuk membeli di negeri kelahiran saya, Kelantan. Namun, jika rumah, saya tertarik dengan pelawaan housemate untuk meninjau rumah di Kulim bila buka sekolah nanti. Kulim dengan Pulau Pinang tidaklah jauh mana, jadi tidaklah susah untuk berulang dari rumah ke tempat kerja.
Untuk membeli rumah di Pulau Pinang, rasanya agak sukar kerana kos yang tinggi untuk rumah di atas tanah. Lagipula, saya merasakan sukar untuk mendidik anak-anak menjadi soleh/solehah di Pulau ini. Mungkin ada sahabat-sahabat yang mempunyai info tentang rumah di Kulim boleh menghubungi saya di
sini. Saya sedang menimbangkan 2 perkara ini secara serius.
Apapun,
"Apabila kamu telah berazam, maka bertawakkallah kepada Allah". (3:159)
Siapa kita untuk mengarahkan Allah mengurniakan apa yang kita inginkan. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita, maka bersangka baiklah dengan Allah.
Kita merancang, Allah juga merancang dan sudah pastilah perancangan ALlah itulah yang terbaik kerana Allah sebaik-baik perancang. Apa yang penting, kerjasama. Eh, sempat lagi buat lawak. Serius beb!. Apa yang penting adalah usaha kita untuk mencapai apa yang kita rancang.