BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


17 Mei 2011

Hadiah paling berharga buat cikgu

Posting kali ini adalah tentang hadiah hari guru dari murid, bukan dari pengumuman TPM yang saya lihat hanya bermanfaat kepada golongan pentadbiran atasan. Sedikit pun saya tidak teruja dengan apa yang diumumkan tetapi biarlah. Malas ingin mengambil tahu lebih, bahkan apabila dikatakan ada berita baik untuk cikgu, saya tidak berharap lebih.

Seperti biasa, apabila hari guru, murid-murid akan memberi hadiah kepada cikgu. Itu normal sejak zaman saya menjadi murid sekolah lagi. Namun menjadi cikgu di sekolah yang majoriti murid adalah Cina dan India amat berbeza sedikit apalagi seminggu sebelum sambutan ini cikgu2 senior di sini berkata "hang jangan mimpi la nk raikan hari guru dengan meriah kt skolah ni. Murid-murid pun tak banyak yang bagi hadiah".

Sebagai guru baru di sekolah itu, saya hanya menelan kata-kata cikgu senior tersebut. Saya tidak kisah sangat tentang hadiah tersebut, tetapi lebih kepada berharap kepada sambutan yang lebih meriah. Saya mula terimbau sambutan hari guru sewaktu saya menjadi murid dulu.

Jumaat lepas, sebelum pulang ke rumah, saya sudah mendapat kad ucapan pelajar kelas saya. waktu itu bahang hari guru di sekolah belum terasa. Bahkan belum ada mana-mana murid memberi hadiah kepada cikgu. Barangkali kad ini dari ibunya kerana saya menyelesaikan masalah pelajar tersebut di dalam kelas. Dan 16 Mei yang lalu, walaupun sekolah belum menyambut perayaan ini, saya disambut oleh beberapa pelajar di pintu masuk pejabat sekolah dengan ucapan hari guru dan hadiah serta kad ucapan. Wah, tak sempat-sempat mereka ini dan seperti siilih berganti ada saya yang datang sehingga saya ke bilik guru.Tika ini, guru-guru lain turut menerima hadiah dari murid.

Kebetulan, waktu pertama pada hari itu adalah kelas saya sendiri. Sebelum usai kelas, saya mengucapkan terima kasih kepada yang memberi hadiah dan menjelaskan bahawa saya tidak mengharapkan hadiah ini dari mereka, cuma kata saya kepada mereka.

HADIAH PALING BERHARGA


"Cikgu harap pada minggu hadapan, kamu semua boleh memberi kepada cikgu hadiah yang istimewa termasuk yang sudah memberi hadiah yang ada ditangan cikgu ini. Boleh ke tak?", tanya saya.

"Bolehhhhh", jawab mereka serentak.

"Semua orang WAJIB beri hadiah ini. Boleh?", tanya saya sekali lagi.

"Bolehhhhh", mereka mengulangi jawapan yang sama.

"Kamu tahu tak apa hadiah istimewa yang cikgu nak ni?", saya ingin memastikan mereka benar-benar tahu maksud saya.

seorang pelajar mengankat tangan dan menjawab,
"Duit". Aduh, sedihnya jawapan.

"duit cikgu dah banyak dah", kata saya.

"Motor", jawab seorang lagi pelajar. "cikgu dah ada motor", balas saya.

"Kereta", teka seorang lagi. "cikgu boleh beli sendiri kalau cikgu nak", jawab saya.

"Kapal terbang", tingkah seorang lagi. "kereta lumba", "kereta kontrol", "kereta mainan" dan macam2 jawapan yang tak masuk akal oleh mereka. Semuanya dijawab dengan gelengan kepala oleh saya.

"aduh, makin mengarut lak", detik hati saya.

"Baiklah, biar cikgu bagitau apakah hadiah yang cikgu nak itu.", saya meredakan keadaan yang bising itu.

Kelas diam seketika. Masing-masing menunggu jawapan dari saya.

"Minggu depan kamu semua akan menempuh peperiksaan pertengahan tahun. Jadi cikgu nak kamu semua berikan A's kepada 2 subjek yang cikgu ajar kamu ini. Boleh tak?", terang saya.

"Boleh", jawab mereka lemah. Itu pun tidak semua.

"Boleh ke tak ni?", ulangi saya.

"Bolehhhhhh", jawab mereka.

"Salah satu soalan, satu rotan. Boleh", cabar saya. hehe.


"tak nak cikgu. taknak".haha. KOnfirm la mereka taknak.

Usai kelas, saya balik ke bilik guru dan melihat satu hidangan Breakfast McD yang diberikan oleh seorang pelajar kelas lain. Huhu, rasanya dan bertahun tidak membeli di McD kerana kempen boikot dulu.

Itulah asam garam kehidupan saya pada 16 Mei yang lalu. sambutan hari guru peringkat sekolah akan diadakan pada 20 Mei. InshaAllah rentetan peristiwa pada hari tersebut akan saya nukilkan di sini nanti.

Saya suka jadi cikgu.

6 ulasan:

SHM berkata...

seronok tgk anak - anak kecil gembira . tapi klu nak kena beri hadiah A , mmg susah sikit la cikgu :D

NooR AzLen BinTi HaRoN berkata...

assalamualaikum


selamat hari GURU buat cikgu.

Eyda berkata...

Assalamua'laikum,

Benar,

Hadiah bukanlah yang diinginkan
Tapi kadang-kadang hadiah memberi erti kepada guru dan yang memberi.

Betapa setiap kali hari guru
Pelajar-pelajar memberi hadiah
menandakan mereka berterima kasih
pada gurunya atau memang mereka menyukai guru.

Walaupun apa persepsi kita tntang hadiah namun ia amat bernilai bagi saya.

Di antaranya hanya sebungkus tisu bernilai 50 sen.
Dibungkus dengan kertas bunga , rapi dan bereben.

Amat terharu kerana tahu pemberian ikhlas dari 'pelajar' itu.
Memang amat sedeh dan terharu.
Dalam sukar ia mahu juga memberi.
Terima kasih , terima kasih, terima kasih

Untuk Mu'alim maaf kerana terlambat untuk
mengucapkan SELAMAT HARI GURU.

Al - Mu'allim berkata...

~akhi SHM~

Aah, memang susah, tetapi itulah hadiah berharga buat seorang cikgu. namun kejayaan mereka bukan hanya dilihat pada kejayaan exam tetapi akhlak juga.

Al - Mu'allim berkata...

NooR AzLen BinTi HaRoN

waalaikumussalam.

Terima kasih atas ucapannya.

Al - Mu'allim berkata...

~Eyda~

Waalaikumussalam.

Terima kasih atas ucapannya. Benar, cikgu tidak menilaikan harga hadiah yang diberikan, bahkan, setiap hadiah itu sangat berharga walaupun murah.

ada juga murid yang tidak mampu memberi kad ucapan seperti murid lain tetapi berusaha memberikan juga dengan membuat sendiri.

Ada yang sekadar membalut sebatang pen dengan kertas dan memberikan dengan penuh ikhlas.

Sebagaimana kita terharu dengan pemberian mereka, mereka juga bangga jika cikgu menggunakan hadiah yang mereka berikan.

Ketika sedang menanda buku, seorang murid melihat pen yang saya gunakan dan bertanya dengan penuh teruja, "ni pen yang saya hadiahkan pada cikgu kan?"

saya hanya mampu tersenyum kerana bukan hanya dia yang memberikan pen dan saya tidak pasti pen yang saya gunakan itu adalah pemberian siapa. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails