BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


5 Feb 2011

"Seronoknya jadi lelaki"

Cuti Tahun Baru Cina kali ini merupakan kesempatan yang baik untuk keluarga saya berkumpul semua selepas 'iduladha yang lalu. Cuti seminggu ini, adik-adik semua pulang ke kampung samada yang di kampus, yang sedang menadah kitab di pondok mahupun yang berada di Maahad Tahfiz.

Seronok rasaya bila semuanya ada, masing-masing dengan kerenah masing-masing. Tanpa seorang adinda yang pergi terlebih dahulu, sudah pasti ada kelainannya, namun alhamdulillah ingtan itu kami salurkan melalui jalan yang baik.

Jumaat yang lepas saya berkesempatan menghadiri kuliyyah dhuha di Medan Ilmu yang disampaikan oleh TGNA dan disusuli dengan solat hajat untuk Mesir. Biasanya saya ke sana bersama bonda dan ayahanda, tetapi hari itu saya hanya berseorangan kerana bonda sibuk membantu mak saudara yang buat kenduri.

Petang itu, sewaktu makan-makan bersama family, saya ceritakan kepada bonda tentang solat hajat tersebut. (Saya solat di belakang TGNA, TGNA menangis semasa doa, bersalaman dgn beliau dsb).

"seronoknya jadi lelaki", kata bonda.

"hish, kenapa cakap cmtu. xbaikla. perempuan pun ada kebaikan dia", kata adik perempuan sy membela kaum hawa.

"la, bukan menyesal jadi perempuan. maksud bonda, ada 2 perkara yang buat bonda jeles dengan lelaki", terang bonda.

"apa dia?", tnya adik.

"pertama mereka boleh bersalaman denga ulama2, syeikh pondok, ustaz2, dan boleh ambil berkat mereka", kata bonda.

"kedua?", tingkah saya.

"boleh solat di belakang imam makkah, di depan kaabah terutama solat fardhu subuh", jelas bonda. Seterusnya bonda menceritakan bagaimana kaum perempuan 'dihalau' dari dataran kaabah sebelum subuh dan pengalaman-pengalaman lain di sana. Nyata sekali rindu bonda pada kaabah masih kuat.

Cerita bonda menggamit rasa hati saya untuk ke sana. Kebetulan sekarang kursus haji sudah dimulai di Masjid berhampiran rumah saya oleh seorang ustaz yang bawa haji dan terbuka untuk semua. Saya berharap agar saya dapat hadir pada sesi seterusnya. Walaupun giliran ke sana adalah pada tahun 2035, tetapi alangkah baiknya kalau mendapat pendedahan seawal ini. Mana tahu, dengan izin Allah saya mampu pergi lebih awal dari itu.

Bercakap soal ulama, saya agak jeles dengan sesetengah sahabat yang berpeluang menemui ulama besar dari mesir, jordan, syria terutama  Syeikh al-Qaradhawi dan Dr Wahbah azzuhaily. Ramai juga sahabat-sahabat yang mengambil peluang belajar di syria selama 3 atau 6 bulan. Sungguh beruntung mereka, sudahlah bahasa arab sy semakin hilang, peluang untuk bertemu ulama-ulama besar juga tiada. Moga Allah memberi mereka kesihatan berpanjangan untuk kemaslahatan ummah.

Ameen.

8 ulasan:

alFaratisyah berkata...

menjadi lelaki memang punya banyak kesempatan dan peluang seperti bonda cikgu utarakan, namun lelaki juga menggalas amanah penting.

lelaki itu pemimpin rumahtangga, nakhoda kehidupan yg penuh cabaran. menjadi penuntun tgn isteri ke syurga (insyaAllah). menjadi pembimbing adik-adik. menjadi pendidik kpd anak. juga menjadi pelindung bonda tercinta, tanggungjawabnya kpd keluarga tidak pernah putus walaupun sudah bergelar suami kpd si isteri, juga ayah kpd anak-anak.

banyak amanahnya, maka Allah bukakan jalan kemudahan, supaya dengan itu kaum Adam tidak merasa jenuh dan penat. Akan sentiasa ada siraman buat hati yang kehausan...

wallahua'lam

NooR AzLen BinTi HaRoN berkata...

Assalamualaikum

Seronoknya dapat brkumpul brsama2 kluarga.

"Seronoknya mnjadi lelaki" setuju ngan kata2 bonda cg luahkan.

Akan tapi stiap drp kita punya tgjawab masing2 yg harus dipikul.

Moga Allah permudahkan jalan kita untuk mlaksanakan tgjwb yg tlh diamanahkan.Insyaallah.

tajnur berkata...

Assalamualaikum wbt
Didalam AlQuran, kebanyakan terdapat lafaz yg menyentuh berkenaan org2 lelaki sahaja sehingga ada yg mempertikaikannya dan turunnya AsbabunNuzul
(Sebab2 turun) Surah Ali 'Imran 195
فَاسْتَجَابَ لَهُمْ رَبُّهُمْ أَنِّي لَا أُضِيعُ عَمَلَ عَامِلٍ مِنْكُمْ مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى بَعْضُكُمْ مِنْ بَعْضٍ فَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَأُخْرِجُوا مِنْ دِيَارِهِمْ وَأُوذُوا فِي سَبِيلِي وَقَاتَلُوا وَقُتِلُوا لَأُكَفِّرَنَّ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَلَأُدْخِلَنَّهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ثَوَابًا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الثَّوَابِ (195)Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya [dengan berfirman], "Sesungguhnya Aku tidak menyia-nyiakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu, baik laki-laki atau perempuan, [karena] sebagian kamu adalah turunan dari sebagian yang lain [1]. Maka orang-orang yang berhijrah, yang diusir dari kampung halamannya, yang disakiti pada jalan-Ku, yang berperang dan yang dibunuh, pastilah akan Ku-hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan pastilah Aku masukkan mereka ke dalam surga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya sebagai pahala di sisi Allah. Dan Allah pada sisi-Nya pahala yang baik.
Abdurrazaq, Said bin Manshur, Tirmizi, Hakim dan Ibnu Abu Hatim mengetengahkan dari Umu Salamah bahwa ia berkata, "Wahai Rasulullah! Saya tidak pernah mendengar Allah menyebut-nyebut sesuatu pun tentang wanita berkenaan dengan hijrah. Maka Allah menurunkan ayat, 'Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonan mereka...'" (Q.S. Ali Imran 195).
Maknanya janganlah org2 perempuan risau, w/pun byk menyentuh berkenaan org lelaki tetapi itu cuma lafaz sahaja tetapi dari segi amalan2 adalah sama. Wallahualam

Pemerhati Dunia berkata...

Salam.

Pernahkah saudara dengar tentang buku Tasawuf Moden oleh Professor Hamka?

Dan pernahkan saudara terfikir untuk mencari siapa diri saudara?

Maaflah, sekadar bertanya.

Al - Mu'allim berkata...

~alFaratisyah ~

Terima kasih atas komentar ukhti.

Benar kata ukhti tu, namun tidak semua orang mengambil peluang ini untuk mendekati ulama.

Alangkah ruginya mereka. Alhamdulillah saya diberi kesempatan untuk ini.

Al - Mu'allim berkata...

Waalaikumussalam Noor Azlen.

Memang seronok kalau sekali sekala dapat berkumpul semua.

InshaAllah, sama2 kita jalankan amanah yang diberikan. Sudah pasti setiap lelaki dan wanita itu ada keistimewaan masing-masing.

Allah Maha Adil

Al - Mu'allim berkata...

~tajnur~

Terima kasih ulasan yang panjang lebar berserta dalil.

Samada lelaki atau perempuan, yang paling mulia di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa.

Wanita ada kelebihan sendiri yang tiada pada lelaki. Mereka saling melengkapi. Adapun yang saya kongsikan di sini adalah sembang santai keluarga saya sambil makan.

Sekadar perkongian buat sahabat-sahabat di sini.

Al - Mu'allim berkata...

~Pemerhati Dunia~

Wsalam ukhti.

Saya pernah mendengar tentang buku beliau namun belum berkesempatan membacanya.

Mungkin ukhti boleh kongsikan di sini atau di blog ukhti untuk manfaat bersama.

Menarik persoalan kedua itu. Saya hanya menyedari saya adalah seorang hamba.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails