Sudah lama saya tidak mencoret di sini. Saya tidak pandai beralasan namun saya akan cuba sentiasa menacari masa untuk menulis di sini. InshaAllah akan lebih kerap selepas ini selepas rumah saya telah selamat dilengkapi internet yang kelajuaannya amat superb walaupun bayaran lebih mahal dari biasa.
Saya sebenarnya cuba menukar gaya penulisan di sini untuk mengelakkan kebosanan para sahabat namun belum berjaya. Tidak mahu menjadi terlalu skema seperti yang diperkatakan oleh beberapa sahabat di sini, saya akan akan cuba lebih santai.Baiklah, saya tidak mahu melanjutkan celoteh yang merapu meraban ini, jadi elok saja terus ke point sebenar artikel ini.
Cabaran seorang guru
Cabaran seorang guru bukan kecil. Jika tiada kesabaran, pasti akan dilanda tekanan yang amat berat. Tugas hakiki seorang cikgu adalah mengajar namun di sekolah itu hanyalah sebahagian dari tugas-tugas lain. Apabila dibebani tugas yang berat, kadang kala ianya menjejaskan keluarga (bagi yang sudah berumah tangga) dan seterusnya menggangu kehidupan normal.
Kejayaan murid-murid merupakan kemanisan yang dapat dirasai oleh seorang cikgu walaupun ianya tidak dikenang oleh murid itu sendiri. Kejayaan murid lebih dilihat kehebatan murid itu sendiri dan kebijakan ibu bapa mereka yang mendidik. Namun sebaliknya apabila seorang murid itu gagal, PASTI cikgu yang akan dipersalahkan kerana tidak mengajar dengan baik.
Di Pulau Mutiara ini, saya sendiri pernah dipanggil oleh Guru Besar kerana ada seorang ibu ingin berjumpa dan meluahkan ketidakpuasan hati hanya kerana anak beliau tidak mendapat A dalam ujian bulanan. Alkisah guru kepada anak beliau cuti bersalin, dek kerana saya kekurangan jadual saya diminta menggantikan guru tersebut mengajar kelas anak beliau itu sementara guru ganti belum datang.
Walaupun berlainan opsyen, saya mengambil tanggungjawab itu dan mengajar seperti biasa. Selepas 2 minggu saya mengisi kekosongan, ujian berlangsung dan apabila keluar keputusan, anak beliau hanya mendapat B dan saya dipersalahkan. Saya mengambil ini sebagai cabaran dan muhasabah untuk menjadi lebih baik untuk akan datang. Itu hanyalah cabaran kecil sebagai seorang guru.
12 ulasan:
Salam.. semoga terus istiqomah di dalam profesen yang saudara ceburi sekarang ini.. Pertolongan Allah bersama mereka yang sabar..
assalamualaikum wr. wbt...pelbagai cabaran sbg pendidik. Sy sendiri pernah dikritik oleh ibubapa pelajar yang mengatakan "setakat bekas guru kafa xlayak mengajar anaknya di kolej". Hakikatnya sy diterima bekerja di sana adalah kerana pengalaman dlm mengajar tadika & kafa...
salam ^_^
cikgu dulu lain, cikgu sekarang lain,
ayat mcm niiii akan keluar dr mulut2 yg tak puasss hati dgn cikgu...
assalamualaikum saudara,
terima kasih atas catatan saudara.aya tidak kisah jika tulisan saudara agak skema.saya juga agak skema dalam blog,suami pun ada tegur akan hal ini, tapi susah untuk menjadi orang lain wlaaupun dlaam blog,:).
tajuk entry saudara ini, mengingatkan keadaan pengalaman saya sendiri.ya, menjadi guru bukan mudah, kerna kita berurusan dnegan manusia yang punya perasaan. dalam banyak hal kita perlu bersabar saaaaaaabbbbarr... dalam mengawal emosi.maklumlah zaman sekarang, ada sesetengah pelajar2 juga sudah berani melwan guru.
dan teringat jua kes yg sdg hangat skrg i Perlis...
Lebih suka gaya penulisan yang skema.
Sentiasa kita mengingatkan diri,
Jangan katakan,
"Wahai Allah, masalahku sangat besar....."
TETAPI katakanlah,
"Wahai masalah, Allah itu Maha BESAR"
"Semoga dalam rahmatnya"
Wsalam to'wan
InshaAllah. saya akan terus istiqamah dan sabar dalam profesion ini. mohon doanya ya
waalaikumussalam, akhi.
Kritikan dan herdikan ibu bapa adalah lumrah dalam profesion keguruan sekarang.
Kalau mereka rasa diri mereka bagus, kenapa tidak mereka sendiri yang mendidik anak mereka?
cun09
sy sendiri tidak pasti apalah yang mereka tidak puas hati dgn cikgu. Setiap kes yang melibatkan cikgu, pastu di'highlight'kn wlpn belum terbukti sesuatu kes itu. erm..cobaan :)
ummu
sama-sama Puan.
Benar kata puan, di zaman ini agak susah untuk menjalankan tugas guru. Pelajar tidak boleh disentuh menyebabkan tugas mendidik agak terbatas, yang boleh dilakukan oleh guru sekarang adalah mengajar, mengajar dan mengajar, di samping tugas2 lain seperti pengkeranian dan sebagainya.
BaiTil a'tiqa
Terima kasih atas peringatan yang amat berguna ini.
Tugas mendidik itu bukan hanya terletak pada bahu seorang guru, ia lebih terletak pada bahu ibu bapa.
Saya lihat tugas guru pada hari ini jauh lebih mencabar dari zaman-zaman saya sekolah dulu. Takpelah, cikgu. Insyaallah, Allah nampak segala pengorbanan yang cikgu lakukan...
Pemerhati Dunia.
Terima kasih ukhti.
benar, tugas cikgu semakin mencabar di zaman ini. Apapun, pandangan Allah lebih penting dari pandangan manusia.
Catat Ulasan