BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


26 Jan 2011

Ada hikmahnya

Tok penghulu dgn anaknya membela seekor kuda.Mereka amat menyayangi kuda itu. Satu hari, kuda itu terlepas dan terus lari ke hutan yg berhampiran. Orang kampung yang mengetahui hal tersebut berkata kepada Tok Penghulu, "Kami simpati atas kuda kesayangan Tok. Tentu Tok sedih.......

Sebaliknya,Tok Penghulu tersenyum lalu berkata, "Tak apalah, mesti ada hikmahnya."

"Apa hikmahnya Tok?"

"Tok pun tak tahu.Tapi pasti ada hikmahnya."

Beberapa minggu kemudian, kuda kesayangan Tok Penghulu pulang semula dgn membawa beberapa ekor kuda liar. Orang kampung sangat kagum kerana sekarang bilangan kuda kepunyaan Tok Penghulu bertambah secara tiba-tiba. Sudah rezekinya.

"Tok bertuahlah. Untung", begitulah kata mereka.

Tok Penghulu sebaliknya berkata, "Belum tentu lagi. Tapi Tok yakin tentu ada hikmahnya."

Anak lelaki Tok Penghulu begitu gembira dengan kuda-kudanya. Setiap hari dia menunggang kuda kesayangannya sambil menggembala kuda-kuda liar yang lain. Begitu sibuk dan tangkas sekali. Entah bagaimana pada suatu petang, anak Tok Penghulu itu jatuh daripada kudanya lalu patah tangan kanannya.

Orang kampung tahu dia adalah anak kesayangan Tok Penghulu. Mereka datang menziarahi anak Tok Penghulu yang terlantar. Mereka datang menziarahi anak Tok Penghulu yang terlantar. "Malang benar nasib Tok.Baru dapat nikmat,sekarang ditimpa bala pula," kata mereka.

Tok penghulu tersenyum dan berkata: "Ini ujian Allah.Tentu ada hikmahnya."

Tidak lama kemudian,kampung mereka didatangi oleh pegawai-pegawai atasan tentera negara itu. Orang kampung semuanya bimbang kerana raja mereka terkenal zalim dan tidak berkeperimanusiaan.

"Raja memerintahkan semua anak muda lelaki dikumpulkan!Negara memerlukan tentera tambahan untuk dihantar ke medan perang!", arah ketua tentera.

Semua ibu bapa kampung itu risau dan sedih terpaksa berpisah dengan anak-anak lelaki mereka.

Para remaja dibariskan di hadapan ketua tentera, termasuk anak lelaki Tok Penghulu yang patah tangan itu.

"Kamu dikecualikan! Tidak ada gunanya membawa orang yang patah tangan!", kata ketua tentera sambil menuding jarinya kepada anak lelaki Tok Penghulu.

Pada ketika itu, dalam hati orang kampung terngiang-ngiang kata-kata dari mulut penghulu mereka, "Mesti ada hikmahnya."


SUBHANALLAH..ALHAMDULILLAH..ALLAHUAKBAR.

Cerita di atas menunjukkan setiap dugaan, kepahitan, ujian, mehnah dan tribulasi yang Allah berikan kepada kita, mesti ada hikmahnya. Mesti ada manisnya. Cuma terpulang kepada kita samada hendak lihat dengan mata kasar atau dengan mata hati. yang paling penting, orang beriman sentiasa melihat sisi yang baik daripadanya. Mereka menerima yang buruk dengan sabar, namun di dalam hati sentiasa mengharap kebaikan di sisi Allah.



" Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(surah al-Baqarah : ayat 216)

Sumber : SOLUSI ISU#19..(M/S 108)

**Semoga kita mengambil iktibar dari kisah ini.  Things happen for reasons. InshaAllah, sama-sama muhasabah diri dan bersangka baik pada Allah.

8 ulasan:

SHM berkata...

mmg stiap yg berlaku pasti ad baik dan buruknya...cuma kita perlu berwaspada...

tajnur berkata...

Assalamualaikum wbt
Semua takdir yg menimpa pada makhluk telah ditetapkan oleh Allah SWT sebelum kita dilahirkan. Surah AlHadid;23مَآ أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ وَلَا فِىٓ أَنفُسِكُمۡ إِلَّا فِى ڪِتَـٰبٍ۬ مِّن قَبۡلِ أَن نَّبۡرَأَهَآ‌ۚ Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan [tidak pula] pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab [Lauh Mahfuzh] sebelum Kami menciptakannya.
kemampuan kita sebagai manusia hanyalah berikhtiar mencari ketetapan tersebut sehingga jangan tergelincir dari landasan Allah SWT. Wallahualam

elianesuriane berkata...

bersyukur dgn apa yg kita ade.. dan jgn cpt mgalah bila ujian dtg melanda..

Al - Mu'allim berkata...

SHM,

terima kasih atas pandangan.

Gunakan pertimbangan iman dan akal dalam melakukan tindakan.

Al - Mu'allim berkata...

Waalaikumussalam tajnur.

Terima kasih atas perkongsian ayat quran. Benar sekali kata saudari, apa yang berlaku sudah tertulis di sana.

Yang penting kita tingkat usaha ke arah yang terbaik kerana kita tidak tahu bapa yang telah tertulis untuk kita. cuma yakinlah apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Al - Mu'allim berkata...

Terima kasih saudari elianesuriane, benar kata saudari tu.

Kita perlu bersangka baiklah pd Alah, sesungguhnya Dia Maha Mengetahui

alFaratisyah berkata...

Subhanallah...sikap beginilah yg harus kita teladani, penuh dgn kesabaran & tidak mudah mengeluh dgn ujian Allah, sentiasa melihat dan menggali hikmah di balik kejadian.

DIA memberikan apa yg kita perlu bukan apa yg kita mahu. DIA memberikan apa yg kita perlu tepat pd masanya...kerana sesungguhnya DIA MAHA MENGETAHUI. DIA mengetahui batas kemampuan hamba-Nya dan tidak sesekali menzalimi hamba-Nya.

Kisah yg cukup menarik, mendidik diri menjadi insan yg sentiasa optimis, insyaAllah.

wallahua'lam

jzk atas perkongsian.

Al - Mu'allim berkata...

Wassalam AlFaratisyah.

Terima kasih atas ulasan ukhti. Ya, benar. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. kadang-kadang setiap ujian itu adalah untuk mengelakkan ujian yang lebih besar.

Namun, kita sbg manusia selalu gopoh dan ingin sesuatu nikmat itu disegerakan.

Benar, Allah beri apa yang kita perlu, bukan yang kita mahu.

Sama-sama muhasabah diri.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails