BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


10 Okt 2011

Tips Perkahwinan bahagia


TIP PERKAHWINAN


1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.



6 ulasan:

MUHAMMAD SUKRI SUPI berkata...

assalamualaikum...

perkongsian yg bermanafaat untuk semua..insya Allah

*tuan blog bilo nok walimah..tnda2 dh napok benar doh nie..(",)

Al - Mu'allim berkata...

~MUHAMMAD SUKRI SUPI~

Waalaikumussalam.

Alhamdulillah. Moga kita dapat ambik pengajaran.

Napok tando ko?hehe. Ajatnyo taung depe doh, tapi gak calon xdop agi. Loni tengoh koho-koho duk cari.

Meme sesuai bena doh tips ni ko kawe. demo setal doh ko? Rasanya kita ni buleh jadi saing di alam nyata nih.

fatim M berkata...

perkongsian yang bermakna..semoga bertemu dgn jawapan dalam istikharah..

mujahidah muslehah berkata...

salam..
tips yang menarik..insya Allah bakal dipraktikkan suatu hari nanti.. :)

Al - Mu'allim berkata...

~fatim M~

Ameen. InshaAllah

Al - Mu'allim berkata...

~mujahidah muslehah~

Wsalam. INshaAllah. Praktikkan dari sekarang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails