BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


10 Apr 2011

Kisah cikgu yang difitnah

Ini bukan kisah rekaan, ianya kisah benar yang berlaku kepada seorang rakan guru. Saya amat bersimpati dengan beliau namun inilah cabaran yang perlu dihadapi oleh seorang guru di zaman ini. Hakikatnya, tugas sebagai cikgu tidak mudah seperti yang dilihat. Apabila disebut tentang pekerjaan cikgu, yang terlintas di fikiran orang awam adalah balik awal, cuti banyak, kerja senang. Hanya jauhari yang mengenal manikam.

Sewaktu loceng terakhir berbunyi, beliau siap berkemas untuk pulang bersama anak beliau yang juga bersekolah di sana. Usai 'punch card', beliau di tegur oleh seorang ibu yang datang mengambil anaknya yang bertanyakan nama beliau. Selepas beliau menyebut namanya, beliau terus diherdik dan dicaci dengan pelbagai perkataan yang teruk oleh ibu bapa sehingga menimbulkan kehairanan pada diri beliau. Apabila ditanyakan sebabnya, ibu tadi memberitahu anaknya dipukul oleh beliau.

Bingung dengan kejadian itu, beliau meminta untuk bertanya sendiri kepada anak ibu tersebut, dan anak itu sekali lagi mengatakan beliau memukul dirinya sewaktu di dalam kelas. Ibu tersebut bukan datang berseorangan tetapi membawa 2 orang lagi geng sebagai 'bodyguard'. Kata ibu, ada kesan merah di pipi anaknya sewaktu dia datang tadi walaupun ketika itu kesan itu sudah tiada.

Perang mulut berlaku hampir 2 jam dengan beliau dibantu oleh seorang guru lain yang menenangkan ibu tadi. Ibu tadi tetap tidak berpuas hati walaupun beliau menjelaskan beliau tidak melakukan perbuatan tersebut. Rakan guru tadi meminta ibu tadi bertenang dan akan cuba menyiasat kes ini.

Esoknya, ibu itu datang lagi bersama geng dan meminta guru tadi mengaku atau akan berdepan dengan tindakan polis. Kata ibu tadi, ada saksi yang melihat kejadian itu. Kebetulan saya memasuki kelas ibu tadi dan bertanya sendiri kepada anaknya apa yang berlaku. Apabila saya bertanya kepada kelas, tiada seorang pun yang melihat kecuali seorang, tetapi apabila diajukan bagaimana kejadian itu berlaku, kejadian yang diceritakan oleh saksi itu 100% lain dari apa yang diceritakan oleh anak tadi. Hairan.

Akhirnya pelajar ini dipanggil oleh PK dan dihadapan PK itu, pelajar ini mengaku bahawa guru ini tidak memukulnya pun, namun si ibu tidak berpuas hati. Dia meminta guru tadi meminta maaf kepadanya kerana pernah memukul anaknya 2 bulan yang lepas. Oleh kerana tidak mahu memanjang cerita, rakan-rakan guru yang mengikuti kes itu menyarankan guru tersebut meminta maaf walaupun guru tersebut tidak bersalah. Aneh sekali, walaupun jelas sekali anaknya menipu, ibu terbabit masih tidak mahu beralah.

Hampir seminggu barulah kes ini selesai, namun tekanan ke tas guru tersebut tidak hilang semudah itu apalagi beliau adalah guru perempuan. Herdikan, cacian, makian dan hinaan kepada beliau tanpa usul periksa amat memberi kesan. Bahkan tidak sedikit pun terbit rasa bersalah pada ibu itu walaupun jelas anaknya yang bersalah.

9 ulasan:

~kueh~ berkata...

salam ziarah..
semoga guru itu tabah hadapi ujian..
Insya-Allah:) mudah2an~

BaiTiL a'tiQa berkata...

Peringatan kepada diri kita.....
~ Insyaallah, sama - sama didik anak dengan cara sunnah.
~ Berusaha kita untuk membentuk diri menjadi ibubapa yang ber'agama'.
~ Menjadi sesabar guru wanita tersebut.

"Fikir guna iman"

yatie Awang berkata...

itulah silapnya ibu bapa terlalu percaya kan anak....sekarang guru pula takutkan anak murid....semoga guru tersebut dapat mengatasi situasi dirinya sekarang....

fatim M berkata...

mmg begitulah cabaran mjadi seorg guru...pernah juga alami pkara yang sebegitu...huhuhuhuhu

Al - Mu'allim berkata...

~kueh~

wsalam.
Terima kasih atas kunjungan.
alhamdulillah, guru itu semakin ok selepas mengambil cuti 3 hari. Namun, semangat untuk bertukar ke sekolah lain sangat tinggi.

Al - Mu'allim berkata...

~BaiTil a'tiQa~

Sukar untuk mendidik di zaman ini apabila ada campur tangan luar biasa dari ibu bapa di tambah dengan media yang sangat negatif terhadap cikgu.

Al - Mu'allim berkata...

~yati Awang~

Benar saudari, sikap ibu bapa seperti ini akan menyebabkan anak mereka semakin besar kepala dan rasa setiap tindakan mereka adalah betul. Sikap ini bahaya untuk jangkamasa akan datang

Al - Mu'allim berkata...

~fatim M~

Moga setiap cikgu tabah dengan dugaan ini.

iskandar berkata...

Dulu guru disanjung tinggi, sekarang guru dipijak-pijak... kerana prinsip 'setiap kata-kata murid adalah benar', masyarakat moden Malaysia jadi semakin berani mencabar tatasusila negara dan agama.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails