BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


3 Feb 2011

Untuk mahasiswa/i sahaja : 7 Tanda anda akan gagal di universiti


Salahkan hujanTanda ketiga yang anda perlu perhatikan ialah ‘ tidak bawa payung, salahkan hujan’. Ini adalah ditujukan kepada pelajar yang suka menuding jari untuk menyalahkan orang lain di atas kesilapan dan kelemahan diri sendiri.
Saya pernah coretkan sedikit tulisan mengenai tanda ini hampir 2 tahun lalu di blog ini. Apa kata kita lihat kembali. Ketika itu saya tulis, ‘anda adalah orang yang sangat malang jika…
  • Anda terjatuh kerana terlanggar tunggul lalu anda memaki hamun tunggul tersebut kerana? berada di tengah jalan anda.
  • Anda terlewat bangun pagi dan terlepas bas ke sekolah lalu anda salahkan pihak televisyen kerana menayangkan perlawanan bola sepak pada lewat malam.
  • Anda dirotan kerana merokok di sekolah lalu anda menyalahkan pekedai runcit di tempat anda kerana menjual rokok tersebut kepada anda….
  • Anda gagal dalam peperiksaan Matematik lalu anda mengamuk pada kawan anda kerana tidak membenarkan anda meniru beliau.
  • Anda menconteng dinding-dinding atau tempat awam kerana anda rasa tidak ada orang mahu mendengar apa yang Salahkan hujananda hendak katakan.
  • Anda tidak mahu belajar subjek Sejarah dengan bersungguh-sungguh kerana anda rasa cikgu Sejarah anda suka pilih kasih.
  • Anda kalah dalam perlawanan badminton lalu anda salahkan syarikat pembuat raket badminton anda kerana produk tidak berkualiti.
Mungkin situasi yang saya bayangkan kelihatan agak ekstrem dan keterlaluan. Anda tidak mungkin mempunyai ciri-ciri begitu bukan? Namun pernahkah anda ada rasa anda dapat gred yang tidak baik kerana pensyarah anda membosankan, tidak pandai menarik perhatian dan tidak pandai menerangkan sesuatu dengan jelas? Pernahkah anda merungut atau terfikir, “pensyarah aku ni tak pernah belajar teknik presentation ke?” Akibat rungutan ini, anda mula tidak berminat apa yang pensyarah anda ajarkan. Apa kata kita lihat situasi sebenar di universiti pula.
  • Anda pilih untuk duduk kerusi paling belakang dewan kuliah dan kemudian merungut suara pensyarah terlalu perlahan.
  • Anda tidak membaca bahan bacaan asas untuk kuliah dan kemudian merungut pensyarah mengajar terlalu laju.
  • Anda lewat 15 minit ke kuliah dan merungut apa yang diajarkan terlalu sukar difahami.
  • Anda tidak pernah berjumpa pensyarah untuk bertanya apa yang diharapkan dalam assignment yang diberi. Apabila mendapat keputusan yang tidak memuaskan, anda kata pensyarah ini kedekut markah dan pilih kasih.
  • Anda tidak membuat persiapan rapi untuk presentation lalu gugup dan terlalu gementar semasa sesi presentation. Anda salahkan pensyarah kerana mewajibkan presentation.
Apa kata hari ini anda fikirkan sejenak semua rungutan dan keluhan yang pernah diluahkan atau terlintas di hati anda. Fikirkan juga jika ini adalah tanda bahawa anda akan gagal di universiti.

dipetik dari sini 

**ini bukan tulisan saya, tp jika saya masih jadi mahasiswa uni, mesti terasa jg terutama item nombor 4, pensyarah kedekut markah. Selalu juga mengomel begitu, siap mark beberapa pensyarah yang perlu dielak untuk memastikan grade yang baik dalam sesuatu subjek. Bukan setakat itu, malah jika ditanya oleh junior tips untuk jadi scorer, pasti tips memilih pensyarah jadi point utama. :)

Oleh sebab saya adalah cikgu, maka saya tidaklah terasa lagi dengan tanda-tanda yang diberikan, bahkan baru saya tahu, kadang-kadang markah perlu juga dikedekutkan untuk melatih murid lebih berhati-hati. Yup, kita kedekut markah untuk ujian-ujian, supaya mereka lebih cemerlang dalam peperiksaan. Ok kan?

Seingat saya, di uni dulu, saya adalah lelaki melayu terakhir di dalam kursus yang saya ambil. Bayangkan sewaktu tahun pertama pengajian hanya ada 4 orang lelaki melayu yang berdaftar bersama saya dari beratus-ratus pelajar lain. Tiada senior untuk dijadikan rujukan, maka bergeraklah kami berempat.

Seorang demi seorang berundur menyerah kalah, ada yang berhenti, ada yang menukar uni, sehingga pada semester ke-4 tinggallah saya terkontang kanting seorang diri. Saya hampir putus asa namun masih cuba survive dengan mula berkawan rapat dengan pensyarah-pensyarah. Apabila rapat, mereka mula bertanya kepada saya tentang masalah kenapa hanya saya yang tinggal dan apa yang perlu mereka lakukan untuk membantu pelajar-pelajar kita. Hasilnya alhamdulillah, tahun-tahun berikutnya kebajikan adik-adik junior lebih diambil berat.

Apapun, jika anda seorang pelajar dan terasa dengan apa yang dinyatakan di atas, ubahlah sebelum terlambat. Bak kata Cikgu Mala, UBAH SEKARANG!

4 ulasan:

BaiTiL a'tiQa berkata...

Bermanfaat.

~Hidup tanpa perjuangan ibarat hidup dengan keaiban~

Salam juang.

Eyda berkata...

Yupp, saya setuju. Pendekatan kedekut markah itu adalah supaya pelajar-pelajar lebih brmotivasi untuk meningkatkan usaha dengan tujuan mencapai prestasi yang lebih baik.

Tetapi ada juga pihak yang tak bersependapat sedemikian. Bagi mereka sekiranya pelajar tersebut layak mendapat markah yang tinggi, BAGI SAJALAH! Kata mereka lagi , yang penting fakta di atas kertas. Maksud mereka sekiranya dipantau oleh pihak yang lebih tinggi, yang tercatat di atas kertas tu yang mereka nak tengok.Bukan nya pendekatan kita. Saya pun confius.

Apa pandangan cikgu.

Al - Mu'allim berkata...

~BaiTiL a'tiQa~

Terima kasih atas komen ukhti

Al - Mu'allim berkata...

~Eyda~

Terima kasih atas pndangan saudari.

Ya, saya sendiri jika mereka menjawab dgn jawapan yang selayaknya mendapat markah, sy memang terus bg markah kerana itu hak mereka.

Namun jika jawapan itu samar2 dan perlu pertimbangan sy, sy lebih cenderung untuk memberi markah yang mahal. Saya tidak melihat kejayaan saya dengan ramai berjaya dalam ujian, tetapi lebih kepada peperiksaan kerana itu masa depan mereka.

Namun soal akhlak mereka tidak saya abaikan, oleh itu meniru di dalam ujian adalah di larang sama sekali. :)

Menanda kertas matematik lebih mudah dari kertas subjektif yang lain.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails