BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


1 Jan 2012

Cetusan hati seorang bakal cikgu : Hebatnya perancangan Allah

Alhamdulillah, masih berkesempatan untuk pulang ke kampung selepas seminggu menghabiskan masa di Penang. Selain bertugas, saya juga dipaksa menandatangani SBPA dan juga mesyuarat guru dari 27-29 Disember selain Orientasi pada 30 Disember.

Kali ini, saya ingin berkongsi sebuah email yang saya terima dari seorang bakal cikgu menceritakan pengalaman yang beliau lalui sebelum terjun ke dalam bidang pendidikan. Bermula dari SPM sehinggalah selepas mendapat segulung Ijazah, beliau berkali-kali tanpa putus asa dan penuh pengharapan kepada Allah, akhirnya pada Julai yang lalu barulah Allah kabulkan permohonan beliau.

Rupanya Allah mengabulkan doa beliau pada masa yang sesuai dan banyak hikmah yang beliau perolehi sepanjang perjalanan untuk menjadi seorang cikgu. Begitu hebat dan teraturnya perancangan Allah yang tidak kita sedar. Sebagai menghormati permintaan beliau, saya menutup beberapa bahagian di dalam surat ini. Moga kita dapat pengiktibaran dari perkongsian ini.

Emel ini saya terima sebelum saya ke Bandung lagi, namun oleh kerana beberapa hal yang tidak dapat dielakkan, baru kini saya berkesempatan untuk menyiarkannya di sini. Moga bermanfaat.

klik pada teks untuk besarkan


6 ulasan:

Muslimah Optimis berkata...

ya, perancangan Allah itu maha hebat.. setiap yang berlaku kepada kita adalah pengalaman. Yang penting bagaimana kita mengambil ibrah dari setiap apa yang berlaku terhadap diri kita kan.. sama ada baik tau buruk..

saya juga bakal cikgu.. tengah tunggu panggilan temudugua SPP.. doakan semoga saya terpilih untuk mengajar di mana2 sekolah di Malaysia.. :-)

Eyda berkata...

Assalamu'alaikum,

Rasa bahagia sekali bila bertambah lagi insan yang ingin benar dengan ikhlas berusaha untuk menggelarkan diri sebagai guru . Alhamdulillah, segala usaha telah menampakkan hasil.
Benar memang hebat perancangan ALLAH .
Syukran ya mu’allim kerana sudi berkongsi pengalaman diri dan orang lain di sini.
Ana doakan kepada pengirim email tu dan semua guru dan bakal guru akan kesejahteraan yang tidak terhingga dan jangan pernah menyesal atau mengalah untuk meneruskan hidup sebagai guru.
Semuga kita sentiasa dibawah kasih dan rahmat ILLAHI

alFarafisyah berkata...

Subhanallah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik utk hamba-Nya. Berdoalah kepada-Nya dan DIA akan makbulkan...tepat dan kena pada masa masa dan ketikanya. Selamat menjadi guru buat si penulis emel.

Cuma saya tertarik dgn kenyataan akhi, 'dipaksa utk menandatangani SBPA?' Bukankah kita diberi pilihan utk memilih?

Buat Muslimah Optimis, sama la kita ^^. Semoga berjaya dlm temuduga tu.


p/s: Jemputlah baca entry Beza antara 'see', 'look' dan 'watch.'
http://alfaratisyah.blogspot.com/2011/12/beza.html

Al - Mu'allim berkata...

~Muslimah Optimis~

Ameen. Saya doakan MO mendapat tmpat di sekolah yang baik. Selamat datang ke dunia pendidikan.

:D

Bersedialah mental dan fizikal :)

Al - Mu'allim berkata...

~Eyda~

Waalaikumussalam.

Alhamdulillah, moga beliau terus istiqamah dan menjadi cikgu terbaik apabila menjadi cikgu yang sebenar nanti. Juga buat kita semua juga.

Ameen. Moga kita sentiasa dalam kasih dan rahmat Illahi.

Afwan jiddan

Al - Mu'allim berkata...

~alFarafisyah~

Yup, Allah memakbulkan doa tepat pada masa dan ketikanya. Begitu halnya juga dengan jodoh.

Erm, memang diberi pilihan tp akhirnya kita sendiri akan dipaksa mengikuti skim ini. Saya diminta menandatangani tanpa diberi penjelasan ttg isu ini.

Saya doakan alfarafisyah dan MO berjaya dalam temuduga tersebut. Jangan lupa kongsikan pengalaman itu nanti. Rasanya pengalaman saya juga pernah dinukilkan di blog ini.

Terima kasih juga atas penjelasan ttg perbezaan tersebut.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails