BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


11 Apr 2011

Saham Bank rakyat

Sejak Bank rakyat mengumumkan dividen yang menggiurkan  setahun dua ini, ia terus menarik minat warga Malaysia yang 'alert' tentangnya. Tahun lepas saja, dividen yang dibayar adalah 15% kepada anggotanya, jadi tidak hairanlah ramai yang menunggu masa untuk turut menyertai saham Bank Rakyat.

Bermula 6 april lalu, Bank rakyat membuka kembali peluang kepada rakyat untuk membeli saham mereka. Dikatakan RM 1b dibuka dan sebarang pembelian baru untuk saham ini, dihadkan hanya RM 500 sahaja. Peluang ini dibuka sehingga habis saham tersebut dan tidak pelik jika sejak minggu lepas, Bank Rakyat berpusu-pusu menerima pelanggan sehingga terpaksa mengunci pintu bank seawal sebelum jam 4 petang. Itupun urusan pelanggan hanya berakhir jam 6 petang.

Jadi, kepada pengunjung Pena cikgu, saya menggalakkan anda membeli saham ini sebelum habis. Sebelum pergi, bawa sekali salinan photostat IC.Jangan bimbang, ianya halal dan menepati shariah. Bahkan segala product di bank rakyat patuh shariah. Sempat saya berbual dengan staff mereka dan saya mendapati beberapa maklumat yang mungkin berguna kepada sahabat-sahabat di sini.

Kata beliau, jika berhajat untuk membuat pembiayaan kereta, lakukanlah di AMbank atau Public Bank, ianya lebih murah. Jika inginkan pembiayaan perumahan, Bank Islam adalah terbaik sementara untuk Personal Loan, lakukanlah di CIMB atau Bank rakyat. wallahu 'alam, ini diberitahu oleh staff mereka sendiri yang menyatakan 'agak rugi' jika membuat pembiayaan rumah dgn bank rakyat berbanding personal loan.

Sudah pasti Bank yang dicadangkan itu adalah melalui kaunter Islamiknya seperti Ambank Islamik dan Public Islamik. Apapun, terpulang kepada kajian dan penyelidikan yang dilakukan sebelum membuat pilihan, ianya penting supaya kita mendapat nilai yang terbaik. Akhir kata, selamat mencuba :)

2 ulasan:

Cik Rama-Rama berkata...

salam.sedikit pertanyaan. ada bajet ke nak beli saham tu? maksudnya, mungkin kena beli dalam nilai2 tertentu? atau nilai minimum?
maaf jika soalan berbau bodoh, al-maklumlah saya langsung tak tau tentang saham.tapi yg ni bunyi nya menarikss.. =)

Al - Mu'allim berkata...

wsalam.
Tidak bodoh pun soalan ini. Saham ini bernilai RM500 untuk setiap individu yang baru nak join.

Itulah nilai minimum dia. Kalau lebih dari itu, perlu membuat permohonan dan khas dan peluang untuk dapat amat tipis.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails