BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


16 Dis 2010

Blog aku, suka hati aku la!!!!


Pernah dengar tak ungkapan ini. Banyak ditulis di blog-blog yang saya kira mereka lupa siapa sebenarnya mereka. Barangkali mereka belum pernah terbaca artikel ini sehingga mendakwa boleh menulis sesuka hati. Saya baru terjumpa blog yang mempertikaikan kewajipan menutup aurat ke atas muslimat, katanya suka hati orang tu la nak tutup ke tak sebab rambut dia. Siap mendabik dada mengatakan dia mampu menulis apa yang dia suka sebab itu blog dia. Saya tidak bercadang untuk mengiklankan blog dia di sini. Lagi kasihan bila membaca komen dari yang menyokongnya dengan memberi menafsiran yang salah tentang ayat al-quran. Moga Allah memberi hidayah kepada mereka.

Benarkah kita bebas melakukan apa saja di rumah kita? Menganjurkan pesta-pesta maksiat, mengadakan pertandingan judi, menggalakkan penzinaan, menjadikannya sebagai markas pencuri. Bolehkah? Tidak!! Tentu sekali tidak. Begitu juga di blog, kita tidak boleh melakukan sesuka hati. Kecuali jika melibatkan perkara-perkara yang tiada kaitan dengan hukum hakam agama seperti menyusun atur gadjet sebagaimana kita bebas meletakkan almari dan rak buku di rumah kita.

Benarkah membuka aurat adalah hak kebebasan individu? Rambut dia, suka hati dia lah nak tutup ke tak. Benarkah begitu? Kalau anda bersetuju dengan pandangan tersebut, saya harap anda tidak bermasalah jika saya ke rumah anda dan memasuki rumah anda dengan memakai kasut, kemudian ke bilik anda dan melompat di atas katil anda dengan kasut juga. Anda jangan marah kerana anda penyokong hak kebebasan maka anda tidak boleh menghalang kehendak kaki saya. Kaki saya, suka hati saya la.

Sebagaimana saya perlu menghormati peraturan rumah anda, begitu juga anda perlu mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh tuan kepada bumi ini, tuan kepada rambut kita, tuan kepada kaki kita. Kita hanyalah hamba kepada Tuan kita iaitu Allah. Kita berada di bumi Allah maka seharusnya kita perlu patuh kepada arahan Allah.

Ah, kubur masing-masing, tak payah nak sibuk2. Benar, kubur masing-masing, tapi apabila anda mati anda akan menyusahkan orang ramai. Kalau kubur masing-masing, pergilah gali sendiri dan tanam sendiri bila dah mati nanti. tapi tidak, anda tetap menyusahkan orang ramai yang tepaksa menanam anda sedalam 7 kaki kerana jika tidak pasti mudharat lebih besar kerana terpaksa menghidu mau mayat manusia yang sangat busuk.

Sudah pasti jika anda berani berkata rambut dia suka hati dia, anda juga berani untuk makan apa saja kerana itu mulut anda. Nah, perut seperti peti ais ini lebih dahsyat bau nya. Oleh itu, berhati-hatilah dalam berkata-kata dan berhati-hatilah dalam menulis. Anda adalah apa yang anda tulis. Kadang-kadang tahap kebijakan kita boleh dinilai dengan tulisan kita. Juga, jangan sekali-kali mendedahkan dosa anda yang Allah telah sembunyikan di blog kerana ia menggambarkan seolah-olah anda berbangga dengan dosa itu.

Ingatlah sahabat-sahabat, jangan kita mempromosikan dosa dan maksiat di blog kita.

16 ulasan:

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Peringatan yang sangat baik, moga ianya mendatangkan manfaat yang banyak buat kita semua...

SDS berkata...

Mereka berpendapat diri mereka hak mereka...ttpi mereka tdk sdr bhwa dri mreka hak Allah...

elianesuriane berkata...

satu peringatan yang baik buat semua..

Hanisah Safian berkata...

salam singgah.

ye,saya setuju! menulis pun ada batasnya.

terima kasih ats entri sebegini. :)

nuraishah_abuhasan berkata...

Assalamualaikum wbt..

"Juga, jangan sekali-kali mendedahkan dosa anda yang Allah telah sembunyikan di blog kerana ia menggambarkan seolah-olah anda berbangga dengan dosa itu"

Saya berkongsi pengalaman saya di blog saya.. Dgn harapan dakwah.. Tidak berniat untuk berbangga.. Tetapi saya takut ia menjadi satu kesalahan.. Minta pandangan.. Haruskah ia diteruskan atau dihentikan..

Terima kasih..

Al - Mu'allim berkata...

Waalaikumussalam ustaz Razak.

InshaAllah. Moga bermanfaat untuk semua

Al - Mu'allim berkata...

SDS,

itulah manusia. mereka lupa siapa Tuan mereka

Al - Mu'allim berkata...

elianesuriane.

Alhamdulillah. Mohon sebarkan untuk manfaat semua

Al - Mu'allim berkata...

Hanisah safian,

Sama-sama. moga bermanfaat

Al - Mu'allim berkata...

Waalaikumussalam Nuraishah.

Pada saya, kalau pengalaman dosa, tidak harus diceritakan kepada umum, bimbang mereka akan sukar menerima teguran kita.

saya bukan seorang ustaz, jadi pandangan saya tidak semestinya benar, namun saya sertakan hadith yang bermaksud
"Jauhilah perkara-perkara keji (maksiat) yang telah dilarang oleh Allah, sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah dia menyembunyikannya dengan tutupan (yang diberikan) Allah dan bertaubat kepada Allah SWT. Jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepada kami, kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah ‘Azzawa Jalla."

Berkenaan niat dakwah, bukan niat berbangga itu, saya cadangkan link pada ayat terakhir artikel ini dirujuk.

Saya mengalu-alukan pandangan sahabat yang lain.

Wallahu a'lam

Pemerhati Kehidupan Dunia berkata...

Yelah cikgu. Ramai kawan2 sy yang mcm tu... entahlah, dunia sekarang. Ayat 'blog aku, suka hati akulah', 'suka hatilah akulah nak pakai ape pun' dan mcm2 lagi dah selalu sy jumpa.

Al - Mu'allim berkata...

Benar sekali Pemerhati Kehidupan Dunia. Banyak dah org cakap begitu sekarang ni.

barangkali mereka fikir diri mereka hak mereka dan mereka akan kekal hidup di dunia sampai bila-bila. Moga mereka beroleh hidayah.

BaiTiL a'tiQa berkata...

Salam...

Tertarik dengan n3 ini...

Perkongsian mengenai isu sembunyikan dosa...

-Rasulullah sendiri menyuruh kita untuk menutup kesalahan atau kesilapan yang telah kita lakukan & telah bertaubat.

-kesilapan yang tidak disengajakan juga.


contoh,
-subuh pagi td kita terbangun lewat dalam pukul 9. maka, sebaik - baiknya sewaktu kita solat subuh pg itu kita sembunyi2 sikit.

-Jangan pula, kita sengaja menceritakan kelewatan atau ketidak sengajaan kita itu kepada teman serumah atau sebagainya untuk menunjukkan kekesalan kita.

-Kerana apa tidak boleh? Ustaz ana pernah beritahu katanya jika kita menceritakan hal - hal tadi kita sedang mengumpulkan saksi atas kesalahan kita td pd hari pembalasan kelak.

Teringat kata Syeikh Abdul Kadir Jailani,
Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

"Sama2 menginsafi diri yang lemah."

Al - Mu'allim berkata...

Terima kasih atas perkongsian ukhti.

Moga menjadi pengiktibaran untuk kita semua.

Ia bukan hipokrit !tetapi ia dituntut oleh Allah dan RasulNya dan usahakan bertaubat. Hipokrit adalah bagi mereka yang berpura-pura baik, tetapi dalam hal ini, si pelaku dosa hanyalah menyembunyikan dosanya.

Tertarik juga dengan kata-kata ustaz enti. Moga kita terhindar dari perbuatan mendedahkan dosa-dosa yg Allah sembunyikan.

Ameen

Eyda berkata...

Assalamualaikum cikgu,

Menarik en3 ini.
Sebab tula saya sampai sekarang tak ada blog sendiri.
Lebih suka blogwalking.
Membaca tulisan2 yg menarik di hati sambil muhasabah diri.
Bukan apa .. takut terlebih tulis, terlebih cakap atau mengguris hati sesiapa dgn tak sengaja.
Lgipun mmg tak pandai menulis pun. *____*
Pernah kwn kata saya ni outdated.
Yang pastinya saya gembira dapat ilmu dari blog2 yang saya singgah.

Al - Mu'allim berkata...

Waalaikumussalam.

kadang-kadang kita takut kepada benda yang belum pasti akan berlaku.
Setiap orang bermula dari tidak pandai sebelum menjadi pandai. Banyak perkara yang boleh kita kongsikan. kadang kala bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri kita sendiri juga. :)

Walau apapun, tidak mempunyai blog, tidak boleh dikatakan sebagai outdated. Saya tidak bersetuju dengan kawan ukhti.
Kadang-kadang mereka lebih hebat, cuma kehebatan itu disembunyikan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails