BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


18 Nov 2011

Ragam pelajar dan ibu bapa

Kringggg!!!

Dengan deringan loceng jam 1205 tengahari tadi, maka berakhirlah waktu persekolahan rasmi untuk tahun ini. Bunyi loceng, disambut oleh laungan kegembiraan oleh pelajar umpama mereka terbebas dari penjara. Panjang umur, berjumpa lagi pada sesi tahun hadapan pada 040112. Namun untuk cikgu, bukan tarikh itu. paling lewat, 271211 dah kena hadir ke sekolah. Itu tidak masuk waktu bertugas sewaktu cuti sekolah. Belum masuk yang menjaga peperiksaan SPM dan STPM. Habis macamtu je cuti. Jadi, siapa yang cakap cikgu banyak cuti itu, pasti mereka bukan dari bidang pendidikan.

Hari ini suasana sekolah agak kalut. Cikgu-cikgu paling sibuk untuk menguruskan perkara yang belum selesai sebelum berakhirnya sesi persekolahan 2011. Di kelas, murid-murid dengan telatah masing-masing. Bermain Dam aji, ular dan tangga, monopoli, kad UNO, catur dan sebagainya. Adakalanya cikgu perlu masuk campur bila keadaan tidak terkawal. Sebenarnya pada minggu ini mood belajar mereka sudah hilang, cuma hari ini kebebasan saya berikan sepenuhnya kepada mereka.

Mujur juga pemberian duit RM100 seperti yang diumumkan dalam bajet 2012 baru-baru tidak dilakukan pada hari ini. Jika tidak, pasti suasana lebih kalut. Sekolah saya menetapkan ibu bapa yang perlu datang mengambilnya supaya duit itu tidak disalahgunakan atau dicuri ataupun mengelakkan ugutan murid lain. Jika ibu bapa tidak dapat datang, maka tiada plihan kecuali terpaksa menyerahkan kepada murid itu sendiri.

Jadi mana-mana ibu bapa yang datang mengambil duit, mereka diizinkan untuk menjemput anak mereka pulang awal supaya tidak menyusahkan untuk mereka datang sekali lagi. Ada beberapa situasi yang mencuit hati saya. Bagi ibu bapa yang datang mengambil duit dan menjemput anak mereka, mereka pulang tanpa sebarang masalah. Namun,...

Situasi 1

Usai mengambil duit, seorang bapa meminta untuk membawa anaknya pulang, lalu cikgu meminta beliau mengisi borang dan seterusnya membenarkannya, namun anaknya pula tidak mahu pulang. Puas memujuk, akhirnya si bapa mengalah dan pulang sendirian.

"kenapa tidak mahu pulang?", tanya cikgu selepas si bapa keluar.

"taknak, cikgu. Mak saya kat rumah tu suka membebel. Nak buat tu tak boleh, nak buat ni tak boleh. Nak bercakap pun tak boleh. Boringlah duk rumah", jawabnya.

"kat sekolah pun tak boleh bercakap. Kalau nak duk sini, kena diam", balas cikgu.

"mak saya rotan saya. cikgu tak rotan saya", jawabnya lagi.

Situasi 2

Melihat kawan-kawannya dijemput pulang, seorang pelajar mengikut ayahnya untuk pulang selepas ayahnya mengambil wang RM100.

"hang tak payah balik. duk di sini", arah ayahnya selepas melihat anaknya memikul beg untuk pulang. Si anak patuh, meletak kembali beg dan duduk di kerusi.

"dia kalau balik rumah, duk kacau adik dia. Kalau dia kat sini, senang sikit mak dia nak jaga seorang adiknya. Kalau ada dua-dua kat rumah, kecoh abis", jelas si ayah kepada cikgu.

dalam hati cikgu,"abis tu kalau dua org kat rumah dah kecoh, kat kelas ni 40 orang kita nak panggil apa ye... 40x kecoh?". hehe.

Situasi 3
Seorang bapa datang ke kelas untuk mengambil anaknya.

"cikgu, saya datang nak jemput anak saya pulang", pinta seorang bapa selepas mengetuk pintu.

Saya ke pintu dan bersalaman dengan beliau."anak encik nama apa?", tanya saya.

"Zed zaide (bukan nama sebenar)", jawab beliau. Saya mengerutkan dahi.

"Mana Zed?", tanya saya kepada murid-murid.

"Zed tak datang hari ni, cikgu", jawab mereka beramai-ramai.

Saya berpaling kepada bapa berkenaan. Kelihatan beliau menggaru kepala.

"err..tak apa cikgu. Terima kasih, cikgu. Nanti saya tanya mak dia", ucap si bapa sambil mengeluarkan handphone dan berlalu pergi.

Banyak ragam mereka sebenarnya namun saya rangkumkan ke dalam 3 situasi ini saja. Kadang-kadang lawak pun ada. Macam-macam jenis manusia kita jumpa. Satu kelas 40 orang, 40 perangai kita jumpa. Kalau 5 kelas, 200 murid. erm...

13 ulasan:

cik rama-rama berkata...

zed zaide? hehe. lawak2.
biasa la, banyak orang, banyak ragam.
kekadang kelakar. kekadang mencabar kesabaran. huhu~

RuMaH TuA berkata...

Assalamualaikum,

Terfikir2, macam mana la bila tiba giliran saya mengajar nanti... Isk3

Tambah2,
Yang nak jadi cikgu ni pun bila tiba hujung sem da kurang semangatnya. Jasad di kolej, roh di pintu rumah. ^^,

"Gabungjalin"

Al - Mu'allim berkata...

~cik rama-rama~

Betul ni... bkn main2.

Biasanya yang mencabar lg byk,yg kelakar tu sebagai penyeri :)

Al - Mu'allim berkata...

~RuMaH TuA~

Waalaikumussalam.

Jangan fikir dulu, nikmati kehidupan yg ada skg. Zaman belajar memang menyeronokkn.

Ala, biasa la tu. Bkn saja bakal cikgu, cikgu sebenar pun bila dah hujung2 sesi persekolahan pun, minda dah melayang entah ke mana dah. Cumanya, nak taknak, semua kerja mesti dibereskan sebelum meninggalkan sekolah. Dalam cuti, kena datang lagii...

MUHAMMAD SUKRI SUPI berkata...

Assalamualaikum syeikh..

bilamana duk baca blog2 para pendidik, khususnya blog "Pena Cikgu" nie, ambo bertambah kuat keinginan utk merasai tugas ini. Memg berbeza mendidik murid sekolah rendah, mendidik pelajar sekolah menengah n pelajar ipt yg mana semuanya pelbagai kerenah & ragam. doakan ambo agar mencapai cita2 itu...juga keinginan arwah nenek hok mahu cucunya jd pendidik

cun09 berkata...

salam ^_^

belum bercuti laaniii...

**moge sihat**

Eyda berkata...

Assalamu'alaikum,

"cikgu sebenar pun bila dah hujung2 sesi persekolahan pun, minda dah melayang entah ke mana dah."

Mcam terkena ja...^_^

Sebab rasa bebas 'sekejap' dari cengkaman kerja yang tak pernah habis. Tupun telefon lagi
"cikgu sila datang ke sekolah semak ...bla...bla...."

Apapun keseronokan yang mencabar bila jadi guru dalam suka atau duka dan Selamat Bercuti kepada Al Mu'allim dan semua guru dan pelajar.

Eyda berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Al - Mu'allim berkata...

~MUHAMMAD SUKRI SUPI~

Waalaikumussalam, sheikh.

InshaAllah sheikh, kalau bidang ini terbaik untuk sheikh, Allah akan tunjukkan jalan yang terang untuk memasuki bidang ini. tp sheikkh kena minat la, tok aci kl sb keinganan arwah nenek sajo..hehe


tp, bukankah syeikh Sukri dah jadi pendidik skg? cuma pendidik budak tua.

Al - Mu'allim berkata...

~cun09~

Wsalam, kak.

Alhamdulillah. Sihat seadanya. Baru sampai ke kampung halaman. Tugasan sekolah belum lagi, so nnti kena g awal ke sana.

Al - Mu'allim berkata...

~Eyda~

Waalaikumussalam.

Hehe. takde niat pun nk tujukan kt cikgu. Secara umum je saya cakap termasuk diri sendiri juga.

Betul tu, walaupun cuti, telefon mesti di on selalu. Dah macam doktor dah ada oncall (wlpn elaun oncall takde).

terima kasih. Ucapan selamat bercuti juga buat cikgu.

MUHAMMAD SUKRI SUPI berkata...

meme sebab minatlh jgk nie..hok arwah nenek tu utk penyedap jah..bilamana ingt ko arwah nenek, cita2 nok jd pendidik bertambah kuat (",)

*ambo loni pendidik budok2 tua, tp xkeno nge jiwo..hu3

Al - Mu'allim berkata...

Bereh sheikh...
inshaAllah, ambo dia sheikh dpt masuk bidang pendidikan.

Cuma bykkan doa terutama masa mustajab, solat dhuha dan qiam. Selebihnya, serahkan kepadaNya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails