BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


12 Dis 2010

Tahniah sahabatku, tahniah juga kawanku

Terlebih dulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada kawan saya atas perkahwinan beliau yang akan dilangsungkan pada penghujung bulan ini. Maaf kerana kemungkinan besar tidak akan hadir kerana selain faktor jauh, ada sebab tertentu yang menghalang.

Entry ini sebenarnya adalah untuk mengucapkan tahniah kepada 2 orang sahabat saya atas perkahwinan mereka. Barakallahu lakuma wa baroka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi khoir. Seorang darinya yang melangsungkan perkahwinan pada hari ini di Lembah Klang. Majlis beliau juga tidak dapat saya hadir kerana saya ingin hadir ke majis yang akan diadakan di rumahnya pada minggu hadapan. Sahabat ini saya kenali sejak di bangku sekolah menengah sebelum kami berpisah kerana beliau melanjutkan pelajaran ke MRSM dan seterusnya ke luar negara sementara saya setia di sekolah yang sama sebelum melanjutkan pelajaran ke Lembah Klang.

Sejak itu hubunngan kami terputus sebelum kami bertemu 10 tahun kemudian, tetapi anehnya kami boleh bersembang seperti kami baru sehari tidak berjumpa. Setiap minggu kami bertemu dan banyak isu yang kami bincangkan dari isu kecil hinggalah isu besar. Seronok berusrah dengan beliau kerana banyak ilmu yang dapat kami kongsi.


Sahabat kedua pula adalah sahabat se fikrah di kampus. Pelik, bagaimana kami boleh serapat seperti ini kerana kami belainan bidang pengajian dan negeri. Beliau seorang doktor sementara saya seorang guru. Sahabat-sahabat yang lain juga pelik melihat keakraban kami berbanding sahabat yang lain.
Minggu lepas beliau menelefon saya memberitahu beliau akan berkahwin dengan seorang doktor pada awal tahun depan. Saya dapat membaca kegembiraan beliau dari nada suara lebih-lebih lagi beliau menelefon saya sejurus mengetahui tarikh perkahwinan beliau. Terus bertanya cadangan mas kahwin dan hantaran memandangkan keluarga bakal isteri menyerahkan kepada kepada keluarga beliau untuk menentukannya.

Kedua sahabat ini tidak saling mengenal tetapi mereka adalah sahabat yang berlainan dari sahabat yang lain. Saya sebenarnya bimbang dengan perkahwinan mereka. Sebelum ini, mereka sangat konsisten menggalakkan saya berkahwin sehingga mahu menjodohkan saya dan bertanya ciri-ciri pasangan yang dikehendaki, namun saya menjawab kepada keduanya yang mereka TIDAK LAYAK menjodohkan saya kerana mereka sendiri belum berkahwin. Ya, bagaimana anda mahu membantu membina baitul muslim orang lain jika anda sendiri belum mendirikannya.

Namun apabila keduanya tiba-tiba akan berkahwin dalam selang waktu yang sekejap, saya jadi risau apabila mereka mempersoalkan keLAYAKan mereka kelak. Bukan sahabat yang lain tidak ada yang seperti mereka, tetapi mereka sangat konsisten. Namun jauh di sudut hati saya bersyukur mempunyai sahabat-sahabat yang mengambil berat tentang saya.

Saya sebenarnyya kagum dengan kedua sahabat ini kerana keduanya baru saja kenal pasangan masing-masing. Tidak pernah berdating kecuali ditemani oleh kedua orang tua, tiada call yang melaghokan, tiada sms yang bukan-bukan. Moga perkahwinan mereka akan berkekalan sampai ke syurga. Tidak seperti segelintir pasangan yang saya temui. Konon hubungan islami, tetapi sms dan call bukan main lagi. Bagi mengurangkan rasa berdosa, diselitkan tazkirah dan kata-kata nasihat. Mereka ingin menipu malaikat atau mereka yang tertipu dengan syaitan?

Cantik penting ke?

Teringat kata-kata sahabat yang ke-2 ini. Kami bercakap bahasa Kelantan walaupun beliau bukan orang Kelantan. "Tunang kawe ni tok comel sangat, tp kawe pilih dia sebab dia baik". Huhu, kalau tunangnya mendengar pasti berkecil hati. Memang saya akui, kecantikan itu penting tp bukan segalanya. Comel pun penting tapi tok comel sangat takpe asalkan solehah.

Sahabat yang pertama lain pula kisahnya. Beliau tepengaruh dengan kata-kata kawannya yang telah berkahwin. "lebih baik cari isteri yang cantik. Kalau lepas kahwin, perangai dia tak elok, sekurang2nya kita dapat cantik dia. tapi kalau dia baik, kita dapat dua (cantik dan baik). Berbanding cari yang tak cantik, kalau perangai dia baik, okla dapat baik dia tu, tp kalau perangai dia tak baik, kita tak dapat apa2 (cantik xdpt, baik xdpt)". Apapun kecantikan itu subjektif.

Pembaziran perkahwinan

Sahabat ke-2 juga meluahkan kerisauan menjelang perkahwinan beliau kerana bakal isteri beliau mahu melangsungkan perkahwinan di sebuah hotel terkemuka di Lembah Klang. Beliau bimbang kepada pembaziran walaupun beliau mampu menguruskannya. Beliau juga bimbang dengan majlis persandingan yang bakal beliau tempuhi. Saya hanya mampu menasihati beliau agar tidak terlalu 'keras' dan turut menjaga air muka keluarga bakal isteri. Sebagai keluarga orang yang berpengaruh dan bergelar dato', pasti mereka ada protokol yang mahu diikuti. Berkenaan bersanding, saya menyakinkan bahawa bakal isteri beliau adalah seorang yang solehah, pasti beliau mengetahui batasannya. Tambahan pula, keluarga dato' itu juga islamik.

Mungkin kita tidak mampu menghalang apa yang tidak kita sukai ini  kerana kita hanyalah pelakon pada majlis ini. InshaAllah suatu hari nanti kita mampu mengubahnya apabila kita berada di kerusi pengarah. Perkahwinan bukan hanya penyatuan 2 hati tetapi 2 keluarga. Jangan diawal perkahwinan ini kita menimbulkan masalah dengan ibu dan ayah baru kita.

Sahabat pertama juga pernah menyuarakan hal ini kepada saya. Nasihat sama juga saya berikan kepada beliau. Duduklah di kerusi pengantin sekejap jika disediakan cuma berbincangkanlah dengan pasangan supaya tidak melakukan upacara-upacara mengarut yang sering dilakukan di majlis perkahwinan yang lain. Saya bimbang untuk menasihat lebih-lebih kerana saya sendiri belum berkahwin dan tidak tahu majlis bagaimana yang bakal saya alami. Teringat kisah sahabat yang begitu keras penentang perkara ini namun apabila tiba masa beliau, beliau sendiri tidak mampu menghalangnya.

wallahu a'lam

2 ulasan:

SyilAdlin berkata...

Assalamualaikum...

Syukur saudara mendapat sahabat sebaik dia..hargai persahabtan kalian..saya harap sy juga ada shbt sebaik kalian berdua...insyaALLAH..

Al - Mu'allim berkata...

Waalaikumussalam

Alhamdulillah. Saya amat bersyukur dengan kurniaan ini.

InshaAllah, saudari juga pasti mempunyai sahabat yang terbaik.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails