BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


21 Dis 2010

Tahniah adindaku

Alhamdulillah. Puja dan puja hanya pada Allah. Setinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, adik saya dipilih untuk belajar di Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman (MTSNA) selepas berjaya dalam temuduga yang dihadiri beliau tempoh hari. Moga beliau berjaya menjadi saintis atau ulama yang hafiz al-quran.

Sebenarnya agak bimbang kerana sewaktu ujian lisan, beliau tidak dapat menghafal dengan sempurna dan beberapa kali ditegur oleh sang ustaz. Namun alhamdulillah mungkin markah temuduga dan ujian bertulis banyak membantu. Walaupun sewaktu melawat Maahad tersebut sewaktu ujian hari itu, saya melihat bangunannya masih belum siap sempurna namun inshaAllah semua itu tidak menjadi halangan.

Beliau adalah yang pertama dalam keluarga kami yang akan belajar di Maahad Tahfiz selepas saya gagal melakukannya dulu kerana 'halangan'. Ketika itu Maahad Tahfiz Sains belum ada, yang ada hanyalah Maahad Tahfiz wal Qiraat. Walaupun saya mendapat sokongan dan galakan penuh dari sahabat saya yang merupakan senior di sana, namun ada 'halangan' yang menjadi penghalang. Beliau agak kecewa kerana saya tidak hadir temuduga walaupun berkeyakinan saya mampu melepasinya, namun apa boleh buat saya tiada daya untuk menentang 'halangan' itu. Saya hanyalah anak kecil yang usai UPSR dan belum mengerti apa-apa. Mungkin ada sebab yang menyebabkan saya tidak dipilih untuk mengisi dada saya dengan ayat-ayat cinta-Nya. Bila diingat kembali 'halangan' itu, saya jadi sedih sendiri.

Apabila usai tingkatan 5, saya cuba berdikari dan melepaskan diri dari 'halangan' itu. Saya mencari ruang dan peluang untuk menjadi seorang al-hafiz namun tidak berjaya. Ada satu peluang untuk mengikuti Pensijilan Tahfiz di Darul Quran namun ketika itu tempatnya sangat terhad. Saya difahamkan ketika itu mereka hanya menyediakan 3 tempat untuk setiap negeri sedangkan yang hadir untuk ujian adalah lebih 50 orang semuanya dari sekolah yang hebat seperti Maahad Muhammadi Lelaki, Maahad Muhammadi Perempuan, Naim lilbanat dan sebagainya. Pengetahuan Bahasa Arab mereka amat hebat sehingga mereka menghafal al-quran sekejap saja dengan menggunakan tafsir. Tiada daya untuk saya mengatasi mereka. Apa yang saya tahu mereka yang terpilih adalah dari Maahad Muhammadi.

Mengingati kisah ini menyebabkan saya senyum sendiri. Ada kisah suka dan dukanya. Moga adik saya akan berjaya menghabiskan hafalannya di sana.

4 ulasan:

aisyahHumaira berkata...

Salam..

Alhamdulillah pilihan ALLAH, tahniah buat adinda ya Al-Muallim, Semoga terus menjadi hamba ALLAH berjaya dunia akhirat..insyaALLAH

Ameen..

alFaratisyah berkata...

~terkadang kamu menyukai sesuatu, tetapi ia tidak baik bagimu, terkadang kamu tidak menyukai sesuatu, tetapi ia baik bagimu. Kamu tdk mengetahui, sedang Dia Yang Maha Mengetahui.

~insyaAllah, setiap yg berlaku ada hikmahnya

~bahkan para guru adalah mrk yg berada di barisan hadapan, membina anak didik utk menjulang agama.

Al - Mu'allim berkata...

Wsalam ustazah.

InshaAllah, moga beliau berjaya menjadi al-hafiz dan berjaya dunia dan akhirat.

Al - Mu'allim berkata...

Terima kasih atas ingtan ukhti.

Benar, stiap yang berlaku pasti ada hikmah tersembunyi.

Mungkin saya tidak menjadi al-hafiz, namun saya akan cuba menarik minat anak didik ke arah al-quran.

Mohon doanya ya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails