BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


16 Okt 2011

Jatuh thiqah

Alhamdulillah. Akhirnya dapat juga meluangkan masa menulis di sini selepas selesai fasa sibuk iaitu menyediakan soalan exam dan berkursus selama seminggu. Huh, sangat boring kursus yang lama itu, mujurlah silibus dah habis dan sempat membuat ulangkaji. Sekarang ni tunggu masa untuk menanda kertas dan mengisi markah ke dalam sistem SAPs.

Banyak kejadian aneh berlaku sepanjang tempoh ini, tetapi biarlah dulu kerana masih mencari kekuatan untuk menulis di sini. Sungguh, kadangkala rasa tidak sanggup menulis kisah itu kerana ianya di luar batasan pemikiran saya tetapi inilah zaman serba moden yang serba canggih ini. Tidak mahu membebankan blog dengan kisah-kisah berat, saya masukkan entry yang santai2 saja dulul.

Jatuh Thiqah?
Pernah dengar tak term ni? Lama dah saya tak dengar kalimah ini. Dulu-dulu, sewaktu di kampus kerap juga mendengarnya. Kadang-kadang bila teringat pengalaman di kampus, rasa nak tergelak je. Muslimin dan muslimat masing-masing nak jaga supaya tak jatuh thiqah. Erm, kadang-kadang jatuh thiqah ni berlaku pada hal yang tak patut.

Contohnya muslimat tak thiqah pada muslimin yang naik motor RxZ. Erm, sb orang yang naik motor spesis tu macam mat rempit. tak faham betul.

Ada juga muslimat yang tak thiqah pada muslimin yang pakai seluar jeans. Salah ke sebenarnya lelaki pakai jeans? Kalau perempuan tu, logik juga sebab jeans akan membungkus aurat mereka. Walaupun saya tidak suka memakai jeans, bahkan tiada sehelai pun dalam simpanan saya, namun saya tidak bermasalah dengan sahabat-sahabat yang memakai jeans. Cuma, kalau nampak muslimat memakainya, timbul rasa pelik. huhu.

Jatuh thiqah

Minggu lepas pelajar ngaji datang rumah usai beliau solat maghrib. huh. siap berjubah lagi dan dia datang untuk minta tunjuk ajar bahasa arab sebab nak exam. Sepatutnya beliau datang petang untuk mengaji, tetapi beliau SMS tak jadi datang balik lambat dari sekolah. So, tak jangka dia nak datang malam tu. Kebetulan masa tu saya dan housemate baru pulang ke rumah, so sementara menunggu giliran bilik air, duk lepak2 dekat ruang tamu dan ketika itulah beliau datang.

Dahla xsolat maghrib lagi, belum mandi lagi. Barangkali dia terfikir, 'apela ustaz ni, dah la xg surau, mandi pun belum'. Err...

Memang thiqah ni penting juga untuk kita jaga sebab nanti susah kita nak mengajak orang ke arah kebaikan. Orang akan menilai diri kita sebelum mendengar nasihat yang kita berikan. Sepatutnya jangan lihat siapa yang memberi nasihat, tetapi lihatlah nasihat yang diberikan. Saya cukup tidak suka dengan orang yang bila diberi nasihat, mereka menjawab 'tengokla diri sendiri dulu sebelum nak naishat orang'. Pada saya orang seperti ini adalah orang yang bodoh dan menolak hidayah yang datang kepadanya. InshaAllah saya akan menulis lagi kisah ini dengan panjagn lebar.


Isk, berjanji lagi. Banyaknya janji untuk menulis tidak ditunaikan. Janji di post-post sebelum ni pun xsemuanya ditunaikan, di formspring pun masih tidak ditunaikan, ni tambah lagi janji baru. Sori ek, bukan janji ni, jadi nak minta maaf kalau tidak berkesempatan untuk menulis. Maklumlah, saya bukan blogger sepenuh masa, tetapi cikgu sepenuh masa.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails