BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


1 Okt 2011

Pesanan buat bakal suri hati

Seorang isteri mengadu begini kepada saya, " Suami saya bukanlah seperti yg saya gambarkan sewaktu belum berkahwin. Dia amat berbeza daripada penampilannya dahulu. Sekarang dia bukan sahaja gagal membahagiakan saya malah sering menjadikan saya kesal mempersuamikannya.



Ingin sekali saya meninggalkannya, tapi tak berupaya kerana memikirkan anak2 dan masa depan saya sendiri, walaupun ada lelaki yang sedia mengambil saya di luar sana. Saya seperti terperangkap oleh kedunguan masa lalu. Kekal bersamanya bererti saya selamanyalah tidak akan berasa bahagia. Apa yang boleh saya lakukan sekarang?"



Lalu saya bertanya, skrg puan nak yang mana? Kekal bersamanya atau mengikut lelaki lain? Maksud saya mana yang lebih berat? Kalau Dr. tanyakan yang mana lebih berat, tentulah bersamanya lebih berat. Kalau begitu, mengapa tidak pejamkan mata, bayangkan yang indah2, anggaplah dia satu2nya lelaki yang ada di dunia ini dan binalah kebahgiaan bersama. Isteri itu seperti terkejut dgn saranan saya.



Barangkali dia mengharapkan satu cadangan yang lebih memihak kepada gelojak hatinya untuk memilih lelaki lain, berdasarkan kebahagiaan yang sudah gagal dikecapinya skrg.

 Lalu saya perjelaskan, kalaulah kebahagiaan yang menjadi persoalan, belum tentu pilihan seterusnya akan menjaminkan kebahagiaan. Barangkali bersama lelaki kedua masalah lebih menimpa. Kalau nanti perkahwinan kedua itu juga gagal memberikan kebahagiaan, apakah anda akan berkahwin buat kali ketiga? Jika tak bahagia juga, anda akan berkahwin pula buat kali keempat? Kemudian kelima, keenam? Sampai bila? 

Hidup bukankah untuk dinikmati? Usia bukanlah lama untuk dipersiakan dengan hal-hal yang tidak sepatutnya. Siapapun dia, dia adalah lelaki yang bergelar `SUAMI'. Kebahagiaan adalah satu istilah yang telah terbentuk. Tinggal bagaimana kita mendefinasikan kebahagiaan itu sahaja yang menyebabkan sesetengah drpd kita gagal berasa bahagia.


Alangkah ruginya kalau hidup yang singkat ini kita gagal mendapat bahagia. Semata2 kerana menyangka kebahagiaan itu akan dinikmati jika bersama orang sekian-sekian. Semata-mata kerana menyangka Si Dia boleh memberi bahagia yang diimpi-impikan. Kalau MELESET bagaimana? Kalau kebahagiaan yang diidam-idamkan itu tidak diperoleh sdgkan kebahagiaan yang sedia ada ini telah ditinggalkan, bagaimana?



Setelah anda Diijab-kabul, satu perjanjian telah dibentuk. Anda telah merelakan diri anda bergelar ISTERI dan rela memanggil org berkenaan yang tiada langsung pertalian dengan anda sebelumnya sebagai SUAMI. Anda merelakan segalanya kepada dia dan demikian dia terhadap anda. Setelah diikat dengan tali perkahwinan, mengapa tidak pejamkan mata dan anggaplah dia pasangan yang terbaik. Dia mmg dijadikan buat anda. Dia adalah segala-galanya. Bentuklah kebahagiaan bersamanya.

 JANGAN mimpi-mimpikan lagi org lain selain dia. JANGAN angan-angankan perkara yang bukan-bukan.
INGAT!!!!.. Anda dijadikan dari tulang rusuk dia. Relakan diri anda untuk bertolak ansur dlm beberapa hal untuk mencari kesukaan dan kebencian bersama. Relakan membina bahagia dan dialah alatnya.


Masalah yang sering menimpa pasangan muda ialah masing2 gagal memantau imaginasi untuk membentuk bahagia pada awal perkahwinan. Setelah segalanya dilalui dan masalah menapak di sana sini, barulah sedar sesuatu sepatutnya dilakukan lebih awal dahulu. Tetapi nyata sudah terlambat, imaginasi bersama mekanisme-mekanisme nya telah dipersia-siakan. Bahagia kelihatan tetapi sudah tidak terjangkau dek tangan. Kesudahannya, bahagia disangka berada di luar dan mahu diburu walhal sebenarnya bahagia sudah berada di tangan, hanya gagal mengenal dan menikmatinya sahaja.


Selagi mana SUAMI anda itu masih menjalankan tanggungjawabnya, maksud saya dia masih ingat rumah, ingat anak-anak dan ingat untuk mencari rezeki, dia masih seorang lelaki yang boleh diharapkan. Apalagi jika dia seorang yang tidak meninggalkan ibadah-ibadah fardu, kekurangan-kekurang an yang ada pada dirinya hanyalah sekadar kekuranganuntuk membenarkan kata-kata `NO MAN IS PERFECT".



*PETIKAN BUKU MOTIVASI DIRI WANITA - DR. HM TUAH ISKANDAR

** Sesuai dibaca bersama artikel Jadilah Isteri Solehah

18 ulasan:

RuMaH TuA berkata...

Maksudnya, kita ini perlu belajar erti syukur dan tahu ap itu makna sempurna yang sebenar...

"Insyaallah"

Al - Mu'allim berkata...

Ya, belajar erti bersyukur. Tiada yang sempurna, jadi seharusnya pasangan itu saling melengkapi.

Saya sendiri bimbang jika bakal suri hati nanti menerima saya kerana melihat 'kelebihan' yang saya ada semata-mata. Sama-sama muhasabah diri.

~kueh~ berkata...

assalamualaikum..
pena cikgu^^,
semoga dianugerahkan bakal suri hati yang solehah..
InsyaAllah..

^belajar untuk menerima dengan penuh syukur dan redha^

hee..

CikGu Ma berkata...

saya juga bimbang kalau orang hanya pandang apa yang baik sahaja..moga dia redha dengan kekurangan diri

CikGu Ma berkata...

saya juga bimbang kalau orang hanya pandang apa yang baik sahaja..moga dia redha dengan kekurangan diri

- Ukhti iman - berkata...

Assalamu'alaikum..

Bermanfaat sekali artikel ni dik, terima kasih sudi berkongsi bt tatapan semua, Moga ALLAH sentiasa menunjukkan jalan kebaikan buat kita semua, insya-ALLAH

Eyda berkata...

Assalamualaikum,
Hmmm..... bila tengok gambar daun terup tu ...
Mula2 dok fikir , apa kaitan daun terup tu dgn en3 ni.
Aaa...... kot nak kiaskan bahw perkahwinan tu
satu perjudian...kan selalu dengar org ckap mcm tu.
bila amati sekali lagi...
oooooo ...HATE LOVE rupanya :)

yeke perkahwinan tu satu perjudian?

Yang pasti

Setiap muslimah yg ingin mnjadi solehah
yg benar mengimpikan taman jannah
tetap akan bimbang

Bimbang diri yg banyk kelemahan , peribadi yg sgt2 bnyak kecacatannya,
ilmu tak seberapa mana,banyak kekurangan sgt hingga tak tersebut ......
Bimbang kelak tak dapat menjd isteri yg baik, dn yg solehah spt yg di harap2kan.

Tertarik dengan satu jawapan yg sya dapti dalam satu blog

Jawapannya ringkas
“Usahlah berimpian tinggi-tinggi sangat mahu menjadi suami soleh
atau isteri solehah. Buatlah paling baik yang kita termampu. Terimalah kekurangan satu sama lain.
Apa kalau nanti kita bukan suami soleh atau isteri solehah kita bukan seorang yang baik?
Ana ada kelemahan. Anti pun sama.”

Ya. Kita hanyalah sekadar umat akhir zaman
Tipis benar iman.
Semuga teruslah berusaha memahami perbezaan dan menerima kelemahan pasangan/bakal pasangan .
InsyaALLAH...

Bersama mengejar JANNAH

WALLAHua'lam

~kueh~ berkata...

assalamualaikum..
pena cikgu^^,
semoga di anugerahkan bakal suri hati yang solehah~~

aminn..InsyaAllah..

belajar utk 'menerima' dengan penuh rasa syukur dan redha..:)

Al - Mu'allim berkata...

~CikGu Ma~

INshaAllah. Kita redha dulu, mudah-mudahan si dia juga akan turut redha. Apapun, doa jgn dilupa.

Al - Mu'allim berkata...

~-Ukhti iman-~

Waalaikumussalam, kak.

Alhamdulillah. Moga ianya boleh menjadi iktibar untuk semua. Afwan jiddan. Waiyyaakum.

InshaAllah. Ameen

Al - Mu'allim berkata...

~Eyda~

Waalaikumussalam.

Terima kasih atas pndgn yang sangat bernas. Sudah saya katakan, andai ukhti mempunyai blog sendiri, pasti banyak manfaat yang dapat dikongsi. Pandangan ini boleh menjadi satu artikel baru.

Saya kurang setuju dengan pandangan perkahwinan satu perjudian.

Yup, bukan sahaja muslimat, malah muslimin juga begitu. Namun sesempurna mana sangatlah manusia ini. Justeru, usaha untuk jadi yang lebih baik, lebih soleh/solehah.

Tidak perlu bandingkn dengan orang lain, tetapi bandingknlah dengan diri kita yang dahulu. Apakah kita dahulu lebih baik atau kita sekarang yang lebih baik. Apakah kita bertambah baik atau sebaliknya.

Umpama jika kita ingin upgrade kan PC kita, kita mestilah nak ianya menjadi lebih baik dari sebelumnya. Bukan kita upgrade dengan membandingkn dengan PC lain.

Wallahu a'lam.

Ameen atas doa tersebut.

NooR AzLen BinTi HaRoN berkata...

assalammualaikum..

kite kena "cerminkn" diri sendiri dahulu sblm mnuding kepada yg lain..insyaallah kita akn nmpk di mana kurang dan di mana lebihnye kita..

p/s : 2 hari yg lpas mbaca artikel di akbar ttg rumah tgga.

kisah pertama : perubahan sikap suami yg boros stlh dinaikan pgkat.isteri tk bkrja namun mbantu kluarga dgn mjual kuih.pndptn mbrngsgkn.namun "si suami"yg stlh dnaikkn pgkt asyik mminta duit si isteri.:-(..katanya kprluan mngkt stlh naik pgkt.Doa si isteri agr suaminya kembali sprti dulu.

kisah kedua : luahan si suami yg sedih melihat isterinya sggup tinggal suami n anak2 brminggu apb brkumpul brsama2 adik bradik.makan pakai tak dpedulikn apb brpeluang brkmpul brsma2 adik bradik.alhamdulillah suaminya msih brsabar dgn "perangai" isterinya.Namun mnyatakn bhw ksabarnnya ade batasnya.Si suami Mgharapkn si isteri sedar akn prbuatannya.

sama2 kita ambil iktibar.

LadyBird berkata...

siapapun suami/ isteri kita.. belajarlah untuk menerima kekurangan dan kelebihan pasangan di samping berusaha untuk melakukan yang terbaik. Tiada seorang manusiapun yang dicipta 100% perfect walaupun kita sendiri.

Al - Mu'allim berkata...

~NooR AzLen BinTi HaRoN~

Waalaikumussalam.

Terima kasih atas pandangan dan perkongsian cerita tu.

Moga kita dapat mengambil iktibar dari kisah tersebut. Juga dijauhi dari mengalami situasi tersebut. Saya percaya, isteri dalam kisah pertama dan suami dalam kisah kedua tidak pernah menyangka akan menghadapi situasi seperti itu.

Al - Mu'allim berkata...

~LadyBird~

Terima kasih atas pandangan. Moga kita dapat belajar untuk menerima kekurangan pasangan kita dabn berusaha membaiki kelemahan kita.

Al - Mu'allim berkata...

~kueh~
Waalaikumussalam.
Terima kasih atas doanya.
Ameen...Ameen... Ameen

Pandangan enti terperangkap dalam spam. Baru saja perasan.

Ummi Mirza berkata...

Assalamualaikum...

Tersenyum sendiri bila membaca entry kali ni...

Tersenyum kerana merasa masih ramai wanita yang mahu mendapat 'Lelaki Sempurna' itu walhal diri sendiri pun belum hebat mana...

Tiada hamba Allah SWT yang diciptakan sempurna di dunia ini tetapi kita adalah sebaik2 kejadian yang telah dilengkapkan Allah SWT dengan:

1. Tubuh yang elok. Semua manusia itu CANTIK.
2. Akal
3. Pemikiran konkrit ~ dapat mengenal yang mana baik atau buruk
4. Nafsu

Maka haruslah kamu mencari pasanganmu dengan menggunakan keempat2 elemen yang telah dikurniakan Allah SWT.

dan ingatlah, nikahlah kamu kerana agama Allah SWT dan kerana agamanya dan janganlah kamu menikahinya kerana kecantikannya, hartanya ataupun kesempurnaannya kerana tiada manusia diciptakan lebih baik dari manusia yang lain dan tiada satu pun daripadanya akan kekal melainkan Allah SWT.

Akhirat nanti, kita semua sama di pandangan Ya Rabb.... hanya ibadah & amalan kita yang membezakan kita dengan org lain...

saya seru kepada saudari2 yang membaca entry ini agar lebih bersikap terbuka di dalam rumahtangga dan sentiasa membuka hati mereka untuk mengecapi kebahagiaan bersama lelaki yang telah kita nikahi...

Jika anda menutup pintu hati anda, maka yang rugi hanyalah diri anda...

dan ingatlah, setiap perkahwinan itu telah ditetapkan oleh Allah SWT. Maka bajai dan sirami dengan kasih sayang dan keimanan...

Wallahu A'lam.....

P/s: maaflah terpanjang pula comment saya... :)

Al - Mu'allim berkata...

~Ummi Mirza~

Waalaikumussalam, ummi.

Terima kasih atas kunjungan.

Terima kasih juga kerana sudi berkongsi ilmu kepada kami di sini. Banyak pengajaran yang dapat diambil dari perkongsian ummi ini.

Benar, hanya amalan kita yang akan dinilai dan dibalas di sana nanti. Alangkah beruntungnya jika syirga yang menanti kita di sana.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails