BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


22 Apr 2011

Soalan Kuiz : Homework buat cikgu!

Saya kini cuba mencari masa untuk sentiasa menuntut ilmu seperti saranan seorang Ustaz kepada saya. Banyakkan masa menuntut ilmu supaya kita dijemput Allah nanti dalam keadaan kita sedang menuntut Ilmu. Alhamdulillah, saya berkesempatan mengikuti kuliah aqidah anjuran Masjid Negeri Pulau Pinang yang diadakan setiap hari khamis bermula jam 6.00ptg hingga 10.30mlm di Dewan Syarahan MNPP selama 8 minggu.

Kitab yang digunakan adalah faridatul faraid dan matan sanusiah yang disampaikan oleh Ustaz Rosli dan Ust Fuad. Malam tadi mula menadah kitab Matan Sanusiah selepas 2 minggu menelaah kita Faraidul Faraid. Kelas bermula jam 6 dan berakhir ketika azan maghrib berkumandang. Usai solat maghrib, bacaan yaasin di dewan tersebut diikuti makan malam dan kelas kembali bermula usai solat Isya. Sangat selesa dengan pendekataan yang dibawa. Sepatutnya malam tadi masih menggunakan kitab Faridatul faraid namun kerana Ust Rosli tidak dapat hadir, diawalkan kitab Matan sanusiah.

Ikutkan hati, malam tadi saya ingin bersolat maghrib di Dewan al-Qayyim berimamkan Asyeikh Abd rahman Sudais namun terpaksa memilih antara dua. Moga Allah memberi kesempatan untuk saya bersua muka dengan Imam Besar Masjidil Haram itu suatu ketika nanti. Ameen.

Sebelum berakhir kelas, ustaz Rosli sempat menitipkan homework kepada kami. Mungkin senang bagi sahabat-sahabat namun sungguh saya tidak pernah terfikir tentang soalan ini.

1. Kita tahu syurga memang sudah tersedia ada sekarang. (Dalil : Adam AS diturunkan kebumi dari syurga). Apabila ditiupkan sangkakala, semua makhluk akan binasa dan mati. apakah syurga neraka turut hancur? atau apakah ada beberapa makhluk yang tidak dimusnahkan dengan tiupan sangkakala ini?

2. Salah satu sifat 20 adalah Baqa' iaitu kekal. Allah bersikap baqa' iaitu tiada kesudahan. itu adalah sifat Allah yang wajib kita tahu dan imani. Usai dihisab di akhirat nanti, tempat kita adalah syurga atau neraka dan akan hidup selamanya di sana. Apakah kita juga baqa'? Begitu juga syurga yang tidak akan musnah, apakah syurga juga baqa'?

Jika ada sahabat-sahabat yang tahu dan sudi berkongsi ilmu, bolehlah menulis di ruangan komen. Alhamdulillah, gambaran jawapan untuk kedua soalan ini sudah saya perolehi.

6 ulasan:

NooR AzLen BinTi HaRoN berkata...

assalamualaikum..

sukar juga soalan trsebut bg saya.

harap nnt cikgu sudi kongsi2kan jwpn akn prsoalan trsebut di blog ini.

SHM berkata...

kedua-dua soalan tak mampu sy jwb..sugguh cetek ilmu ddada..

BaiTiL a'tiQa berkata...

Kita semua makhluk - makhluk adalah dicipta sedang Allah itu tidak dicipta, mana mungkin yang dicipta itu baqo'. Dahulu tidak ada. Setelah dicipta baru ada. Begitulah juga dengan syurga & neraka.

Baqa' adalah sifat wajib bagi Alah sahaja. tidak agi selainNYA. Daripada dahulu sehingga sekarang milikNYA sahaja. Apabila berlaku qiamah, semuanya akan fanak, yang tinggal baki hanyalah Allah s.w.t.

Oleh itu, tanyakan apa itu syurga? neraka, arash, manusia, tulang pinggul, bhs tlg sulbi, siapa yang mencita?

Pasti dan pasti jawapannya Allah s.w.t. Dahulu syurga & lain - lain ada? Tidak. Oleh itu, Allah adalah selama - lamanya ada. SEDIA ADA.

Tambahan,
Makhluk2 seperti syurga tidak ada sifat baqo' secara mutlak. Allah adalah baqo' secara mutlak. Serta benda ang akan kekal mengikut kehendak Alah ada 8. Barulah akan kekal setelah dikekalkan oleh PENGEKAL yang mutlak.

Selain,
Allah juga tidak terikat dengan perkara ini, bila - bila masa sahaja DIA boleh hapuskan 8 benda ini seperti syurga, neraka, aras Allah, tulang pinggul manusia & 4 lagi.

Tidak lupa,
8 benda ini juga terdapat perselisihan ulama'.

Allahuakhbar!!!! Allah menciptakan, Allah mematikan, Allahlah yang mengadakan & mengtiadakan.


Insyaallah.
"Hidup tanpa perjuangan ibarat hidup dalam keaiban"

Pemerhati Dunia berkata...

Salam, cikgu.

Saya pernah dengar ada yang berselisih pendapat tentang perkara ini.

Buku yang pernah saya baca menceritakan semua makhluk akan binasa bila tiba hari kiamat dan yang terakhir adalah malaikat yang meniup sangkakala. Jadi, mungkin syurga dan neraka juga akan binasa.

Tapi, kakak saudara saya yang belajar ilmu tasawuf bagitau syurga, neraka yang terletak di dunia juga akan binasa bila tiba hari kiamat.

Kalau salah tolong betulkan ye. Dan kongsikanlah di dalam blog apa yang ustaz itu beritahu nanti.

Abu Muhammad Al-Mujahid berkata...

salam. sedikit penambahan daripada baitul atiqa'. Allah adalah bersifat dengan sifat baqa', begitu juga seperti manusia, syurga, neraka dan sebagainya (8 perkara yg disebutkan oleh baitul atiqa'). Bezanya adalah sifat baqa' bagi Allah adalah baqa' hakiki. Dan sifat baqa' pada makhluk adalah baqa' majazi.
Baqa' hakiki iaitu kekal Allah swt itu tanpa ada pergantungan dengan yang lain. Baqa' majazi iaitu kekalnya makhluk itu bergantungan dengan sesuatu iaitu Allah swt. Sekadar berkongsi ilmu~

Jemputlah ke blog ana. www.maulidhabib.blogspot.com

Al - Mu'allim berkata...

salam 'alaik

Terima kasih atas komentar berharga dari sahabat-sahabat. Maaf agak lama saya respon kepada komentar ini.

Terima kasih juga buat ukhti baitil 'atiQ dan akhi Abu Muhammad atas perkongsian.

Syurga dan neraka juga termasuk dalam sifat wajib kudrah Allah (ta'alluq Qobdoh).

Jika ADA KEPERLUAN, saya akan jelaskan pada artikel akan datang. Namun ianya hanyalah fardhu kifayah untuk mengetahui secara mendalam tentangnya kerana ianya adalah huraian bagi sifat kudrah.

Wallahu a'lam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails