BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


20 Jan 2012

Cikgu dan tanda nama

Tanda nama atau orang kampung saya panggil name tag ni, kadang-kadang kita lihat sebagai benda yang kecil dan menyusahkan. Kadang-kadang ada yang taknak pakai walaupun itulah pengenalan seorang cikgu. Biasanya kalau pegawai-pegawai kerajaan ni, kita boleh kenal mereka melalui pemakaian kemeja lengan panjang dan bertali leher, cikgu sekolah tiada semua tu tetapi boleh dikenali melalui tanda nama. Ya, tanda nama yang hitam bertulis nama cikgu semata-mata, tiada logo KPM, JPN mahupun sekolah.

Baru-baru ini saya ke Kepala Batas atas urusan kerja. Oleh kerana saya terpaksa ke sekolah terlebih dahulu, di samping untuk mengelak kesesakan lalu lintas dan kelewatan, saya memilih untuk menaiki motor sahaja. Usai urusan, saya bergegas pulang. Sesampai di laluan motor di Plaza Tol Sungai Dua, ada sekatan JPJ dan semua motor ditahan. Saya sebenarnya suka jika ada road block begini kerana saya tidak bersalah. Ye la kan, dah kita tak salah kenapa nak takut.

Apabila saya memberhentikan motor saya, brother JPJ itu tersenyum kepada saya dan bertanya
gambar name tag ni saya jumpa di sini
"cikgu ek?". Ha, saya terkejut kemudian tersenyum melihat name tag yang lupa saya tanggalkan, lalu saya masukkan name tag ke dalam saku baju.

"tengok road tax", pintanya kepada saya. Dengan tenang dan yakin, saya buka seat motor dan tunjukkan kepada beliau dan rakan beliau yang tiba-tiba datang.

"Ni dah lama dah tamat tempoh ni, cikgu", ujarnya kepada saya. Bagaikan nak tercabut jantung saya dengar. Biar betul. Yup, rupanya sudah lebih 2 minggu road tax motor mati dan langsung saya tak sedar. "Tula, tadi konfiden sangat", getus hati saya.

"err, saya tak perasan la pulak bang. betul-betul saya tak perasan road tax dah mati", jujur saya memberitahu mereka.

"emm... kita boleh consider kalau 2 3 hari, cikgu. tapi ni dah 2 minggu ni", jelas rakan beliau dan kemudian bertanya "tengok lesen?"

"abis macamana ye", saya buat-buat tanya sambil menyerahkan lesen yang masih hidup.

"As.... sini jap", beliau memanggil seorang kawan beliau. Seorang JPJ wanita datang ke tempat kami dan tersenyum kepada saya.

"Cikgu kita ni... road tax dia mati. 2 minggu dah", kata beliau kepada pegawai JPJ wanita itu. Makin manis pula senyuman dia. Perli ke apa ni.

"saya memang tak perasan pun. kalau takde road block ni, memang saya tak sedar dah", saya cuba bertahan.

Selepas beberapa ketika...

"Beginilah cikgu. Cikgu pergilah, cuma cepat-cepatlah renew road tax ni sebab cikgu mungkin kena kat tempat lain walaupun cikgu terlepas kali ni", kata beliau kepada saya sambil menyerah kembali lesen kepada saya selepas kedua rakan beliau diam saja.

"ya, cikgu. sekarang ni kami melakukan operasi bersepadu. Banyak road block yang kami buat, kalau cikgu kena waktu malam, lagi teruk, kenderaan cikgu akan disita ke balai polis", barulah pegawai JPJ wanita itu bersuara.

"Baiklah. terima bang, terima kasih kak", ucap saya sambil berlalu pergi.

Huh, nasib baik lepas. Untung juga lupa pecat name tag tadi. Saya meneruskan perjalanan pulang dan sebelum tiba di tol jambatan saya melihat sebuah motor berpatah balik. "eh, kenapa dia ni, takkan lupa bawa duit tol kot", getus hati saya.

Semakin menghampiri tol, ada 2 3 buah lagi motor berpatah balik. Rupanya ada sebuah lagi road block selepas tol. Ternyata cakap pegawai JPJ tadi bukan cakap kosong, tapi takkan lah secepat ini saya kena. Takkan keajaiban berlaku 2 kali berturut-turut. Berfikir untuk berpatah balik tapi ke mana? Lantas saya memakai kembali name tag.

Bismillah.

Saya melalui road block itu tanpa ditahan walaupun motor-motor lain ditahan. Alhamdulillah. Huh, lega. Ternyata tempias keberkatan dan kemuliaan seorang cikgu menyelamatkan saya dari tahan. Syukur alhamdulillah. Kalau tak, lari lagilah bajet bulan ni :)

Kesimpulan, pakailah name tag.

22 ulasan:

NooR AzLen BinTi HaRoN berkata...

assalammualaikum

sama la dengan kampung saya panggil "name tag".:-)

"Saya sebenarnya suka jika ada road block begini kerana saya tidak bersalah. Ye la kan, dah kita tak salah kenapa nak takut."

Betul tu,kalau xbuat salah,tak perlu nak rasa takut cuma kadang ada juga yg klu nmpk polis dr jauh,berderau dh jntung.

pglmn yg menarik,lain kali dgn yakin kena semak "road tax" sebelum memulakan prjalanan.

ain fathihah berkata...

ya, silakan.

Ruby berkata...

tag nama saya. hehe

Muslimah Optimis berkata...

hehehhe.. kelakar lah cikgu ni.. konfiden je ye.. hehe.. Tapi Allah akan permudahkan urusan hamba2nya yang bertakwa.. Allah dah permudahkan urusan cikgu siang tadi kan.. :-) Alhamdulillah...

jadi cikgu kan berbakti pada masyarakat.. kalau orang tanya saya kerja apa, saya cakap jurutera.. jurutera bangsa.. :-)

RuMaH TuA berkata...

Baru - baru nak belajar pakai name tag... Banyak tertinggal dari pakai. ^^,

amirah berkata...

singgah.hehe

cun09 berkata...

salam dik...

itulah yg telah ditetapkan oleh ALLAH ^__^

Al - Mu'allim berkata...

~NooR AzLen~

Waalaikumussalam.

Banyak dah perkataan english yg dikampungkan. :)

Ye, kl tak salah tak perlu kita takut. bukan situasi ni saja, bahkan pada mana2 situasi pun.

Psl road tax tu, mmg sy terlepas pndng kali ni. Pengajaran berguna untuk diri sendiri.

Al - Mu'allim berkata...

~ain fathihah~

Terima kasih.

Al - Mu'allim berkata...

~Ruby dan amirah~

Selamat datang. Moga ada manfaatnya di sini.

Al - Mu'allim berkata...

~Muslimah Optimis~

Alhamdulillah. Syukur kerana terlepas kali ni. Tu la, konfiden sb sebelum ni memang tiada masalah. Lepas ni kena lebih alert.

Cikgu ni bukan saja jurutera, beliau lah jg doktor, pakguard, misi, hakim, kaunselor, polis, jurulatih, penceramah, babysitter dsb. :)

Kepada yg belum jadi cikgu, bersedialah :P

Al - Mu'allim berkata...

~RuMaH TuA~

Rajin2lah pakai. tu tanda pengenalan diri seorang cikgu. Pakai kat mana-mana, orang akan kenal "itu cikgu".

Al - Mu'allim berkata...

~cun09~

Wsalam.

Ye, kak. Terima kasih.

Cik As berkata...

salam cikgu, nice story... Untunglah jadi sorg pendidik.... ;)

wansyu berkata...

salam ziarah..

Perkongsian yang menarik..berkat bergelar pendidik..seorg cikgu, tak kira umur, kat mana dan siapa sepanjg hayat tetap digelar cikgu wlupun dah pencen :)

~kueh~ berkata...

salam.

em,murid2 xpakai tag nama pon da kena mrh dgn cikgu disiplin. inikan cikgu..alahai..

kalau xpakai tag nama pon kgd2 org blh detect..'ni cikgu ke'~~ish2.

"Moga Allah kasih^^,"

- Ukhty Iman - berkata...

Assalamu'alaikum adik mua'llim..

Subhanallah...ALLAH selamatkan asbab dari name tag td ye, itula kemuliaan bergelar seorang guru, Allahu Rabbi! teruskan perjuangan demi islam ye dik, Moga ALLAH redha..aamiin

p/s: maaf lama akk xberkunjung sini, dh jarang2 blogwalking...

Al - Mu'allim berkata...

~Cik As~

Wsalam.

Alhamdulillah. Bersyukur atas nikmat-Nya.

Al - Mu'allim berkata...

~wansyu~

Selamat datang.

Aah. cikgu ni gelaran yang kekal, bukan saja sampai pencen bahkan sampai mati orang kenang.

"kubur siapa tu?"

"Kubur cikgu",

Al - Mu'allim berkata...

~kueh~

Wsalam.

Tu la. kalau murid tak pakai, cikgu marah. Kalau cikgu tak pakai takpe pula.

Kalau saya nak tegur murid, mesti sy tgk dulu saya dah pakai ke blum. Kadang2 ada juga time lupa.

Moga Allah kasih. Ameen!!

Al - Mu'allim berkata...

~Ukhty Iman~

Waalaikumussalam, kak.
Masih di Haramain ke?

Alhamdulillah. InshaAllah kak. Doakan saya terus istiqamah dalam mendidik. Moga kita sentiasa dalam redha-Nya.

Ameen.

p/s : xpe kak. saya memahami kesibukan seorang ibu mithali :)

Moga terus istiqamah dalam berkongsi ilmu, kak.

- Ukhty Iman - berkata...

ye akak masih di haramain..
aamiin, insya-ALLAH mohon doanya ya..
Moga ALLAH redha ^^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails