BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


17 Apr 2011

Seronoknya jadi cikgu

Sebelum ini saya asyik bercerita tentang kisah tidak enak seorang yang berlaku pada guru, sudah pasti ada juga yang menarik dan seronoknya menjadi cikgu berbanding kisah-kisah tersebut. Namun ianya lebih bergantung kepada sekolah mana yang kita mengajar dan jenis bagaimana ibu bapa seorang pelajar itu. Walaupun mengajar sekolah pelajar yang nakal namun jika ibu bapa mereka seorang yang 'open-minded', tidak akan timbul masalah kepada cikgu. INshaALlah, pada artikel akan datang saya akan berkongsi tentang ini.

Kali ini saya ingin seronoknya menjadi cikgu. Yela, 22hb ni kan akan keluar nama calon yang layak menduduki ujian MedSi untuk DPLI ambilan Jun 2011 ini. Jadi bagi meraikan mereka, saya berceritalah serba sedikit kesernokan menjadi cikgu.

Usai solat Zohor di Masjid pada hari sabtu yang lalu, saya ditegur oleh seorang wanita,


"assalamualaikum, cikgu", sapa beliau.


"err,waalaikumussalam", bagaimana dia tahu aku cikgu, getus hati saya.

"ni anak saya, dia cakap cikgu ni ajar dia di sekolah", katanya sambil menunjukkan ke arah anaknya. Mungkin menyedari kepelikan saya tadi.

ya, di mana-mana kita akan dikenali sebagai cikgu. Walaupun saya sendiri tidak mengenali anak beliau bahkan tidak perasaan pun walaupun diberitahu kelas anaknya itu, namun murid-murid tetap mengenali cikgu. Apabila ke sekolah, ada saja murid-murid yang berjumpa saya dan memberitahu ternampak saya pada hujung minggu atau selepas waktu sekolah.

"cikgu, sabtu lepas saya nampak cikgu kat tesco. Masa tu saya pergi cari barang dengan ayah saya", kata seorang pelajar sejurus saya sampai ke sekolah.

"la yeke. kenapa tak tegur?"tanya saya.

"saya malu",jawabnya ringkas.

Sewaktu sedang menanda buku di bilik guru pada hari yang lain, seorang lagi pelajar datang, "cikgu, semalam saya nampak cikgu, cikgu pakai... bla bla bla...". em, macam2 la budak ni.

Pulang dari sekolah, saya singgah di sebuah kedai makan, sambil menunggu 'waiter', saya melayan SMS, tiba-tiba...

"cikgu nak minum apa?", sapa 'waiter' itu.

eh, macamana 'waiter' ni tau aku cikgu, nametag dah buang dah rasanya. Bila berpaling, rupanya anak murid sedang menunggu untuk ambik pesanan.Ruapanya dia menolong ibunya selepas waktu sekolah.

"bagi cikgu ABC", pesan saya.

"nanti saya uat yang istimewa", katanya. Tu dia, bila di bawa, sangat tinggi ABC itu sehingga sukar untuk dinikmati. huhu. macam2 la budak ni.

Walaupun sesetengahnya sering diketuk kepala, namun bila di luar kelas, agak peramah juga di luar. Bahkan nampak baik je, kalaulah di kelas pun sebaik ini, alangkah amannya dunia ini. getus hati saya.

18 ulasan:

yatie Awang berkata...

betul tu, kalau ibubapa, anak murid dan guru, boleh lg mesrakan bagus, hal kecil2 dibawa berbincang, sama2 memahami situasikan....
selamat berjaya buat guru2...
dalam kehidupan pentingnya ada guru...

Al - Mu'allim berkata...

Pengalaman saya mengajar pelajar berlainan bangsa, ibu bapa pelajar cina paling susah menerima hakikat anak mereka salah.

Bukan ingin timbulkan isu perkauman tetapi inilah yang saya hadapi. Ya, sudah pasti ada juga ibu bapa berbangsa cina yang bagus dan memahami. Itu saya tak nafikan.

Pemerhati Dunia berkata...

Mestilah, jasa guru itu takkan dilupa walau telah bersara. Ilmu yang diajar sekiranya dimanfaat oleh anak-anak murid, akan mendapat manfaatnya hingga ke alam lain nanti.

Itulah untungnya menjadi guru. Sedihnya...Tak kesampaian cita-cita menjadi guru dek kerana masalah kewangan dulu.

Hanya dapat kongsi kegembiraan dengan rakan-rakan yang berjaya shj. Jadi guru untuk anak pun cukuplah...

SHM berkata...

Walaupun saya tahu byk kelebihan menjadi seorang pendidik, tp tak pernah terlintas dfikiran utk menjadi seorg guru..:D

alFaratisyah berkata...

~Menjadi guru itu memang indah. Walaupun terkadang ada pelajar yg nakal dlm kelas, yg menguji kesabaran , namun hakikatnya merekalah yg memeriahkan suasana kelas. Bagaimana mengawal kelas, tergantung pd kebijaksaan guru tersebut.

~Alhamdulillah...ana sendiri baru shj selesai praktikal di sebuah kelas, sgt terharu apabila ank murid mengadakan jamuan perpisahan yg tidak disangka.

~Selamat berjuang cikgu!

tajnur berkata...

Assalamualaikum wbt
Mmglah seronok jadi cikgu SMK, sebab pengalaman saya dapat mengajar pelbagai subjek termasuk matematik, semua jenis sains dan sains tulin, KH, ICT malah termasuk agama! Lebih seronok lagi dpt mengajar dikelas hujung2 kerana saya mmg guru disiplin walau mana2 sekolah saya pergi pun. Apa yang penting adalah persiapkan ilmu dan kemahiran sebanyak mungkin kerana saya berkeyakinan kerjaya seorang guru memerlukan karisma. Tapi saya tetap memilih duduk berjauhan dari sekolah supaya suasana lebih aman sebabnya saya ni suka berkebun sayur2an dan orang tidak mengenali saya apabila diluar sekolah. Wallahualam.

hamba ALLAH berkata...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semoga adk muallim terus diberi kekuatan dan kesabaran untuk terus menabur bakti sebagai seorang pendidik diluar sana.

** Moga ALLAH SWT turunkan keberkatanNya pada semua guru-guru yg berhati mulia..

Eyda berkata...

Assalamu'alaikum,

Sebenarnya itulah nikmatnya menjadi seorang guru.

Pernah guru saya berkata " Kalau dah jadi cikgu sampai mati pun orang akan panggil cikgu." sambil dia memberi perumpamaan :
Harimau mati meninggalkan belang, cikgu mati meninggalkan gelaran , 'cikgu' la ^_____^.
Dia juga berpesan.

"mengajar budak-budak buatlah seperti saudara atau anak-anak kita sebab kelak anak-anak kita juga akan dilayan spertimana yg telah kita lakukan."

Hmmm........berbahagialah kepada mereka yang bergelar 'cikgu'.

p.s kpd guru saya tu : cikgu . alhamdulillah saya dah ikut jejak cikgu.
kpda Muallim ---> jadilah guru yang disenangi dan 'approachable'. Semuga diberkati ALLAH .

Wassallam.

NooR AzLen BinTi HaRoN berkata...

assalamualaikum...

"seronoknya menjadi guru"..setuju ngan tajuk entry saudara pada kali ini..memang indah mjadi seorang guru andai anak2 didik serta ibu bapa mereka seiring dan sekata bersama2 guru dalam mendidik anak2 bangsa mnjadi insan yg berguna pada masa hdpn:-)

setuju ngan saudari Eyda..bila jadi cikgu smpai2 bila2 org akn mgelarkn kita cikgu wpun dh brsara..nama "cikgu" akn sentiasa "melekat" dgn diri kita.:-)

"saya bukan cikgu":-)

MUHAMMAD SUKRI SUPI berkata...

ziarah sahabat...seronok menjadi guru, cikgu, tenaga pengajar dll...sesungguhnya bidang perguruan ini memberikan seribu satu kenikmatan jika niat kita ikhlas. pengalaman mengajar...di sekolah kafa, tadika, budak2 PLKN(program integrasi) dan mengajar di tempat sekarang..sama2lah kita membetulkan niat dlm melakukan sesuatu pekerjaan :)

Al - Mu'allim berkata...

~PD~

InshaAllah ukhti, jd guru kepada anak lebih baik. Setiap orang adalah cikgu.

Al - Mu'allim berkata...

~SHM~

Akhi, selain kelebihan, terselit banyak dugaan dan cabaran yang amat getir lebih2 di zaman serba mencabar ini :D

Al - Mu'allim berkata...

~AlFaratisyah~

Benar kata ukhti, pelajar yang nakal ini yang akan menegur kita bila di luar kelas. tp yang xseronok bila kita dianggap tidak pandai mengawal kelas jika ada pelajar bising. Pada saya mudah, nak bising boleh tapi pastikan kerja siap dan tidak berlebihan.

Mesti ukhti jadi guru feberet mereka sehingga mengadakan jamuan. Masa zaman saya praktikal dulu, tiada pun mereka buat jamuan, cuma mereka bagi hadiah pada hari terakhir saya di sana.

Terima kasih. Selamat datang ke dunia pendidikan

Al - Mu'allim berkata...

~tajnur~

Waalaikumussalam ukhti.
Wah, mesti ukhit adalah seorang yang garang sehingga dilantik menjadi guru disiplin.

Tidak salah seorang guru suka berkebun, mungkin boleh buat mini garden di sekolah :)

Al - Mu'allim berkata...

~hamba ALLAH~

Waalaikumussalam wbt kak.

Wah, lama xdgr khabar berita dari akak. Ameen, terima kasih atas doanya kak.

Masih di tanah air atau sudah kembali ke sana?

Al - Mu'allim berkata...

~Eyda~

Waalaikumussalam.
Terima kasih ukhti. Benar, sekarang ni di mana2 saja semua orang memanggil saya cikgu termasuk sahabat-sahabat.

Ajarilah anak murid seperti mana kita ingin anak kita diajar. Namun cabaran utama menjadi cikgu adalah sikap ibu bapa yang kadang2 'so annoying'.

tahniah kerana berjaya mengikut jejak langkah cikgu.
InshaALlah.

Al - Mu'allim berkata...

~NooR AzLen~

Waalaikumussalam.
Jika ibu bapa bersikap demikian, memang seronok dan indah namun sudah pasti tidak semuanya begitu. Ada saja yang suka membesarkan kes kecil dan menambahkan tekanan kepada cikgu. Ibu bapa begini lah yang merencatkan usaha guru dalam mendidik pelajar.

InshaAllah, saudari juga akan menjadi guru juga nanti, minima guru kepada anak atau adik. :)

Al - Mu'allim berkata...

~MUHAMMAD SUKRI~

terima kasih atas kunjungan sahabat. Ya, keikhlasan pasti akan menjadi kemanisan dalam melaksanakan tugas ini. :)

InshaAllah sama-sama betulkan niat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails