Bismillah.
Selamat hari guru diucapkan kepada semua guru-guru di dunia ini terutama buat cikgu-cikgu yang telah mengajar saya bermula dari ibu bapa yang merupakan cikgu dari kecil, cikgu al-quran, cikgu sekolah rendah, cikgu sekolah menengah, cikgu matrikulasi, cikgu di Uni Malaya, cikgu di IPG, dan cikgu-cikgu aliran tidak formal.
Moga cikgu-cikgu sentiasa dalam lindungan dan redha Ilahi. Jasa dan ilmu yang cikgu curahkan pasti akan terus mengalir hingga ke akhirat. Sempena hari cikgu ini, saya dedikasikan lagu ini buat semua cikgu.
Lagu ini diajar kepada saya sejak bangku sekolah rendah dan kini saya perturunkan kepada murid-murid saya yang kebanyakan mereka adalah berbangsa cina dan india. Ternyata mereka sangat menyukai lagu ini dan sedikit sebak bila mereka menyanyi lagu ini semasa di dalam kelas tadi. =) Untuk menangis, jauh sekali kerana mana mungkin saya menangis di hadapan murid. =D
10 ulasan:
selamat hari guru kpd cikgu juga . semoga Allah sentiasa meredhai pekerjaan yg kita buat .
Assalamu'alaikum..
Selamat Hari Guru adk muallim..dan tidak lupa juga sahabat2 lain yang bergelar seorang guru, Selamat Hari Guru diucapkan pada semua, Semoga ilmu yang dicurahkan menjadi saham diakhirat sane. Ameen, Insya ALLAH.
selamat hari guru juga buat cikgu, semoga menjadi guru yg cemerlang dan disayangi
Assalamualaikum wbt
Selamat Hari Guru semoga dapat mencapai gelaran `Pendeta Guru`. Apa yang penting dapatkan pengalaman bermula dari bawah setapak demi setapak dengan jalan yang jujur, InsyaAllah ....
assalamualaikum
selamat HARI GURU buat cikgu.
Amin... terima kasih SHM
waalaikumussalam kak humaira.
ameen. Moga ilmu yang diajar menjadi bekal di akhirat nanti. InshaAllah.
terima kasih atas doanya, kak.
terima kasih kak yati. terima kasih atas doanya. Ameen
waalaikumussalam tajnur.
InshaAllah. terima kasih atas ingatan.
Waalaikumussalam, Noor Azlen.
Terima kasih atas ucapannya.
Catat Ulasan