Diriwayatkan dari Uthman bin Affan r.anhu bahawasanya nabi s.a.w bersabda:
“ Sesiapa yang solat Isyak secara berjemaah akan mendapat pahala seolah-olah bangun separuh malam dan sesiapa yang solat subuh berjemaah akan mendapat pahala bangun sepenuh malam.
[ HR Imam Muslim]
Sebenarnya mudah saja untuk bangun pada waktu subuh. Kunci jam pada waktu yang kita ingin bangun dan bangun bila mana jam tersebut berbunyi. Namun jam loceng semakin tidak mendapat tempat apabila tugas membangunkan manusia diambil oleh telefon bimbit. Pelbagai rentak dan irama lagu boleh disetkan pada telefon bimbit sehingga kadang kala lagu yang dimainkan lebih sesuai untuk mengulit tidur dari membangunkan kita.
| gambar diambil dari sini |
Teringat kata-kata seorang kawan kepada saya. "bunyi telefon demo buatkan kawe lagi semangat nak tidur". Kadang kala saya setkan saja bunyi seperti bunyi jam loceng dulu. Sengaja ingin mengimbau kenangan bunyi jam loceng. Jam loceng dalam gambar di atas ini sangat bising dan boleh membangunkan satu rumah suatu masa dulu, tapi sekarang seperti sudah tiada.
Bagaimana pula jika tiada jam loceng atau telefon bimbit kehabisan bateri ketika sedang di luar kawasan? Bagaimana mahu bangun awal dari tidur? Saya mencadangkan satu tips yang diajar oleh bonda untuk diamalkan oleh sahabat-sahabat sekalian. Mungkin ada yang pernah membacanya atau mengamalkannya.
Sebelum tidur, bacalah 4 ayat terakhir surah al-kahfi, bermula "innallazi... " sehingga akhir surah. Kemudian niatkan untuk bangun jam berapa dan tidurlah dengan yakin. Seeloknya berwudhu lah sebelum tidur dan berazam untuk bangun jika tersedar. InshaAllah kita akan terjaga pada waktu tersebut. Cara terjaga ada bermacam-macam cara. Kadang kala terdengar bunyi kucing bergaduh, bunyi barang jatuh mahupun seperti dikejutkan oleh seseorang.
Namun ia hanya berhasil untuk cara tidur yang normal. Maksud saya jika kita tidur seperti biasa, bukan berjaga malam sehingga jam 5 pagi, kemudian ingin bangun jam 6 pagi. 1 jam tidur adalah bukan kebiasaan. Sudah pasti sukar untuk kita bangun. Juga, apabila terjaga, teruslah bangun, jika kita kembali tidur, maka tiada kejutan kali kedua.
Apa yang saya nyatakan di sini pernah saya lakukan dan alhamdulillah berkesan. Namun bukanlah setiap malam saya mengamalkannya. kadang-kadang, tidur tanpa dirancang. sambil-sambil baca buku, tiba-tiba tidak sedar buku yang membaca saya. Kalau pun saya mengamalkannya, saya tetap mengunci jam sendiri. Bukan kerana tidak yakin dengan apa ayat tersebut tetapi saya bimbang kalau-kalau saya tidur kembali.
8 ulasan:
tips yg baik...:D
Mcm dlm n3, sebelum tidur baca 4 ayat akhir surah al-kahfi...
Perkongsian...
-Insyaallah Allah akan menghantar malaikatnya untuk membangunkan kita khususnya solat tahajjud.
- Sekiranya, kita terjaga pada pukul 3 contohnya, tetapi kita tidak bangun(tidur semula), maka tidak ada kejutan da selepas itu utk bangun tahajjud.(ustaz ana cakap ayat 2 valid utk sekali je)huu.
- Menjadi satu bonus atau hadiah kepada kita yang bc ayat tu dgn niat utk bgn tahajjud seterusnya bersolat subuh, tetapi kita tidak terjaga & terjaga hanya utk menunaikan solah subuh. Allah tetap beri kita ganjaran seperti kita bangun tahajjud malam tu.
"Tiada kejayaan paling sempurna melainkan dalam sunnah Baginda Rasulullah"
SDS,
Alhamdulillah. Marilah sama-sama kita amalkan. inshaAllah
Terima kasih atas perkongsian tambahan Baitil a'tiQa di sini.
marilah sama-sama kita mengamalkan sunnah baginda Rasulullah. Moga kita beroleh kejayaan dunia akhirat.
Ameen.
syukran atas perkongsian yg menarik.
Ukhti alfaratisyah,
terima kasih. Sama-sama kita amalkan. InshaAllah
terima ksh ckgu..i.Allah,saya akan amalkan.
Catat Ulasan