BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


3 Dis 2010

Terima Kasih, cikgu & Maafkan saya, cikgu

Semalam saya menghabiskan separuh dari hari saya di Maahad Tahfiz Sains untuk menghantar adik mengikuti ujian lisan untuk kemasukan ke sekolah tersebut. Mudah-mudahan beliau berjaya kerana tempat yang disediakan sangat terhad sedangkan permohonan yang diterima sangatlah banyak.

Sambil menunggu beliau mengikuti ujian hafalan, saya meninjau sekitar kawasan sekolah. Keadaan cuaca yang  hujan menyebabkan pergerakan saya agak terhad. Tiba-tiba saya terlihat kelibat seorang wanita yang saya rasa sangat familiar. Tatkala beliau memandang saya, beliau tersenyum dan mendekati saya. Alamak, beliau masih mengenali saya. Sebelum sempat beliau bersuara, saya terlebih dahulu menyapa beliau.

"Assalamu'alaikum,cikgu. Kenal saya lagi?"

"wa'alaikumussalam. Kenal lagi, dah lama xjumpa. Cikgu dah lupa dah nama awak".

Yela, lebih kurang 10 tahun saya meninggalkan bangku sekolah, tidak pernah kami bertemu, tiba-tiba bertemu di sini. Selang temph tersebut, dah beribu pelajar menjadi anak didik beliau, saya tidak berkecil hati tetapi bangga dapat dikenali oleh seorang cikgu yang sudah 10 tahun tidak bersua. Banyak juga yang kami sembang. Ternyata cikgu masih di sekolah yang sama dan kekal dengan penampilan tudung labuh dan jubah seperti dulu walaupun bukan mengajar subjek Pendidikan Islam mahupun Bahasa Arab.


Selepas bersembang tentang kerjaya dan perkembangan diri, cikgu bertanya kepada saya tujuan kedatangan saya ke sana.

"Temankan adik ke?" tnya cikgu kepada saya.

"aah", saya menjawab.

"yelah, takkan tunggu anak pula kn?"balas cikgu. saya hanya tersenyum mendengar gurauan cikgu.

"dah ada gu(isteri) ke?", menyambung pertanyaan.

"belum, awal lagi", balas saya.

"berapa umur sekarang? dh lebih 25 kan?", tnya cikgu lagi. saya hanya menganggukkan kepala dan berkata "muda lagi kan?".

"Tak. dah tua dah. Lelaki umur 25 dah kena kahwin", cikgu menambah. Aduh, tak sportingnya cikgu. Saya hanya tersenyum.

"Bo lah paka buah hero tok gaduhnyo (cukuplah berpegang kepada kata-kata 'hero tak bergegas. Biasa hero kalah dulu)", sambung cikgu lagi. "Perempuan ramai sekarang ni. Pilih je yang mana". Amboi, bukan main lagi cikgu mengusik.

"betul tu cikgu. tapi nak cari yang baik susah juga", saya cuba mempertahankan diri.

"betul juga tu, tapi kalau nak suruh cikgu tolong cari pun boleh juga. ambik nombor telefon cikgu ni", wah, cikgu menawarkan pertolongan. " tapi mesti nak cari sendiri kn?"

Saya hanya tersenyum. Banyak juga yang kami sembang sebelum datang seorang lagi anak murid cikgu yang menghantar adiknya. Beruntungnya menjadi cikgu. Sentiasa dikenang dan dikenali oleh anak murid. Semakin lama mengajar semakin ramai anak murid. Semakin menghampiri pencen semakin ramai bekas pelajar yang berjaya. Tiada yang lebih membanggakan cikgu melainkan melihat anak didiknya berjaya.

Saya teringat pesanan seorang cikgu saya yang lain semasa di bangku sekolah menengah yang kini saya langgar pesanan tersebut.

"cikgu tidak mahu tengok kamu semua jadi seorang guru". huhu. Maksud cikgu itu, beliau tidak mahu anak didik yang dilahirkan menjadi sama dengan beliau. Mesti lebih berjaya dari beliau, tapi kini saya sudah melanggar kata-kata beliau. Difahamkan beliau sudah tidak mengajar di sana.

Jika suatu hari nanti saya berjumpa dengan cikgu ini dan dia bertanya kepada saya, saya sudah menyiapkan jawapan saya.

"Maafkan saya cikgu, saya boleh menjadi seorang engineer, saya boleh menjadi seorang saintis, saya boleh menjadi ahli matematik, tapi apa salahnya kita mengorbankan seorang engineer atau kita mengorbankan seorang saintis atau kita mengorbankan seorang ahli matematik untuk melahirkan beratus atau mungkin beribu orang engineer atau saintis atau ahli matematik yang lain". :)

Hari pertama masuk sekolah
Tak pandai membaca mengira
Tetapi cikgu begitu tabah
Mengajar kami sungguh-sungguh

Bermula a,b,c sampai z
Hitung satu sampai sepuluh
Baru ejaan dan kira-kira
Kami belajar dengan lancar

Berkat kesabaran guru bijaksana
Memberi berbagai petunjuk
Hari demi hari
Kami pun mengerti
Pelajaran nilainya tinggi

Kami ingat setiap masa
Jasa guru mendidik bangsa
Sambutlah kini ucapan kami
Terima kasih cikgu

4 ulasan:

Tinta Seorang Musafir berkata...

Kalau sy cikgu kpd Al-Mu'allim pasti sy tsnyum bangga. tgs sbg guru, pkerjaan yg mulia..bkn shj mgajar mlah berusaha mdidik anak2 mrd..alhamdulillah, ustaz dipilih olehNYA..mga trus thabat dalam pjuangan hingga akhir hyat..amin

Al - Mu'allim berkata...

Alhamdulillah.

Ameen.

Terima kasih Tinta Seorang Musafir. Saya berharap agar dapat membanggakan guru-guru saya dan juga dapat melahirkan dan mendidik anak-anak murid yang hebat juga. InshaAllah.

alFaratisyah berkata...

~alhamdulillah...cikgu yg berkorban demi umatnya...namun tidak sesekali melupakan dirinya sendiri..guru bukanlah lilin yg membakar diri, lalu akhirnya sendiri menuju kegelapan..tetapi guru adalah pelita yg menerangi diri & org lain

~semoga ilmu yg dicurahkan menjadi antara amal yg diterima-Nya, menjadi peneman saat nyawa terpisah dari jasad...

~menjadi seorg guru yg bertaqwa itu memang indah..namun bukan mudah..

jazakallah atas perkongsian.

Al - Mu'allim berkata...

Terima kasih ukhti alfaratisyah.

Benar, bukan senang menjadi guru yang bertaqwa namun itu bukan alasan, sebaliknya kita perlu berusaha ke arah itu. Terima kasih aras ingtan.

Teringat pesanan bos semasa pekerja sebagai pegawai kerajaan dulu, sbelum nak jadi cikgu "saya sokong awak jadi cikgu kerana pahalanya besar. Doa anak murid sentiasa bersama cikgu"

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails