BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


5 Jan 2012

Apabila ibu bapa lebih ramai dari murid

Bismillah.

Ambil sedikit kesempatan untuk menukilkan kehidupan pada hari pertama persekolahan tahun 2012. Mohon maaf tidak sempat berziarah dan memberi respon kepada komen. Hari in sangat sibuk sehingga hampir jam 12 sekarang ni, masih berusaha menyiapkan perancangan p&p utuk esok. Erm, siapa kata tugas guru hanya separuh hari, try this at home. huhu. Dah macam budak praktikal dah ni.

Sukarnya menjadi guru kelas untuk kelas paling hadapan ni. Pagi tadi hampir semua murid ada ibu bapa yang berkampung di luar kelas saya. Bayangkanlah jika ada 35 orang murid, maka jumlah ibu bapa adalah 2 kali ganda dari jumlah tersebut. Sudah pasti tidak semua begitu tetapi majoriti ibu bapa ada di luar kelas. Itu kelas saya, kelas lain pun sama juga.

Ditambah lagi dengan pembahagian buku teks pada hari ini kerana buku tersebut baru saja sampai, ditambah lagi dengan ibu bapa yang berkeras ingin membayar yuran PIBG, ditambah lagi dengan rayuan untuk meletakkan anak mereka di hadapan kelas. Yang ini paling sukar untuk dilayan kerana semua ibu bapa ingin anak mereka diletakkan di hadapan + tengah. Sudah pasti hanya ada 1 atau 2 tempat. Ada yang membawa surat doktor, ada yang menunjukkan pelbagai alatan bantu penglihatan dan bermacam lagi untuk mengukuhkan dakwaan.
gambar hiasan : ihsan dari google
Itu belum masuk lagi yang jumpa personali dan meminta memerhatikan anak mereka seolah-olah jika tidak berbuat begitu saya akan mengabaikan anak mereka. Saya cikgu kelas kepada 35 orang murid, sudah pasti mereka semua tidak akan saya abaikan. Nasib baik ada 35 sahaja berbanding ada cikgu yang mendapat 40 dan sebagainya.

Sudah berbuih mulut meminta mereka tidak berada di koridor. Seolah tidak mepercayai cikgu, masing-masing setia menunggu di luar kelas. mati kutu cikgu dibuatnya. Lepas sejam, bilangan mereka berkurangan dan saya meneruskan tugasan di kelas. Usai tugasan guru kelas, saya menuju ke kantin bagi mengalas perut yang minta di isi. Tu dia, kantin pula penuh dengan ibu bapa yang tadinya berada di koridor. Ingatkan dah balik, rupanya menunggu anak mereka yang bakal rehat setengah jam lagi. huhu, dah macam sekolah orang tua dah.

Apapun harapnya esok keadaan menjadi lebih baik. Pihak sekolah memberi kebenaran sehingga selasa depan untuk ibu bapa masuk ke kawasan sekolah, selepas itu sekolah akan menjadi kawasan larangan mereka pada waktu p&p. Harapnya begitulah dan tidak menjadi seperti tahun lepas di mana ibu bapa bebas masuk menunggu anak di dalam kawasan sekolah.

Akhir sekali selamat bertugas buat cikgu-cikgu samada lama atau baru untuk sesi persekolahan 2012. Juga buat adik-adik bakal guru mahupun mahasiswa-mahasiswi sekalian.

15 ulasan:

MUHAMMAD SUKRI SUPI berkata...

Assalamualaikum...

Pernah merasa situasi sedemikian ketika mengajar tadika dan kelas kafa suatu ketika dulu..cewah..supo lamo jah suatu ketika dulu nie.he3..

*Selamat menjalankan kewajipan sebagai pendidik buat syeikh n rakan2 blogger di tahun 2012(",)

...antikapel... berkata...

perghh! memang pengalaman yang best...

semoga menjadi cikgu yang best!

alin berkata...

berkobar-kobar lps baca entri ini.. bertuah mereka =) saya dulu xdanya mak abah nak tggu kat luar kls, antar pagi, ptg ambik.. parents begitu disiplin, abah jengkil mata ja dah kecut perut (bukan dulu ja sekarang pun =).. bila time adik masuk darjah satu pun sama, sian adik mungkin jelous tgk parents2 lain ade tp dia tak, saya waktu tu pura2 bg alasan kat cikgu nak kua tandas padahal senyap2 tgok keadaan adik kat kelas, hihihi... soalan, boleh ke saya minta utk jadi guru ganti sama ada sekolah menengah atau rendah?

nadhirah berkata...

selamat bertugas kembali cikgu (^^,)

Al - Mu'allim berkata...

~MUHAMMAD SUKRI SUPI~

Waalaikumussalam.

Terima kasih sheikh atas ucapan. Moga tahun ini lebih baik dari tahun lepas.

InshaAllah, pahni giliran sheikh pulop bila tiba masa dan ketikanya seperti pengirim emel lepas.

p/s : tp jadi cikgu ko budok tuo pun xpo jugo...

Al - Mu'allim berkata...

~...antikapel...~

terima kasih.

InshaAllah. ameen.

Al - Mu'allim berkata...

~alin~

parent sekarang memang lain dari dulu. Lebih-lebih lagi kl yg berbangsa cina. Saya dulu pun saja tak ditunggu, malah tak dihantar pun. Saya kena g naik van sdri.

Memang akak yang mithali ni sanggup berpura2 utk memastikan keselamatan adik. :)

jawapan, boleh. cubalah minta. Kalau rasa lambat lagi nak posting, boleh cuba jadi gstt dulu.

Al - Mu'allim berkata...

~nadhirah~

Terima kasih. :)

cun09 berkata...

salam...

eerrrmm lama akak x singgah...

**selamat bertugas** ^__^

Al - Mu'allim berkata...

wassalam.

Terima kasih atas kunjungan akak cun.

alFarafisyah berkata...

Memang tugas guru tidak semestinya berakhir saat deringan loceng terakhir di sekolah. Bahkan mungkin tidak terhenti di situ. Menjadi seorang guru, bukan sahaja perlu bijak mengajar, bahkan mendidik dan mengurus.

Semoga Allah mudahkan urusan.

Selamat kembali mengajar.

RuMaH TuA berkata...

Assalamualaikum,,

Agaknya budak - budak sekarang da terlalu manja. Zaman saya sekolah dulu rasanya tidaklah sampai sebegitu kronik keadaannya... Mungkin kita akan faham situasi ini setelah bergelar umi dan abi kelak...

"Guru kelas memang banyak kerja"

(^-^)y

Al - Mu'allim berkata...

~alFarafisyah~

Ameen.

Terima kasih atas doanya.

Sukar, tetapi tetap perlu dibuat

Al - Mu'allim berkata...

~RuMaH TuA~

Waalaikumussalam.

Budak-budak terlalu manja kerana terlalu dimanjakan. Makin lama makin teruk.

Ya, tengoklah nanti bagaimana nanti bila kita ditempat ibu bapa tersebut.

Guru kelas kena jadi mak/ ayah kepada anak-anak di kelasnya.

Gen2Merah berkata...

cikgu ajar sekolah menengah ke rendah ye..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails