Kali ni taknak bercerita tentang cikgu dan sekolah. nak bercerita tentang sesuatu yang santai saja. Tidak mahu merosakkan mood cuti sekolah selama seminggu di kampung halaman ini. Walaupun membawa pulang skrip jawapan pelajar bersama, namun berada di kampung sekurang-kurangnya dapat mengecas kembali semangat dan iltizam samada dalam kerjaya mahupun kehidupan harian. InshaAllah.
Pulang ke kampung saya terkejut melihat kucing yang dikatakan hilang kembali ke rumah. Saya tidak tahu kenapa kucing suka tinggal di rumah saya. Asalnya, memang dari dulu kami tidak pernah membela kucing. Namun ada saja kucing yang silih berganti datang menghuni rumah kami. Ada yang di bawa berjalan-jalan tuannya ke rumah kami, dan kemudian tidak mahu pulang ke rumah asalnya. Bila di bawa pulang, akan datang kembali sendirian.
Ada satu kisah yang sangat menarik tentang salah seekor kucing yang tinggal bersama kami. INshaAllah di lain kali saya akan ceritakan di sini. Beliau (izinkan saya guna kalimah ini untuk kucing ini, ya) pernah dijadikan asbab oleh Allah untuk menyelamatkan saya menyebabkan saya cukup menyayanginya dan menambahkan kecintaan saya kepada kaum spesis sepertinya. Namun untuk kali ini, biarlah cerita tentang kucing yang masih ada bersama kami ini.

Yang menjadi masalah, kucing beliau selalau pulang ke rumah kami walaupun dikurung di rumah baru. Pantang ada peluang, pasti akan lari dari rumah dan kembali ke rumah kami sehingga tuannya 'give up'. Akhirnya hidup dia di rumah kami sehingga beranak. Anaknya mewarisi kecomelan ibunya dengan ekor yang kembang dan warna serta bulu yang cantik. malah lebih canti dari ibunya. 3 ekor nama anak ini adik-adik saya namakan mengikut nama mereka.
Ketika ke-3 ekor anak ini remaja, ibunya beranak lagi. Kali ini 4 ekor dan kelahiran ini tidak disedari oleh sesiapa. tahu-tahu, rumah kami ada pertambahan 4 ekor anak kucing yang sangat kecil. Pertambahan kucing yang mendadak ini amat merisaukan kerana pasti tidak cukup tangan untuk menjaga mereka nanti. Tambahan pula, adinda yang selalu memberinya makan akan menyambung pelajaran di kampus. Walaupun masih ada adinda bongsu yang boleh menjaganya di rumah, namun sukar apabila beliau ke sekolah nanti.

Kucing ini sungguh unik. Entah bagaimana ia masih cuba untuk kembali ke rumah kami. Digonggong anak kecilnya satu persatu berulang alik ke rumah kami bagi memastikan mereka dapat kembali. Kesannya seekor anaknya mati dan terdapat kesan luka yang teruk di tengkuknya dipercayai kesan gonggongan yang terlalu kuat. Namun kali ini tuannya tidak berputus asa dan mengambil kembali kucing tersebut dan dikurung di dalam sangkar. Kekallah mereka di rumah tuan asalnya.
3 ekor kucing yang tinggal bersama kami agak senang untuk diurus. Panas disangka ke petang rupanya hujan di siang hari. Ketika kami adik beradik tiada di rumah, ada seorang budak datang merayu kepada bonda supaya diberikan seekor kucing kepadanya kerana dia sangat meminati kucing. Bocah ini datang bersama kawannya dan merayu-rayu dengan sedih sehingga menimbulkan rasa belas kasihan bonda kepadanya. Sebenarnya bocah ini bukan yang pertama meminta dari kami, bahkan ramai dah yang datang meminta tetapi tidak diberikan oleh adik-adik.
Bonda akhirnya memberikan seekor kepadanya selepas puas mereka memujuk. Namun pemberian bonda disertakan amaran supaya menjaga kucing kesayangan kami dengan baik. Dengan iringan berkali-kali ucapan terima kasih, mereka meninggalkan rumah kami dengan perasaan puas dan sangat gembira.

Namun, sekembalinya saya ke kampung halaman sabtu yang lepas, bonda memberitahu saya,
"tahu tak Man dah balik ke rumah"
"hah, bukan dia duk asrama ke? Balik ke minggu ni", saya pelik sebab sepatutnya adik saya sepatutnya tidak pulang kali ni.
"bukan Man adik, tp Man kucing yang hilang hari tu", jelas bonda. Haha. Inilah akibatnya kalau bagi nama kucing macam nama tuannya.
Kata adik bongsu, beliau mengambil kucing itu di masjid selepas ada orang yang memberitahu kononnya kucing kami ada di sana. Rupanya kucing mengikut bonda ke masjid tanpa disedari dan tidak tahu pulang sendiri. Kepulangan kucing itu menggembirakan adiknya yang kesunyian di rumah. Kesian sungguh kucing itu, badannya kelihatan kusut walaupun ekornya semakin kembang dan cantik. Tinggallah mereka berdua menjadi sebahagian dari keluarga kami.
4 ulasan:
assalamualaikum...
mood cuti? Insya Allah seronok menjadi seorang pendidik..
kucing..binatang yg paling seronok dibela dan dibelai...di kg halaman ambo pon, sehingga tahun lpas fmly ada pelihara kucing, tp slpas berpindah di kawasan rumah teres (hadapan rumah jalan yg sibuk) akhirnya kucing tidak dipelihara kerana laluan kereta motor yg mengancam nyawa binatang comel tersebut..hanya tinggal pelihara burung dan ikan hiasan sahaja..he3
Alhamdulillah, sy dah merasainya, walaupun hanya menjadi guru ganti saje .. memang terasa 'kesenangannya' .. hehe ..
Bestnyaa ada kucing, dulu kat rumah ni ada kucing. Ramai pulak yang mintak. Kitorang bagi pinjam je, tapi sampai sekarang tak pulang-pulang .. sy harap kucing tu dah bahagia kat keluarga sana ;D
~MUHAMMAD SUKRI SUPI~
Waalaikumussalam, sheikh.
Ya, mmg seronok menjadi seorang pendidik.
Owh, meme payah jg kalu pero kucing di rumah teres. Kena kurung la kalu xse wi yo g rato.
Pero ike pun ok jg, cumo kalu akuarium tu besar n siap ada oksigen n lampu, come lg.
~fiza nurani~
InshaAllah lps jadi cikgu betul ni, dapat menikmati kembali 'kesenangan' itu =)
Mujur jg saudari dpt sekolah yang ok dulu. Cikgu-cikgu yang datang menjadiguru ganti di sekolah saya, terus serik untuk menjadi cikgu. bahkan ada seorang darinya lari tanpa meninggalkan notis kerana senangnya menjadi cikgu.
Ada ke istilah pinjam kucing. hehe.
Bila kucing dah seronok kat satu-satu tempat, susah untuk pindahkan dia ke tempat lain.
Catat Ulasan