BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


28 Jan 2011

Apabila masjid melimpah...

Semalam saya berkesempatan untuk menghadiri kuliah maghrib di Masjid Wakaf Bharu yang disampaikan oleh alfadhil ustaz Azhar Idrus dari Terengganu. Melihat kehadiran jemaah yang sangat ramai ketika kunjungan ustaz di Masjid Geting penghujung Oktober tahun lepas, saya berhajat untuk datang lebih awal.

Kita merancang, namun Allah jua yang menentukan. Oleh kerana bonda ingin turut serta, saya memilih untuk pergi usai solat maghrib sahaja untuk memberi peluang bonda berbuka puasa terlebih dahulu. Usai solat maghrib, kami bergegas ke sana. Masha Allah, untuk parking kereta satu hal, sehingga jemaah terpaksa berjalan agak jauh untuk ke masjid dan sesampai di masjid para jemaah sampai terpaksa berdiri di pagar masjid kerana penuh. Itu belum termasuk yang duduk di tangga rumah-rumah berdekatan.

Sebenarnya tahun lepas juga ustaz pernah datang ke Masjid Wakaf Bharu ini, namun kuliah terpaksa ditangguhkan selepas isya kerana elektrik tiba-tiba padam diyakin angkara sabotaj. Hasilnya kuliah hanya dilangsungkan dalam tempoh yang sekejap saja. Itupun hanya menjawab soalan-soalan yang diajukan kepada beliau. Sungguh jahat manusia itu, sudahlah tidak mahu mendengar kuliah agama, benci pula dengan orang yang ingin mendengar kuliah agama. Alhamdulillah, kali ini berjalan tanpa masalah walapun generator sudah disediakan bagi mengelak manusia jahat itu bertindak jahat lagi.

Saya tidak mahu mengulas panjang tentang kejadian itu cuma ada 2 perkara yang saya ingin kongsikan hasil ceramah semalam. Salah satunya tentang jawapan kepada soalan terakhir yang dibacakan oleh ustaz iaitu bagaimana caranya untuk mengelakkan sangka buruk kepada orang.

Buruk sangka

Memang manusia ini sangat suka bersangka buruk kepada orang. Melihat kepada seseorang itu, kadang-kadang manusia ni suka menghukum orang walaupun tidak mengenali orang tersebut.

"ni duk sini ni mesti cari peluang nak mencuri ni". getus hati manusia melihat seorang manusia mundar mandir di tepi kedai. Tak pasal-pasal tuduh orang. Ustaz peringatkan bahawa setiap buruk sangka akan dipersoalkan di akhirat nanti kenapa kita berburuk sangka kepada orang. Padahal apa salahnya kita bersangka baik dengannya. Lainlah kalau betul-betul kita melihat dia mencuri.

Panjang ulasan ustaz, namun cukuplah saya katakan, jauhilah buruk sangka kerana sesungguhnya buruk sangka itu mendatangkan dosa. "...inna ba'da zonni ithmun..". elok-elok tak buat dosa, tiba-tiba kena tanggung dosa. Tak ke naya tu. Saya memohon kepada diri saya dan sahabat-sahabat sekalian, usahlah kita berburuk sangka kepada orang. Elakkan buruk sangka tu. Kadang-kadang sifat buruk sangka ni hadir sebab ianya deflect dari diri kita sendiri juga.

Cth : kita melihat dua orang kawan kita bercakap, kemudian kita syak dia mengumpat kita. Kenapa mudah kita buruk sangka kepada kawan itu? Apakah kerana kita juga apabila bersama orang lain, kita juga mengumpat kepada orang? Ha, inilah yang saya maksudkan dengan deflect dari sifat kita sendiri. Kesimpulan. Jauhi buruk sangka.

Pilih menantu

Saya sebenarnya sangat jauh dengan benda ni. Berkahwin pun belum, apalagi ada anak. Ini kan pula pilih menantu. Walaupun dalam keadaan melawak, namun ada benarnya cakap ustaz tentang cara pilih menantu masyarakat kita pada hari ini.

Perkara yang ditanya kepada bakal menantu adalah harta mereka, perkerjaan mereka, ataupun keturunan mereka. Soal {solat cukup ke tidak, pengetahuan fardhu ain lengkap atau tidak, ahli jemaah masjid mana } itu perkara yang kadang-kadang langsung tidak diambil peduli. Bagaimana rumah tangga inign berkat kalau tonggak keluarga itu tidak tahu agama.

tambahan dari saya : Syabab juga dalam memilih isteri, kadang-kadang hanya melihat kecantikan luaran semata-mata tanpa menilai akhlak pasangan mereka. Memang, sepatutnya tugas suami yang mendidik isteri jika isteri itu tidak solehah, namun alangkah beruntungnya jika mendapat yang sudah solehah. Bukankah menjimatkan masa mendidik mereka kerana pengetahuan agama mereka sudah ada :)

Namun Itulah realiti masyarakt hari ini. Namun saya yakin dan percaya sahabat-sahabat di sini samada ikhwah atau akhowat, samada sudah bergelar zauj / zaujah atau tidak, samada sudah bergelar walid dan ummu mahupun tidak, adalah seorang yang soleh dan solehah. Moga generasi yang lahir dari sahabat dan sahabiyah sekalian akan menjadi mata rantai-mata rantai perjuangan Islam. InshaAllah.

Kuliah ustaz seperti biasa tamat jam 10 malam, barulah solat isya didirikan. Oleh kerana masjid penuh, ada jemaah yang balik dan bersolat di tempat lain samada di rumah atau sebagainya. Ada yang memilih untuk melaksanakan jemaah kedua. Bayangkan saf di sambung hingga ke pagar masjid.

InshaAllah bulan depan ceramah ustaz Azhar Idrus akan diadakan di Masjid AlKaramah, Kg Baung, Jalan Pengkalan Chepa. InshaAllah, jumpa di sana. Bagi yang belum mengenali ustaz Azhar, boleh berkenalan dengan beliau di sini.

8 ulasan:

tajnur berkata...

Assalamualaikum wbt
Tidak ada apa yg hendak dihairankan dlm masalah `sabotaj` krn itu sudah mmg kerja2 mrk sbg org yg kufur pd Allah. Kalau hati dah berpenyakit, mmg mcm itulah. Malah ada jg mrk yg mengatur program2 lagho utk menghalang dan mengalahkankan kerja2 yg baik! QS 41:26وَقَالَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ لَا تَسۡمَعُواْ لِهَـٰذَا ٱلۡقُرۡءَانِ وَٱلۡغَوۡاْ فِيهِ لَعَلَّكُمۡ تَغۡلِبُونَ Dan orang-orang yang kafir berkata: "Janganlah kamu mendengar dengan sungguh-sungguh akan Al Qur’an ini dan buatlah hiruk-pikuk terhadapnya, supaya kamu dapat mengalahkan [mereka].
Dlm keadaan skrg, tidak sama spt adanya Daulah Islamiah dimana semua hak2 milik dijaga oleh khalifah tetapi kita perlu berhati2 dan waspada kren sistem tidak menjaminkan maruah kita! Bila2 masa saja kezaliman dan perkara2 yg tak elok boleh berlaku! Sebab itu Rasulullah saw bersabda,`Orang mukmin itu waspada dan bijak` (Almukminu qoiison fatinon) riwayat sahih Bukhari.
Mrk bebas dan berani mengata dan mengancam dgn makian terhadap kita. Surah AlAhzab:19إِذَا جَآءَ ٱلۡخَوۡفُ رَأَيۡتَهُمۡ يَنظُرُونَ إِلَيۡكَ تَدُورُ أَعۡيُنُهُمۡ كَٱلَّذِى يُغۡشَىٰ عَلَيۡهِ مِنَ ٱلۡمَوۡتِ‌ۖ فَإِذَا ذَهَبَ ٱلۡخَوۡفُ سَلَقُوڪُم بِأَلۡسِنَةٍ حِدَادٍ أَشِحَّةً عَلَى ٱلۡخَيۡرِ Kemudian apabila hilang perasaan takut itu, mereka mencela kamu dengan lidah yang tajam, sambil mereka tamakkan kebaikan (yang diberikan Allah kepada kamu). Wallahualam

Ati Masrif berkata...

salam Al-Mu'allim,

rupanya saudara berada di kelantan
kak ati ada juga saudara di sana
juga seorang guru..org panggil ustaz

bagus sangat info hari ini..
kak ati ni selalu juga cepat buruk sangka
banyak dah dosa ye..
harap2 lepas ni nak elak cepat buruk sangka itu

Balqish Shafiqa Bajury berkata...

salam ziarah. :)
tips memilih menantu yg dinyatakan tu sebenarnya lebih tepat.
org asik cerita ttg sesuatu yg fizikal sekarang ni.

Al - Mu'allim berkata...

Waalaikumussalam tajnur.

Terima kasih atas perkongsian ayat alQuran dan alhadith serta huraian. \

Mereka merancang, Allah juga merancang, Dan Allah adalah sebaik-baik perancang.

wallahu a'lam

Al - Mu'allim berkata...

Wsalam Puan Ati.

ya, saya adalah rakyat kelantan.

InshaAllah, sama2 kita ubah sifat buruk yang ada dalam diri kita.

Al - Mu'allim berkata...

Wsalam Balqish Shafiqa.

Benar, orang kita selalu melihat kepada luaran dan fizikal semata-mata. Moga kita tidak terpengaruh dengan mereka.

Pemerhati Dunia berkata...

Salam, cikgu.

Susah hendak buang prasangka buruk pada orang, sebab itulah kena jaga pandangan mata dan mata hati.

Moga-moga saya termasuk di dalam golongan yang Allah lindungi.

p/s : tengah belajar kurangkan percakapan yang tidak berfaedah

cun09 berkata...

as-salam...

bila kita marah, kita akan cepat buruk sangka kpd org...

**ustaz azhar dah ke kelantan rupenyee ^_^**

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails