BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


5 Jan 2011

Jika cinta...

Semasa sibuk mengemas, saya bertemu sebuah buku yang di dalamnya terdapat satu MUTIARA KATA yang indah untuk saya kongsikan bersama sahabat-sahabat di sini. Buku ini kepunyaaan allayarhamah adinda yang hampir setahun pergi meninggalkan kami. Moga allayarhamah bahagia di sana. Saya amat tertarik dengan ayat terakhir itu. Terimalah MUTIARA ini sebagai perkongsian dari seorang sahabat kepada sahabatnya.

"Jika cinta adalah ketertawanan, maka tawanlah cintaku hanya pada-Mu
agar tiada cinta lain yang menawanku. Jika rindu adalah rasa sakit, jadikanlah rasa sakit itu untuk aku selalu merindui-Mu, hingga hujung nyawa menunggalkan rasa di hatiku hanya untuk satu cinta. Bila tidak mampu aku menyintai-Mu, ke mana harusku sembunyikan wajahku bila berjumpa-Mu Ya Robb..."

Mungkin ada yang pernah membacanya. Ya, ke mana ingin kita sembunyikan wajah bila berjumpa Allah jika di dunia ini tidak mampu kita menyintai-Nya.

Cinta? Apa yang kita faham tentang cinta?
Berapa kali kita menepati janji semasa mengadap-Nya 5 x sehari?
Berapa kali kita mengingatinya dalam sehari? Seminggu? Sebulan?
Berapa kali kita memohon dia kepadanya? Apakah kita tidak berhajat kepada-Nya?
Berapa kali kita memohon ampun ke atas dosa yang kita lakukan setiap hari?
Berapa kali kita bangun malam bersunyian dengan-Nya?
Berapa kali kita...
Berapa kali kita...
Berapa kali kita...
Berapa kali kita...
Orang bercinta pasti rindu akan pasangannya.
Orang bercinta pasti selalu ingin bersama pasangannya.
Orang bercinta pasti...
Orang bercinta pasti...
Orang bercinta pasti...
Orang bercinta pasti...

ya Allah, jadikan aku seorang hamba mencintai-Mu lebih dari segalanya.

p/s : semalam mimpi buruk. Moga ianya hanya mimpi dan tiada apa2. ya Allah, aturkan kehidupan kami dengan panduan dan pedoman-Mu dunia dan akhirat.

8 ulasan:

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

INdah kata-kata tu...:)

Pemerhati Dunia berkata...

hmmm...byk lg yg kurang dlm hidup saya ini, byk lg yg perlu diperbaiki. lyk ke untuk menggapai cinta Illahi...

Sidratul Muntaha berkata...

Saya tak pernah baca ayat yg cikgu tulis tu.First time baca kat sini.

p/s: lemah tanpa cinta-NYA.

BaiTiL a'tiQa berkata...

Cinta kepada Allah
+
Cinta kepada Rasulullah melebihi diri sendiri
=
Iman yang sempurna

Al - Mu'allim berkata...

Terima kasih atas pandangan semua.

Marilah sama-sama kita meningkatkan amal ketaqwaan dan kecintaan kita kepada Allah agar tidak malu bila berjumpa dengan-Nya kelak.

Eyda berkata...

Maaf ya cikgu,
Ingin mohon kongsi dengan teman2 akan kata-kata mutiara itu.
Pengaduan pada ILLAHI yang indah sekali.
Harap tidak keberatan.
Syukran jazilan.

Al - Mu'allim berkata...

Silakan saudari Eyda.

Tiada masalah untuk berkongsi sesuatu yang menarik.

Afwan jiddan.

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah..


-mencari cahaya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails