BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


31 Dis 2010

Haid : Bukan wanita saja perlu tahu

Apabila disebut tentang darah haid, wanita-wanita pasti berasa malu kerana beranggapan ianya hal peribadi mereka dan para lelaki pasti tidak berminat untuk mengendahkannya kerana beranggapan itu bukan masalah mereka. Ini mungkin disebabkan persekitaran masyarakat kita yang melihat perkara itu sebagai kotor semata-mata sehingga menimbulkan malu bagi wanita untuk membicarakannya.

( Hal ini sama dengan term 'seks'. Pada asasnya, seks adalah sesuatu yang terhormat, bahkan mereka sendiri lahir hasil hubungan seks namun ia dilihat sebagai sesuatu yang lucah kerana persekitaran masyarakat kita sendiri yang melucahkan seks itu tersebut )

Oleh kerana malu tidak bertempat ini menyebabkan mereka tidak mendapatkan ilmu secukupnya tentang haid dan kesannya amatlah besar terutama terhadap ibadah mereka. Sudah pasti sukar untuk menentukan mana darah istihadah, mana darah haid, bila dikatakan istihadah, bila dikatakan haid dan sebagainya. Soal solat, puasa dan haji pasti bermasalah jika tiada pengetahuan mengenainya. Itu belum lagi bab untuk mengajarkan kepada anak-anak mereka nanti apabila bergelar ibu. Bagaimana ingin mengajar anak jika diri sendiri tidak faham tentang masalah ini?


Kaum lelaki juga sebenarnya tidak terlepas dari perkara ini. Apabila menjadi suami atau ayah, mereka harus bertanggungjawab kepada tanggungan mereka tentang masalah ini dengan memberikan pengetahuan. Jadi anggapan bahawa haid hanya masalah wanita adalah tidak tepat kerana jika isteri anda tidak mempunyai pengetahuan tentangnya, masalah itu turut menjadi masalah anda.

Kenapa bercakap tentang haid?

Pelik kan? Kenapa saya bercakap tentang sesuatu yang menjadi taboo dalam masyarakat ini. Saya tidak pasti samada wajar saya menulis tentang ini namun saya terfikir tentang ini. Saya pernah ditanya oleh seorang muslimat tentang permasalah haid. Sudah pasti beliau tidak mendedahkan nama beliau dan saya sendiri tidak berminat untuk mengetahuinya.

"Saya telah datang haid selama 5 hari. Selepas mandi wajib, 7 hari berikutnya saya didatangi haid lagi. Apakah itu dikira haid atau tidak?".

Itu merupakan intipati soalan yang ditanya. Sudah pasti sahabat-sahabat terutama muslimat mengetahui akan jawapannya. Alhamdulillah kebetulan saya mengetahui tentang permasalah ini dan membantu beliau menjelaskannya. Lihat, bagaimana masalah ini akan menggangu hidup beliau. Apakah aku boleh ke masjid? Apakah aku boleh solat? Puasa? Bagi saya, solat ini adalah basic bagi muslimah namun jika tidak mengetahui, bagaimana ingin menyelesaikannya. Malu untuk bertanya ibu? Malu untuk bertanya ustazah kerana dianggap tidak mengetahui hal remeh ini? (satu lagi sikap masyarakat kita adalah suka meremehkan orang yang bertanya). Anda akan terpenjara dalam kejahilan diri sendiri.

Bagaimana pula jika haid yang datang itu 8 hari dan selepas suci, 8 hari kemudian, keluar darah lagi. Apakah itu darah haid atau sebaliknya? Berapa lama masa dari haid pertama dengan haid berikutnya? Sudah pasti mereka akan bermasalah dalam ibadah jika tidak mengetahuinya.

Bagaimana jika anda seorang bapa dan anak perempuan anda didatangi haid kali pertama dan ketika itu hanya anda dan anak anda berada di rumah? Bagaimana anda ingin menyelesaikan permasalahan anak itu jika anda ditanya olehnya dan anda tiada ilmu langsung mengenainya.

Saya teringat kisah adik bongsu saya. Beliau berumur 10 tahun dan suatu hari beliau tiba-tiba menangis di ruang tamu. Tangisan beliau seakan-akan beliau dalam kesakitan yang teramat sangat. Saya ketika itu berada di dalam bilik terkejut dengan tangisan secara tiba-tiba itu namun tidak mengendahkannya kerana kakaknya ada bersama. Namun saya meneliti perbualan mereka. Satu persatu soalan ditanya oleh kakaknya.

"sakit perut ke? kaki? kepala? tangan?"

"lapar ke?"

"Ada orang cubit ke?"

"sakit di mana?"

Semuanya dijawab tidak. "takut", jawabnya ringkas

takut apa? mimpi apa tadi? Oleh kerana beliau baru bangun, dikaitkan dengan mimpi namun digelengkan kepala. Selepas beberapa kali meneka akhirnya kakak beliau bertanya "datang haid ke?"

diangguk-angguk kepala dan dijawab "takut".

"biasala tu orang perempuan. kali pertama pula tu. Mari masuk bilik." kakaknya membawa masuk ke bilik. Pendengaran saya terputus di situ.

Saya terfikir. bagaimana jika kakaknya tiada dan ketika itu hanya saya bersamanya di rumah. Sampai esok pun saya tak dapat teka jika beliau tidak memberitahu sendiri dan saya sendiri tidak pasti apa yang harus saya lakukan. Oleh itu bagi saya, wanita usah malu untuk melengkapkan diri dengan pengetahuan ini. Lebih baik berguru daripada belajar dari buku dan internet. Para lelaki juga, ilmu ini juga penting untuk anda. Anda tidak mengetahu siapa bakal isteri anda atau apakah isteri anda mempunyai pengetahuan tentang masalah ini?

8 ulasan:

nuraishah_abuhasan berkata...

Assalamualaikum wbt..

terima kasih atas entry ini dan terima kasih keranan memahami wanita..
mudah mudahan membuka mata masyarakat dan membawa kebaikan, insyaAllah..

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Ya, sepatutnya lelaki wajib mengetahui hal ini kerana ianya dari ilmu fiqh...dan pastinya satu hari nanti sebagai orang lelaki akan mempunyai anak perempuan...

Al - Mu'allim berkata...

wa'alaikumussalam Ukhti nuraishah.

Sama-sama. Barangkali ia disebabkan saya mempunyai 5 orang adik perempuan jadi saya 'agak terbiasa' dengan permasalahan ini.

Alhamdulillah jika ia membawa kebaikan. Moga bermanfaat untuk semua.

Al - Mu'allim berkata...

wa'alaikumussalam ustaz Razak.

Moga para lelaki tidak lepas tangan dengan hal ini. Benar, ilmu ini wajib diketahui untuk mendidik anak mereka nanti.

BaiTiL a'tiQa berkata...

Salam...

Sememangnya 'darah' menjadi satu perkara penting buat wanita..
Kita(wanita) perlu sentiasa beringat bahawa ini berkaitan dengan seluruh amalan kita...
Malu memang sebahagian dari iman...
Tetapi...
Jangan sehingga dijadikan 'malu' ini penghalang kepada segala amalan kita dengan Allah..

"mudah - mudahan kita bertambah amal"

Al - Mu'allim berkata...

Wassalam Ukhti BaiTil a'tiQa.

Ya, jangan disebabkan malu, maka kita terus menjadi orang yang jahil lebih-lebih lagi melibatkan hal ibadah.

Ameen. moga amal kita bertambah dan diterima oleh Allah.

~qiuArdull~ berkata...

Syukran 2k informasi ini...
Moga-moga ada lagi pandangan-pandangan yang (",).....

Salam ziarah...

Al - Mu'allim berkata...

Selamat datang ~qiuArdull~

InshaAllah, moga-moga ianya bermanfaat untuk semua.

em, apa 'maksud pandangan-pandangan yang (",).....'

Mungkin ada cadangan menarik untuk artikel-artikel akan datang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails