Buku 1
TRAVELOG HIDAYAH: Aku, Isabella dan Tok Kenali karya Bob Lokman dan Riduan Mohamad Nor

Lahir di dalam keluarga ulama besar seperti Tok Kenali tidak menjamin tumpahnya kealiman dan kewarakan kepada seseorang itu kerana iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa. ia tak dapat dijual beli, ia tiada ditepian pantai. walau apa pun caranya juga, engkau mendaki gunung yang tinggi, engkau merentas lautan api, namun tak dapat jua dimiliki jika tidak kembali pada ALlah.
Bob akhirnya menyapa hidayah Allah setelah lama lemas di dalam gelombang dunia artis yang mengandungi seribu sihir yang memukau. Saya cukup kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh hamba Allah yang berumur 47 tahun ini. Penghijrahan beliau disusuli dengan iltizam untuk terus berada di jalan dakwah bagi mempopularkan Allah sebagai Tuhan serta Islam sebagai cara hidup yang sejahtera.
Kata Bob " ...Aku bertekad dan memejam mata daripada tembus memandang pesona dunia serta kemilaunya di mana aku sebelum ini pernah meraih pendapatan RM30 000 sebulan. Aku telah membuang pakaian kemegahanku dan menghantarkan ke tempat lain. Kini aku hidup dengan beberapa helai baju yang aku pakai secara bergilir. Teman aku perlukan doa kalian yang berterusan. Titiplah doa moga Allah meletakkan tapak kakiku terus istiqamah di atas jalan dakwah ini...".
Beliau memberikan sekurang-kurangnya 3 sebab penting penghijrahan ini iaitu ;-
1. Pembukaan akal yang dialami semasa beliau jatuh sakit.
2. Kepertian hidup berkeluarga yang goyah akibat keruntuhan tahap kesihatan dan kewangannya.
3. Kematian mengejut rakan karib.
InshaALlah, moga ada manfaat bagi sesiapa yang membacanya. Harga asal buku ini RM16 dan biasanya lebih murah.
Apabila hidayah Allah menyapa, tiada sesiapa yang dapat menghalangnya. begitu juga dengan Sham Kamikaze yang mana kehidupan mereka selepas berhijrah jauh lebih baik dari kita. Tidak dilupa kepada kakanda Wardina Safiyya yang tidak jemu berkongsi ilmu. Moga hidayah Allah sentiasa bersama kita dan mereka juga. Ameen.
8 ulasan:
sebaknya baca quote tu...kena dapatkan jugak...
jemput ke blog saya
http://qurratulain-pagaremas.blogspot.com/2011/10/nak-berubahdari-mana-nak-mula.html
semoga mereka dan kita serta sahabat2 semua terus istiqomah dan lebih baik dari sehari ke sehari.. ameeeeennn..
~Cikgu Ma~
InshaAllah, dapatkan dan bacalah. terima kasih juga atas jemputan. Tulisan itu bagus dan banyak manfaat.
~LadyBird~
Ameen. terima kasih atas doanya.
salam...
saya tertarik dengan buku tersebut. Apa dan siapa sebenarnya Isabella yang dimaksudkan oleh penulis? -lin-
~Tanpa Nama~
wsalam, lin.
daptkan buku ini. InshaALlah berbaloi dengan harganya.
Isabella adalah nama lagu yg dinyanyikan oleh kumpulan rock Search yang popular dulu. Liriknya ditulis oleh Bob Lokman.
Bob Lokman dulu bkn seorang pelakon, tetapi penulis lirik dan pengurus terkenal. Beliau pernah mengurus kumpulan rock Wings dan M.Nasir.
Cuma sebelum bersara dari dunia seni, beliau lebih dikenali sebagai pelakon dan pelawak.
assalamualaikum...
insya Allah buku yang menarik. Ambo pon telah memilikinya. alhamdulillah bermanafaat utk kita yg senantiasa alpha pada keduniaan yg sementara ini. jgn jd spt kacang lupakan kulit. jdlah kulit yg berjasa yg menjadi kraftangan..he3
*tahniah buat abang bob lokman yg menyedari Islam itu Indah..(",)
~MUHAMMAD SUKRI SUPI~
Waalaikumussalam.
Yup, buku ni banyak pengajaran. huh, kulit yang menjadi kraftangan ni bagus juga. Boleh buat hiasan.
Moga hidayah Allah sentiasa bersama kita. Amin..
Catat Ulasan