BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


18 Jan 2011

Cikgu Mala, saya kagum dengan cikgu

CORETAN SANTAI SEORANG CIKGU


Ini bukan artikel politik kampungan, bukan juga artikel politik jumud dan rigid tetapi artikel tentang seorang guru yang hebat. Tontonlah video ini secara bijaksana, bacalah artikel ini dan nilailah dari kaca mata seorang berpendidikan. Nilailah secara profesional. 

Tahniah juga kepada cikgu Makrof kerana mempunyai isteri yang hebat. Bukan hanya berguna untuk keluarga bahkan boleh dimanfaatkan oleh ummah. Oh, saya juga mahu jadi hebat seperti mereka.

Seorang guru, isteri dan ibu hebat seperti beliau pastu turut dicorak oleh suami yang hebat. Tiba-tiba teringin mempunyai isteri seorang aktivis ummat sepenuh masa.

Berbanggalah wanita, cikgu Mala adalah ikon seorang Muslimah yang meletakkan kepentingan pejuangan 
melebihi kepentingan sendiri kerana sanggup meletak jawatan sebagai guru untuk berbakti kepada ummah.

Guru bukan hanya kerjaya di sekolah semata-mata tetapi lebih dari itu. Duhai rakyat Johor, berbanggalah memiliki warga yang hebat ini dan manfaatkanlah.

4 ulasan:

alFaratisyah berkata...

Subhanallah...inilah antara golongan yg 'meminjam roh' bonda Zainab Al-Ghazali, seorang wanita yg teguh memperjuangkan agamanya. Penderitaan yg dialaminya lantaran keengganannya utk bersatu dgn tirani sungguh menyayat hati...

Al - Mu'allim berkata...

Moga di tanah air kita juga akan lahir lebih ramai lagi insan-insan hebat seperti bonda Zainab Al-ghazali.

Bila ukhti menyebut tentang beliau, saya teringat kepada buku hari-hari dalam kehidupanku.

alFaratisyah berkata...

Hari-hari dalam kehidupanku, buku yang menguatkan lagi diri utk terus berada di jln dk dan tarbiyah, buku yg sangat indah, sarta dgn nuansa keimanan berpaksikan akidah yg teguh...Islam digadai tidak sesekali biar diri terseksa tak terperi.

Al - Mu'allim berkata...

Melihat kepada komen ukhti tentang buku ini menunjukkan ukhti ini juga salah seorang mujahidah yang hebat.

Jarang orang membaca buku ini. Apapun moga semangat yang ditunjukkan oleh Zainab al-Ghazali mampu diikuti dan dicontohi oleh kita. InshaAllah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails