BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


1 Jan 2011

2011 : Ahli maksiat vs ahli ibadah

Belum pun sampai sebulan kita menyambut tahun baru Hijrah, datang pula tahun baru Masehi. Ternyata tahun ini lebih diingati oleh umat berbanding tahun Hijrah. Masing-masing mula melakukan persediaan dan memasang azam tahun baru. Sudahkah azam tahun lepas dilaksanakan dengan jayanya?

Moga kehadiran tahun baru ini memberi perangsang atau menjadi titik tolak kepada kita untuk menjadi yang lebih baik. Sebenarnya tidak perlu menunggu tahun baru untuk berubah, bila-bila masa pun boleh berubah, tetapi bolehlah kalau ingin menjadikan permulaan tahun sebagai titik tolak perubahan. Itu lebih baik dari tidak berubah langsung.

Moga malam ini tidak berlaku aktiviti yang tidak berakhlak seperti tahun-tahun lepas. Kebiasaan tahun-tahun lepas, pagi tahun baru pasti botol arak bertaburan, sisa-sisa kondom bersepah di jalanan dan juga kaki-kaki botol terbaring di tepi-tepi jalan. Anak-anak muda leka berkumpul kononnya menunggu detik 12 malam. Pada kali ini saya hanya menyambut detik itu di rumah berbanding tahun-tahun sebelumnya. Maklumlah, saya di Kelatan pada tahun ini berbanding sebelumnya saya di Lembah Klang.

Rindu pula aktiviti menyambut tahun baru di Lembah Klang. Pada malam tahun baru atau malam merdeka, saya biasanya berada di dataran Merdeka atau KLCC. Bersama sahabat-sahabat kami turun sebagai duta penyelamat untuk mengedarkan risalah mahupun menyertai gerakan 'amal makruf nahi mungkar' bagi menangkap pasangan couple untuk dibawa ke Masjid bagi sesi kaunseling.

Bagi merasai 'kegilaan' remaja ibu kota, saya lebih suka menaiki LRT untuk ke sana. Terasa kaget juga melihat anak-anak muda dengan pakaian yang pelbagai. Sudahlah saya menjadi perhatian mereka kerana berbaju melayu untuk ke sana. Ternyata pengalaman itu mahal harganya. Moga sahabat-sahabat yang meneruskan agenda ini akan terus thabat dan sabar menghadapi kerenah remaja ini. Mereka jahil, pimpinlah mereka ke jalan Ilahi.

Pelbagai ragam dan kerenah manusia. Ada yang menghalau, ada yang melawan namun ada juga yang menangis. Entah menyesal, entah takut. Untung juga bergerak berkumpulan, tidaklah kita takut dengan mereka yang cuba bertindak melawan. Konon hak asasi peribadi. Bagaimana nasib negara di masa hadapan jika begini sikap anak muda bakal pelapis kepimpinannya.

Moga akan ada perubahan dalam sambutan tahun baru mahupun sambutan hari kemerdekaan. Benar kata pak ustaz. Tahun baru : Ada ahli maksiat memanggil bala, ada ahli ibadat memohon keampunan. Kita dalam kategori mana?

6 ulasan:

Sidratul Muntaha berkata...

Peringatan untuk saya sebelum melelapkan mata.syukran.

Al - Mu'allim berkata...

Alhamdulillah.

Afwan. Moga bermanfaat untuk semua.

UnGu VioLet berkata...

thanks for sharing.. moga kita akan menjadi lebih baik dlm meningkatkan amal ibadah sebagai bekal menuju ke alam abadi.. Ameen...

Pemerhati Dunia berkata...

Salam. Sepanjang saya duduk di Kuala Lumpur dulu, lebih kurang 3 tahun, sekalipun tidak pernah terlintas dalam hati hendak menyambut pesta/sambutan seperti itu. ramai kawan2 yg mengajak tetapi alhamdulillah, pendirian masih tetap. Pada saya, janganlah tergolong antara insan2 yg suka dan gila dgn pesta/sambutan seperti itu. Pada saya, duduk di rumah dan muhasabah diri lagi bagus.

Al - Mu'allim berkata...

Sama-sama cik Ungu.

InshaALlah, sama-sama kita meningkatkan amal ibadah kepada-Nya

Al - Mu'allim berkata...

Wasalam Pemerhati Dunia.

Jika sekadar ingin bersuka ria menyambut pesta tahun baru, itu hanyalah perbuatan sia-sia.

Alhamdulillah, Allah telah menetapkan pendirian ukhti untuk tidak menyertai mereka.

Saya sendiri, jika bukan kerana misi amal maaruf nahi mungkar ini, saya pun tidak akan ke sana.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails