Alhamdulillah. Masih diberi kesempatan untuk terus hidup dalam lindungan rahmat dan redha-Nya. Sungguh, manusia itu sering lalai dari mengingai Allah sehinggalah mereka ditimpa ujian dan dugaan yang megembalikan mereka kepada mengingati Allah.
Sejak saya berpindah ke Pulau dari tanah besar hampir 2 bulan lalu, saya dapat rasakan ada perubahan yang kurang baik berlaku pada diri saya. Di sebalik kelas-kelas agama yang saya sertai di Masjid Negeri seperti Kuliyah tafaqquh, kuliah aqidah atau kursus haji, amal-amal lain tidak serancak dulu samada ketika di kampung halaman mahupun di tanah besar bersama keluarga angkat.
Solat jemaah makin kurang lantaran tiadanya surau di penempatan saya. Saya terpaksa bergerak ke penempatan sebelah untuk bersolat jemaah dan makin jarang saya lakukan kerana alasan 'jauh'. Solat malam juga begitu. Jika dulu sewaktu di tanah besar, saya bangun awal kerana perlu mengharungi perjalanan jauh dan sempat mencuri waktu namun sekarang amat jarang sekali. Bangun pun usai waktu subuh kerana merasakan jarak sekolah sudah dekat dan tidak perlu lagi bangun awal.
Sungguh, saya merindui keadaan diri saya dulu namun saya sering kalah dengan godaan iblis. Barangkali Allah merindui saya lalu diberikan cubaan dan dugaan untuk saya kembali hampir kepada-Nya. Saya sedar akan kelalaian dan cuba untuk lebih kuat dan tidak menyalahkan syaitan dan iblis semata-mata.
Di sebalik ujian ini, timbul juga rasa syukur kerana Allah masih menyayangi saya dan saya cuba melihat rahmat di sebalik cubaan dan dugaan ini. Moga masalah yang saya hadapi ini akan berakhir dengan cara yang baik dan hubungan dengan Allah juga akan bertambah baik. InshaAllah.
Manusia ini sering lalai dan memerlukan cubaan dan dugaan untuk mereka kembali kepada Allah. Alangkah bahagianya jika kita dapat melihat rahmat dan kasih sayang Allah di balik musibah yang menimpa kita. Mudah-mudahan kita redha akan ketentuannya. Ameen.

11 ulasan:
Salam wbt..
Mmg kadang kala kita lalai..
Mari terus berjuang.. Mari terus menyemai agar hasilnya lumayan di akhirat kelak..
Segalanya untuk dan kerana Allah..
Salam a'laiyk adk muallim,
Bila kita melihat ujian itu sebagai jalan untuk mendapat keampunan ALLAH, maka hati akan menjadi tenang dan akan lahirlah pengertian kesusahan, kesakitan atau musibah itu sebagai bunga cinta dari ALLAH.
Laluinya dengan penuh kesabaran, ALLAH sentiasa ada bersama.
assalamualaikum
mmg kita seringkali lalai n alpa dgn nikmat yang DIA berikan utk kita.Sungguh Allah MAHA pemurah trhadap hambanya.
semoga kita semua sntiasa kuat dlm menepis godaan n anasir dalam mgutip bekalan menemuiNYA kelak.
ALHAMDULILLAH.
Maaf , kata kesyukuran itu bukan nk mengejek atau memerli akhi tetapi bersyukur
Kerana masih menyedari akan kesilapan dan kekurangan diri.
ALHAMDULILLAH
Kerana , masih tahu akan kedudukan diri di sisi ALLAH
ALHAMDULILLAH
Kerana sentiasa merendah diri di sisi ALLAH
ALHAMDULILLAH
Kerana begitulah hakikat hamba yang selalu Dambakan kasih sayang NYA dan keampunanNYA.
Walau sedikit kesilapan tetapi tetap dirasakan seperti segunung dosa yang dilakukan.
Teringat saya akan kisah Sa’labah
Muhasabah diri. Teramat banyak benar kekurangan diri ini. ALLAH..... lemah sngt iman ni
Wassalam nuraishah.
InshaAllah,sama-sama kita terus berjuang.
~halawah al-iman~
wassalam kak.
Terima kasih atas nasihat akak. Moga kita sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah.
~Noor AzLen BinTi HaRoN~
Waalaikumussalam.
InshaAllah, moga kita sentiasa diberi kekuatan melawan godaan nafsu. Ameen.
~Eyda~
Tidak mengapa.
Benar,
Segala pujian hanya layak untuk Allah. Moga kita sentiasa berada dalam lingkungan kasih sayang Allah.
Terima kasih atas respon ukhti.
la tahzan ya akhi..Allahu yubariku fik :)
~Ad-Dien~
Amen! shukran akhi
la baksa 'alaik
Catat Ulasan