BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


Memaparkan catatan dengan label Bajet 2012. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bajet 2012. Papar semua catatan

18 Nov 2011

Ragam pelajar dan ibu bapa

Kringggg!!!

Dengan deringan loceng jam 1205 tengahari tadi, maka berakhirlah waktu persekolahan rasmi untuk tahun ini. Bunyi loceng, disambut oleh laungan kegembiraan oleh pelajar umpama mereka terbebas dari penjara. Panjang umur, berjumpa lagi pada sesi tahun hadapan pada 040112. Namun untuk cikgu, bukan tarikh itu. paling lewat, 271211 dah kena hadir ke sekolah. Itu tidak masuk waktu bertugas sewaktu cuti sekolah. Belum masuk yang menjaga peperiksaan SPM dan STPM. Habis macamtu je cuti. Jadi, siapa yang cakap cikgu banyak cuti itu, pasti mereka bukan dari bidang pendidikan.

Hari ini suasana sekolah agak kalut. Cikgu-cikgu paling sibuk untuk menguruskan perkara yang belum selesai sebelum berakhirnya sesi persekolahan 2011. Di kelas, murid-murid dengan telatah masing-masing. Bermain Dam aji, ular dan tangga, monopoli, kad UNO, catur dan sebagainya. Adakalanya cikgu perlu masuk campur bila keadaan tidak terkawal. Sebenarnya pada minggu ini mood belajar mereka sudah hilang, cuma hari ini kebebasan saya berikan sepenuhnya kepada mereka.

Mujur juga pemberian duit RM100 seperti yang diumumkan dalam bajet 2012 baru-baru tidak dilakukan pada hari ini. Jika tidak, pasti suasana lebih kalut. Sekolah saya menetapkan ibu bapa yang perlu datang mengambilnya supaya duit itu tidak disalahgunakan atau dicuri ataupun mengelakkan ugutan murid lain. Jika ibu bapa tidak dapat datang, maka tiada plihan kecuali terpaksa menyerahkan kepada murid itu sendiri.

Jadi mana-mana ibu bapa yang datang mengambil duit, mereka diizinkan untuk menjemput anak mereka pulang awal supaya tidak menyusahkan untuk mereka datang sekali lagi. Ada beberapa situasi yang mencuit hati saya. Bagi ibu bapa yang datang mengambil duit dan menjemput anak mereka, mereka pulang tanpa sebarang masalah. Namun,...

Situasi 1

Usai mengambil duit, seorang bapa meminta untuk membawa anaknya pulang, lalu cikgu meminta beliau mengisi borang dan seterusnya membenarkannya, namun anaknya pula tidak mahu pulang. Puas memujuk, akhirnya si bapa mengalah dan pulang sendirian.

"kenapa tidak mahu pulang?", tanya cikgu selepas si bapa keluar.

"taknak, cikgu. Mak saya kat rumah tu suka membebel. Nak buat tu tak boleh, nak buat ni tak boleh. Nak bercakap pun tak boleh. Boringlah duk rumah", jawabnya.

"kat sekolah pun tak boleh bercakap. Kalau nak duk sini, kena diam", balas cikgu.

"mak saya rotan saya. cikgu tak rotan saya", jawabnya lagi.

Situasi 2

Melihat kawan-kawannya dijemput pulang, seorang pelajar mengikut ayahnya untuk pulang selepas ayahnya mengambil wang RM100.

"hang tak payah balik. duk di sini", arah ayahnya selepas melihat anaknya memikul beg untuk pulang. Si anak patuh, meletak kembali beg dan duduk di kerusi.

"dia kalau balik rumah, duk kacau adik dia. Kalau dia kat sini, senang sikit mak dia nak jaga seorang adiknya. Kalau ada dua-dua kat rumah, kecoh abis", jelas si ayah kepada cikgu.

dalam hati cikgu,"abis tu kalau dua org kat rumah dah kecoh, kat kelas ni 40 orang kita nak panggil apa ye... 40x kecoh?". hehe.

Situasi 3
Seorang bapa datang ke kelas untuk mengambil anaknya.

"cikgu, saya datang nak jemput anak saya pulang", pinta seorang bapa selepas mengetuk pintu.

Saya ke pintu dan bersalaman dengan beliau."anak encik nama apa?", tanya saya.

"Zed zaide (bukan nama sebenar)", jawab beliau. Saya mengerutkan dahi.

"Mana Zed?", tanya saya kepada murid-murid.

"Zed tak datang hari ni, cikgu", jawab mereka beramai-ramai.

Saya berpaling kepada bapa berkenaan. Kelihatan beliau menggaru kepala.

"err..tak apa cikgu. Terima kasih, cikgu. Nanti saya tanya mak dia", ucap si bapa sambil mengeluarkan handphone dan berlalu pergi.

Banyak ragam mereka sebenarnya namun saya rangkumkan ke dalam 3 situasi ini saja. Kadang-kadang lawak pun ada. Macam-macam jenis manusia kita jumpa. Satu kelas 40 orang, 40 perangai kita jumpa. Kalau 5 kelas, 200 murid. erm...

8 Okt 2011

Intipati bajet 2012

Saya masih bergelut untuk menyiapkan soalan peperiksaan, jadi banyak artikel tersekat di draft, untuk sementara waktu, layanlah bajet ini dulu =). Kalau nak pandangan, boleh dilontarkan di ruangan komen, mungkin dibincangkn. Saya tidak sempat untuk mengulasnya.


INTIPATI BAJET 2012
azlanJumlah bajet - RM232.8 bilion
Perbelanjaan Operasi - RM181.6 bilion
Perbelanjaan Pembangunan - RM51.2 bilion

  • Tahun lalu, perkembangan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia paling kukuh di Asia bagi enam bulan pertama tahun ini dan mencecah RM21.2 bilion.
  • Kerajaan menjangkakan pertumbuhan ekonomi terus mantap antara 5 dan 5.5 peratus bagi tahun ini. Pertumbuhan bagi 2012 dijangkakan antara 5 dan 6 peratus, meskipun ekonomi global diramalkan perlahan.
  • Defisit bajet buat kali ke-15 akan diturunkan kepada 4.7 peratus daripada GDP 2012.
  • Ini lebih kecil daripada 5.4% bagi  2011. Defisit berjaya dikurangkan daripada 7.4 peratus pada  2009 kepada 5.6 peratus pada  2010.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails