BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


26 Okt 2011

BIAR ORANG CINA PIMPIN ISLAM

Buku kedua yang saya beli adalah
Oleh kerana saya belum habis membacanya, maka saya tidak dapat menulis review tentang buku ini. Saya tertarik membaca sinopsis buku karangan Haji Ann Wan Seng yang ditulis dibelakang buku ini, dan untuk mengetahui lebih lanjut tentangnya, lalu saya pun beli.

Masuk Islam bukan bererti 'masuk melayu'. Lantaran stigma yang membelenggu ini, ramai golongan bukan Melayu menolak habis-habisan untuk mendekati Islam. Mereka takut bangsa dan adat resam mereka terpaksa dibuang jauh-jauh lantaran perlu menukar status diri kepada Melayu.

Bangsa Cina sendiri sudah berabad lamanya menetap di Malaysia. Namun begitu, berapa ramai antara mereka yang memeluk Islam? Di mana silapnya?Adakah kita perlu menuding jari menyalahkan pihak lain atau menilai diri sendiri yang sentiasa berpeluk tubuh tanpa ada usaha yang mantap lagi jitu?


Ayuh Muslimin sekalian. Atur langkah ke hadapan bukan menyusun langkah ke belakang. Pasanglah usaha mendekati bukan terus menjauhi. Strategi dakwah perlu disusun rapat-rapat. Jangan ada yang goyah. Mudah-mudahan berbekalkan contoh akhlak yang terbaik dapat memberi kefahaman kepada golongan bukan Islam tentang ajaran Islam yang sebenar.


Antara kupasan menarik dalam buku in:


1. Mengenali asal usul bangsa Cina dengan lebih dekat.
2. faktor mengapa dakwah kepada masyarakat Cina sering kali menemui kegagalan.
3. Mengenali golongan kafir yang wajib dan tidak wajib diperangi.
4. Memahami dengan lebih mendalam sikap. kefahaman agama dan fitrah golongan Cina di Malaysia.
5. Strategi dakwah paling berkesan kepada orang Cina.

Disebaliknya geram dengan telatah segelintir pelajar-pelajar dan ibu bapa berbangsa Cina di sekolah yang sering menimbulkan masalah di sekolah, saya sebenarnya kagum dengan cara mereka terutama dari segi perniagaan mereka. Apa yang saya perhatikan, tiada hasad sesama mereka dalam perniagaan bahkan mereka saling membantu. Persaingan makin memajukan perniagaan mereka. Jika si ayah berniaga kedai kopi, si anak akan membuka restoran dan si cucu akan mempunyai bangunan sendiri. Berbanding dengan bangsa Melayu, buka gerai pisang goreng pun nak berhasad dengki. Bukan menghina bangsa sendiri, namun itulah yang saya lihat.

Jika hari ini kita melihat satu gerai Pisang Goreng yang laris, maka minggu depan berderetlah gerai-gerai yang lain dibuka ditepi gerai tersebut dengan menjual benda yang sama, itu belum masuk ilmu karut marut yang diamalkan bagi menjatuhkan saingan mereka.

Apa yang saya perhatikan, di food court kaum Cina, setiap kedai menjual jenis makanan yang berlainan dan mereka menetapkan satu hari untuk food court itu tutup. Selain hari tutup itu, food court itu sangat meriah kerana banyak kedai yang dibuka dan pelanggan ramai yang datang dan boleh memilih apa yang mereka suka. Berbanding food court Melayu, tiada hari khusus untuk kedai ditutup dan setiap kedai mempunyai hari cuti berbeza. Jadi pelanggan yang datang tidak dapat membuat pilihan menyebabkan tidak nampak kemeriahan dari mata yang memandang dari luar.

Kenapa kedai Melayu tidak dapat hidup di tempat seperti Low yat mahupun Sungei Wang atau Kompleks Pertama? Kerana Cina dapat menjual barangan dengan murah. Salah satu sebabnya kerana kesepakatan mereka. Contoh kedai yang menjual telefon. Kedai A membeli satu brand telefon sahaja dengan kuantiti yang banyak, kemudian kedai B juga membeli satu brand telefon yang lain dari A dengan kuantiti yang banyak. Begitu juga kedai-kedai yang lain. Setelah itu, mereka akan menukar sesama mereka bagi membolehkan sesebuah menjual telefon pelbagai brand. Jadi pembelian telefon brand yang sama dalam kuantiti yang banyak sudah pasti harga yang mereka dapat lebih murah dan seterusnya dapat menjual dengan harga yang murah juga.Bolehkah Melayu berniaga seperti ini?

Sudah pasti tidak semua yang saya ceritakan ini terpakai untuk semua tempat dan keadaan. Ada juga Cina yang sangat menyusahkan dan 'annoying', sudah pasti ada juga Melayu yang hebat, ikhlas dan saling membantu dalam urusan perniagaan. Apa yang saya kongsikan adalah kebanyakan atau yang selalu berlaku dalam masyarakat kita.

Apabila Haji Ann Wang Seng menulis seperti ini, saya melihat ianya sesuatu yang tidak mustahil jika ianya berlaku. Walaupun agak kontroversi tajuknya namun saya rasa ada pengajaran penting yang saya boleh ambil dari buku ini. Bukan saya tidak sayangkan bangsa saya sendiri namun sayang saya kepada bangsa Melayu tidak boleh mengatasi sayang saya kepada Islam.

Ayuh umat, bangkitlah!!!


*saya memohon maaf andai penulisan kali ini melukakan hati terutama peniaga Melayu

**buku ini berharga RM15 dan inshaAllah lebih murah dari itu.

5 ulasan:

CikGu Ma berkata...

setuju dengan pendapat cikgu..orang melayu ramai yg ada hasad dengki terutama dalam perniagaan..ini berlaku dlm keluarga saya sendiri...

Eyda berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Eyda berkata...

Assalamualaikum cikgu,

maaf ......

Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.
Namun bersyukur di lahirkan dalam Islam.

Menarik kupasan buku tersebut.
Realiti memang begitu.

Al - Mu'allim berkata...

~CikGu Ma~

Ya, kerana itu perniagaan kita jarang cemerlang.

Al - Mu'allim berkata...

~Eyda~

Waalaikumussalam, cikgu.

Benar, ada kelebihan dan kekurangan masing-masing namun hanya Islam yang mampu menyelamatkan kita nanti.

Islam is d way of life.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails