Dulu saya pernah menceritakan kisah
saya dan buku, oleh kerana entri kali ini juga tentang buku, saya sambungkan saja kerana kisah ini lebih kurang sama dengan yang lalu, cuma tempat dan keadaan saja yang berbeza.

Akhirnya saya sedar, sikap membeli buku ini semakin sukar saya bendung. Lihat saja sewaktu, Karnival Buku Pulau Pinang yang lepas, pembelian buku sehingga memaksa penjual memberi diskaun sehingga lebih 20% untuk mencukupkan duit yang saya bawa. Nyata sekali trick untuk tidak membawa duit dalam jumlah yang banyak tidak menjadi sepenuhnya kerana ada saja buku yang mahu dibeli. hampir sepuluh buah buku berjaya di bawa pulang dari Karnival tersebut sehingga berjaya memenangi hadiah cabutan bertuah. Untuk mendapatkan sekeping kupon cabutan bertuah, harus membeli RM 30, kalau dah sebanyak tu buku yang dibeli, dapatlah banyak kupon dan kalau dah banyak kupon mestilah peluang untuk memenangi cabutan itu tinggi.
Apabila melihat kepada buku yang banyak ini, saya terfikir untuk memanfaatkannya kepada orang lain juga. sayang juga jika buku ini dibiarkan untuk bacaan saya sendiri saja. Saya bercadang untuk membuka mini perpustakaan apabila memiliki rumah sendiri nanti dan memberi peluang kepada sahabat-sahabat dan saudara-mara untuk memanfaatkannya dengan membaca di sana atau meminjamnya. Walaupun jumlah buku tidaklah sebanyak Perpustakaan Awam, namun saya berharap agar perancangan saya ini dapat dilaksanakan.
Bermula sekarang, saya bercadang untuk cuba menghabiskan sekurang-kurangnya RM100 sebulan untuk buku samada fikrah atau mana-mana buku yang boleh diambil manfaat darinya. Saya juga berharap agar pendamping hidup yang akan saya temui nanti adalah pencinta buku juga supaya buku-buku ini dapat dimanfaatkan oleh beliau juga. Seronok sebenarnya berkawan dengan buku.
Untuk mengelakkan saya berbelanja sesuka hati di kedia buku, saya telah mengambil inisiatif untuk menyertai STORMREADERS. Walaupun tindakan saya ini agak berbahaya kerana pembelian akan menjadi semakin tidak terkawal kerana bayaran adalah secara online dari bank, namun saya rasa ianya lebih mudah dari membelinya di kedai buku. Moga perancangan untuk membuka mini perpustakaan akan berjaya, walaupun bukan kepada umum, sekurang-kurangnya untuk diri sendiri dan keluarga.
Walaupun sudah memiliki akuan STORMREADERS, namun rupanya sukar untuk mengelak dari membeli buku. Susunan buku di kedai buku sangat menggoda. Terbaru sewaktu ke Syarikat Jaafar Rawas semalam, saya terbeli 3 buah buku lagi. Mujur juga jumlahnya tidak besar. Insha Allah saya cuba kongsikan sedikit sinopsis tentang buku yang dibeli ini pada post akan datang. INshaAllah.