BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


25 Nov 2011

Laptop rosak & cuti sekolah

Akhirnya laptop benar-benar rosak, disyaki masalah motherboard. Memang laptop Compaq selalu ada masalah begini. Risik-risik di kedai, kos pembaik pulih mencecah RM600. Satu jumlah yang lebih berbaloi jika membeli laptop baru. Huhu, rasanya di Penang lagi murah kos tukar motherboard baru menyebabkan saya menangguhkan operasi pembaikbulih sehingga buka sekolah nanti. Cuti tanpa laptop menjadi sesuatu yang pelik sejak 2 3 tahun kebelakangan ini.
Untuk hidup sebulan di rumah tanpa laptop adalah sesuatu yang sukar, lantas saya menghabiskan duit gaji yang baru diterima untuk membeli monitor LED yang baru untuk dipadankan dengan CPU di rumah. CPU ini saya gunakan sepanjang pengajian di kampus dulu dan saya tinggalkan di kampung halaman kerana lebih senang menggunakan laptop. Awal tahun yang lepas, monitor rosak tetapi saya membiarkan saja supaya adik-adik lebih menumpukan perhatian pada pelajaran mereka. Alhamdulillah, nasib baik CPU masih boleh digunakan walaupun hampir setahun tidak diguna.

Kalau ikutkan mahu saja membeli laptop baru, namun keinginan harus ditahan kerana ada kegunaan lain yang perlu diberi keutamaan pada bulan ini. InshaAllah akan dikongsikan pada post akan datang.

Cuti sekolah

Banjir mula melanda Kelantan. Alhamdulillah kawasan rumah saya tidak pernah terlibat dengan banjir walaupun kampung saya dinaiki air. Bahkan kawasan rumah digunakan oleh saudara mara untuk menyimpan kenderaan mereka apabila rumah mereka dinaiki air.

Cuti ini rutin kehidupan seminggu dua ini dijangka sama. Usai kuliah subuh (jika ada) atau mengulang hafalan yang semakin hilang, saya turun ke baruh untuk melihat hasil rezeki yang terlekat pada pukat yang dipasang. Bukan nak sangat, tapi sebab ayahanda selalu bertanya dan mengidam 'ikan darat', digagahkan juga untuk dimasukkan ke dalam rutin. Pulang dari baruh, menikmati sarapan di rumah atau menjengah ke kedai kopi atuk untuk membantu mana yang patut. Sepatutnya catata tentang kedai kopi ini sudah lama saya post kan namun masih terkurung di draft sejak 14/12/2010 yang lalu. Bayangkan betapa banyak artikel terperangkap dalam draft.

Pulang ke rumah, cari beberapa info di internet, atau ke luar berjumpa dengan sahabat-sahabat yang pulang ke Kelantan. Biasalah, sewaktu cuti sekolah, hanya rakan-rakan guru lah yang ada atau rakan-rakan yang bekerja di Kelantan.

Jika pulang sebelum asar, lepas asar kena bersiap untuk melihat hasil yang melekat di pukat. Jika menunggu keesokan harinya, pasti ikan-ikan akan mati dan rasanya tidak akan segar sangat. Setakat ini hanya ikan haruan, puyu, lampam, patung, sepat dan terbul. Ayahanda mengharapkan ikan keli namun belum rezeki. Sudah pastilah keli ini berlainan rasanya dari keli peliharaan yang selalu didapati di kedai makan. Gambar akan cuba saya usahakan kerana sukar membawa kamera ke sana, tak pasal-pasal masuk air :)

Malam, usai solat isya menghabiskan masa melayari internet. Ikutkan nak mengajar anak-anak jiran yang datang mengaji dengan bonda, namun mereka tidak mahu mengaji dengan saya. (^-^).

Mungkin esok atau lusa aktiviti mengecat rumah terpaksa dimasukkan ke dalam rutin harian. Nak bagi cantik sikit selepas lebih 10 tahun tidak berganti cat. Mana tau kot2 ada orang baru yang akan menjadi ahli keluarga kami. :D

18 ulasan:

RuMaH TuA berkata...

Assalamualaikum,

Tertarik sangat2 dengan cerita pukat memukat ni... Moga2 ada rezeki gambar tu.

"Selamat main cat & selamat buat orang baru (^-^) "

Eyda berkata...

Assalamu'alaikum ,


Teringat masa ana kecik2 kena paksa pi ngaji Quran.
Mak tanya kenapa susah sangat nak p ngaji nih!.
~Ustaz yang ajar tu chenge (garang ) sangat!!!! ~___* :D

Yatie Awang berkata...

itulahkan, serba tak kena kalau tak boleh buka laptop satu hari...

NooR AzLen BinTi HaRoN berkata...

assalamualaikum..

first time dgr prkataan "baruh" tu..Nice word yg dplajari hri ini.

Jika motherboard problem..mmg nk repair kosnya agak mahal..
insyaallah murah rezeki beter bli laptop baru:-)

NooR AzLen BinTi HaRoN berkata...

silap eja "better"

Salam Maal Hijrah.

-Berhijrah Sekalipun Sukar-

MUHAMMAD SUKRI SUPI berkata...

Assalamualaikum syeikh...

Laptop rosak..hikmahnya adik2 dpt guna komputer cz abe mrk beli monitor baru..he3..ye lah, hrga monitor LED pon bru 300 kot..sama r cam ambo..lpas abis ngaji dlu, komputer duk kt umh, beberapa kali rosak.kos baiki dh hmpir sama dgn hrga masa ambo beli komputer thun 2006 lpas..he3

sebut pasal baruh, teringat masa sek rndah dlu. bila tibanya musim hujan jgklah ambo ambk pluang g igak ike karing..(",)

*rindu ko ike karing baruh

Al - Mu'allim berkata...

~RuMaH TuA~

Waalaikumussalam wbt.

InshaAllah, tunggu air surut dulu skit. Memang tringin jg nk ambil gmbr di sana. wlpn bgitu agak terbatas jg sb g sorang2.

'mmg kena cat dh dlm rumah ni sb dinding bilik penuh dgn hasil kreatif adik2'

Al - Mu'allim berkata...

~Eyda~

Waalaikumussalam wbt.

Saya tak chenge dengan mereka. Usik2 manja tu biasala dgn budak2. Saya cuma cenge dgn adik2 je masa ngjr ngaji.

Tp tu kisah lama sb mereka dh khatam dan boleh baca sendiri. Rasanya kl x cenge dgn mereka, ttg xjd cm skg... hehe!

Al - Mu'allim berkata...

~Yatie Awang~

Yang menjadi persoalan, sblm zaman laptop n pc ni, boleh pula hidup dengan sempurna. Memang berhantu lah benda ni :)

Al - Mu'allim berkata...

~NooR AzLen BinTi HaRoN~

Waalaikumussalam wbt.

Rasanya perkataan BM standard tu kan? Jarang didengari mungkin sb hanya ada di kampung. Mesti ukhti dibesarkan di bandar kan? :D.

Yup, teringin juga nak beli yang baru, tetapi bukan dgn duit gaji bulan ini sebab ada perkara lain perlu diutamakan :)

Al - Mu'allim berkata...

~NooR AzLen BinTi HaRoN~

Lupa nak sambut salam.

Salam Maal Hijrah juga. Moga kehidupan di tahun baru ini lebih baik dari tahun sebelumnya.

Al - Mu'allim berkata...

~MUHAMMAD SUKRI SUPI~

Waalaikumussalam, sheikh.

Tu la pasal. Untung juga budak2, lebih2 gmbr LED ni lebih cantik dan terang serta lebih besar skrinnya.

Masalah sekarang, CPU yang ketinggalan zaman dari dulu, ditambah dengan virus berkampung di dalamnya. Sebab tu agak susah nak online. Nak format juga, tp byk barang berharga dalam ni. Tunggu la dulu.

Hehe, jame ike karing doh berlalu doh. Budok2 loni raso xkenal doh maine budok2 jame kito mulo.

cun09 berkata...

salam ma'al hijrah n selamat bercuti sambil mengecat umah...ahli kuarge baru ???

**moge sihat**

Al - Mu'allim berkata...

~cun09~

Salam maal hijrah juga. Alhamdulillah, moga sama2 sihat.

Yup, ahli keluarga baru. INshaAllah.

NooR AzLen BinTi HaRoN berkata...

assalammualaikum...

ana org kmpung..tinggal n menetap di kampung:-)

mgkin baruh loghat kelantan ??..ana teka shj.klu silap tlg btulkn

Al - Mu'allim berkata...

~NooR AzLen BinTi HaRoN~

Waalaikumussalam.

Owh, orang kampung. Mesti biasa makan ikan darat kan?atau apa yang dipanggil di sana? Saya sendiri bukanlah dibesarkan di bendang ini, cuma sempatlah merasai penat jerih sang petani membanting di sawah dulu.

Erm, mungkin juga sebab baruh lebih banyak digunakan di pantai timur. :)

NooR AzLen BinTi HaRoN berkata...

assalammualaikum

alhamdulillah..org Muo..nk kata selalu mkn ikan darat tak juga.tp ada juga mkn.

kna tgk dlu baruh tu,baru tau sebutannya d kg ana..Insyaallah

Al - Mu'allim berkata...

~NooR AzLen BinTi HaRoN~

Waalaikumussalam.

Rasanya dah jelaskn ttg baruh tu? :) Ada silap fhm rupanya.

Muo xpernah sampai lg wlpn dan jejak kaki ke Johor.

Tertarik dgn masjid yang ada di dalam shoping complex (ke shoping complex dlm masjid?) semasa outstation ke JB

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails