BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


8 Dis 2010

Tips diet paling berkesan

Kali ini saya ingin berkongsi tips untuk diet yang inshaAllah akan berkesan dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Tips ini lebih berkesan jika anda seorang yang tidak mementingkan diri. Bagi sesetengah orang, berat badan adalah sesuatu yang sangat sensitif lebih-lebih lagi wanita. Kalau boleh, berat badan mereka tidak mahu diketahui oleh sesiapa pun. Ianya dianggap sebagai hak eksklusif dan rahsia peribadi yang lebih sulit dari kertas peperiksaan SPM.
Namun kadang kala ia akan naik di luar kawalan kita. Ada orang yang makan lah seberapa banyak pun makanan, badan tidak juga naik. Ada orang, makan sedikit pun dah naik badan. Kalau lelaki, ia sering disinonimkan dengan berat naik mendadak selepas berkahwin. Adakalanya dipanggil sindrom suami menemani isteri mengandung atau merasai penderitaan isteri mengandung. Namun isteri kembali kempis selepas bersalin, berbanding suami terus membesar. Ada juga yang mengatakan suami 'mengandung' terlebih dahulu dari isteri kerana sentiasa memakan masakan isteri yang memasak dengan penuh kasih sayang. Kasih sayang itulah yang 'membesarkan' suami. Wallahu a'lam kerana saya belum berkahwin.

Umum mengetahui tips diet adalah kurangkan makan dan lebihkan senaman. Tapi kalau dah jumpa makanan sedap, dah jadi tak reti nak berhenti makan dan bila penat, malas nak senaman. Jadi, bagaimana nak kurangkan berat badan?

Telah saya terangkan di awal tadi bahawa tips ini hanya berguna kepada orang yang tidak mementingkan diri sendiri. Cara terbaik untuk kurangkan makan adalah dengan mengingati bahawa apabila kita mati kelak, kita kan diusung ke kubur. Jadi apabila kita berbadan besar, tidakkah kita menyusahkan orang ramai yang akan mengusung kita. Lainlah kalau kita gali dan tanam diri kita sendiri.

Mayat manusia adalah mayat yang paling busuk. Kalau kita terjumpa bangkai, sudah pasti kita menutup hidung kerana tidak tahan dengan bau yang busuk bahkan ada yang termuntah tetapi sedarkah kita mayat manusia itu lebih busuk dari itu? Sebab itulah mayat manusia perlu dikemubikan se dalam 7 kaki.

Kenapa mayat manusia sangat busuk? Jawapannya mudah kerana manusia itu makan semua benda. Makanan manusia pun manusia makan, makanan binatang pun manusia makan berbanding, binatang hanya makan makanan mereka dan tidak makan makanan manusia. Contoh mudah : Pucuk adalah makan kambing, tetapi manusia juga makan makanan kambing itu. Manusia juga memakan daging dan ikan, tetapi kambing tidak makan makanan manusia itu.

Sebab itulah mayat manusia itu lebih busuk. Anologi mudah, jika kita membuka peti sejuk yang kurang barang, pasti tidak akan terbau sangat namun jika peti sejuk itu sarat dengan barang, pasti akan mengeluarkan bau. Begitu juga kita, apabila semua benda nak disumbat, kita akan jadi seperti peti sejuk itu. Oleh itu, kurangkan makan.

Wallahu a'lam

19 ulasan:

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Bagus juga nasihat cikgu ni, moga lepas ni kita boleh kurangkan apa yang ada dalam peti sejuk di rumah kita supaya tak makan banyak sangat..

Muslimah Optimis berkata...

Salam Cikgu....

bagusnya entry ni.. MOST : jangan makan banyak sangat...

tq2...cek dapat ilmu baru...

analogi mayat manusia dan peti ais...

SoutulMujahid berkata...

tiba2 rasa loya plak. huhu

Ati Masrif berkata...

salam kenal,

bagus berkongsi info begini.

susah nak berdiet tau ^_^

Al - Mu'allim berkata...

waalaikumussalam ustaz Abd Razak.

Ya, betul. Pertamanya kita boleh kurangkan makanan dalam peti sejuk. Baru mudah untuk kurangkan makan

Al - Mu'allim berkata...

Muslimat Optimis,

Terima kasih atas komen. Nasihat ini untuk diri saya sendiri juga.

Jangan makan banyak, nanti jadi macam peti ais yang penuh makanan

Al - Mu'allim berkata...

SoutulMujahid,

loya kenapa? hehe.

Al - Mu'allim berkata...

Ati Mastif,

salam kenal juga.

Terima kasih. Berdiet memang susah tapi saya sering pujuk diri saya "jangan makan banyak, kesian orang nak angkat mayat nanti". :)

Bintun Sazali berkata...

wahh..ilmu baru, dan perumpamaan baru.

betul jugak. ilmu ni hanya eksklusif tuk org2 yg tak pentingkan diri.
huhu..

cik as berkata...

alhamdulillah, info yg baik..nak habak kat teman2 dalam umah la...saiko yg terbaik utk diet...pasti semua orang akan beringat nanti..oh diri,sedar2 lah..:)

Al - Mu'allim berkata...

Baitun sazali,

ya, benar. kalau pentingkan diri sendiri, kita jadi tak kisah dan tak kasihan pada org yang usung mayat kita nanti. :)

Al - Mu'allim berkata...

Cik as,

Alhamdulillah. Moga bermanfaat.

Ya, pujuklah diri yang suka makan dengan kata-kata yang saya sebutkan di atas. "jangan makan banyak, kesian orang nak angkat mayat nanti".

nanti buat kita dan mereka terfikir dan sedar :)

ɐɥs+ɐɟ berkata...

ok.tips bagus.kne kurangkan mkn ye...hehe

tuan blog:ɐɥs+ɐɟ
url:http://comelpunye.blogspot.com/
reffered: jumpe kat fb/ipgm blogger

ɐɥs+ɐɟ berkata...

oh ya...
saya ada join contest blog pilihan malaysia bagi tahun 2010.. harap dengan kesudian pihak tuan blog dan blogger yang lain utk undi blog saya ye...

saya sertakan linknye:
http://bpm-undi.blogspot.com/

Kemudian, cari kumpulan ke3, no 100.. dan undi ya..
tarikh tutup untuk undi: 17/12/2010

TERIMA KASIH ;)

Al - Mu'allim berkata...

fasha,

ya. sama2 kurangkan makan.

wah, betul2 semanagt berkempen. Boleh jadi calon pilihnraya ni. Ingat pilihanraya politik je ada undi, kt blog pun ada undi juga.

Eyda berkata...

Assalamualaikum cikgu,

Bila baca ayat2 di perenggan kedua tu,tergelakla juga .
Teringat sorang guru lelaki kat sekolah, Kwn2 lain selalu kata kat dia "bila lagi nk bersalin ni" dia akan jawab "dah mangkak dah." :D

Sebut ja mati bukan setakat nak diet, makan pun dah tak lalu. :(
(setipis kulit bawang)

Eyda berkata...

Maaf cikgu,
interframe lagi.

Disini saya letakkan link blog
http://nasbunnuraini.wordpress.com/2011/09/23/diet-dan-exercise-cara-rasulullah/

Diet dan Exercise cara Rasulullah

InsyaALLAH, kita amalkan.

Al - Mu'allim berkata...

~Eyda~

Waalaikumussalam.

Aah. Memang dialog ni agak popular di mana saja :)

Bila sebut mati, semua rasa tkut bahkan ada yg xsuka sebut mati.

Terima kasih atas perkongsian link blog tersebut.

Tanpa Nama berkata...

Terbaik!!!

-mencari cahaya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails