BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


15 Okt 2011

Tahniah Sultan Muhammad ke-V





Tahniah kepada Sultan Muhammad ke-V di atas pemahsyuran sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Dengan itu, berakhirlah giliran Sultan Mizan Zainal Abidin sebgai Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan diganti dengan Sultan Kedah mengikut sistem penggiliran YDPA. Tahniah Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah.

Penggiliran YDPA diberikan kepada negeri-negeri mengikut susunan yang berikut : Negeri Sembilan - Selangor - Perlis - Terengganu - Kedah - Kelantan - Pahang - Johor - Perak.

Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak tidak berada di dalam sistem giliran ini walaupun turut menganggotai Majlis Raja-Raja.

Sultan Abdul Halim sebenarnya pernah menjadi YDPA semasa giliran Negeri kedah yang dulu. Namun kerana hayat yang panjang, giliran Kedah kali ini masih sempat untuk Sultan Abdul Halim menjadi YDPA yang ke-14. Sementara itu, Sultan Muhammad ke-V dilantik sebagai Timbalan YDPA mengikut giliran negeri Kelantan selepas ini. 
Moga kealiman Tuanku Sultan dapat menjadi contoh kepada rakyat di bawah pemerintahannya. Moga amanah ini dapat dipikul dengan sebaiknya.

2 ulasan:

Eyda berkata...

Assalamu'alaikum,

Memang satu perkhabaran gembira.
Beruntung rakyat jelata.

Semuga dirahmati ALLAH hendaknya.

Alhamdulillah

Al - Mu'allim berkata...

~Eyda~

Waalaikumussalam.

InshaAllah. Antara perkara pertama yang dilakukan oleh Sultan Muhammad ketika ditabalkan sebagai Sultan Kelantan adalah menukar slogan daulat Tuanku kepada Allahu Akbar.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails