BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


21 Dis 2011

Apabila harga baju 1 dirham sehelai

Alhamdulillah, jumaat  lepas saya berkesempatan mengikuti kuliah dhuha di Medan Ilmu selepas tidak sempat untuk pergi pada minggu sebelumnya kerana masih di Bandung. Sesampai di sana, saya terlihat sehelai baju yang menarik perhatian saya. Namun kerana kuliah sudah bermula, saya tinggalkan dulu baju tersebut bagi mengambil kesempatan mendengar kuliah.

Kuliah diadakan dua sesi oleh 2 pengkuliah.
Sesi 1 : jam 8.30-9.30 pagi, pengkuliah tidak tetap dan selalu bertukar setiap minggu.

Sesi 2 : jam 9.30-10.30 pagi, kuliah tafsir oleh Tok Guru MB Kelate.

Oleh kerana kesihatan tok guru tidak mengizinkan, maka pengkuliah 1, Ust Mohd Amar mengambil alih sesi tok guru menjadikan kuliah beliau pada pagi itu 2 jam.

Saya tidak bercadang untuk berkongsi isi kandungan kuliah kali ini, namun jika berminat boleh menonton kembali rakaman di Kelantan TV. Untuk pengetahuan sahabat, kuliah dhuha boleh ditonton secara live di web tersebut. Namun, saya tidak menggalakkan pengguna broadband menontonnya kerana pasti melibatkan bandwith yang besar. Namun terpulang kepada sahabat2. Bagi pengguna seperti stremyx, amatlah dialu-alukan.

Usai kuliah, saya kembali ke gerai tersebut dan baju yang dijual semakin sedikit.

Lalu saya bertanya, "bang, brapo rial selai ni?".

"bukan rial, harganya 1 dirham", jawabnya.

"ha, 1 dirham?", padahal dah jelas dah, tp tanya lagi. memang tabiat pelik saya kot. hehe. Teringat ada beberapa dirham di rumah, namun tak pula saya bawa.

"ye, 1 dirham saja. Kalau takde dirham, boleh tukar dgn kami" ulang beliau.

Lalu saya menukar 1 dirham Kelantan dengan RM 25. Kemudian membeli baju tersebut dengan wang 1 dirham tersebut.
Inilah rupa design baju yang menarik minat saya
Entah mengapa, rasa sangat gembira dan seronok berurus niaga dengan wang dirham ini kali pertama ini. Saya berharap agar suatu hari nanti dapat berurus niaga menggunakan dinar pula. Pada hari tersebut, 1 dinar emas = RM 771. Penurunan harga dinar menyebabkan hati saya meronta-ronta untuk menambah koleksi sedia ada, namun memikirkan gaji ketika itu belum masuk, saya terpaksa memujuk hati supaya bersabar.

Apabila gaji + bonus masuk 19hb yang lepas, tanpa berlengah saya terus mendapatkan dinar walaupun harga ketika itu sudah naik kepada RM 777. Lepas beli beberapa keping, baru sedar perbelanjaan bulan ini sepatutnya dikawal kerana laptop perlu dirawat dan beberapa perkara lain yang perlu diberi perhatian. Hasil pengiraan kasar selepas tolak perbelanjaan sewa rumah, takaful, saguhati buat ayahanda dan bonda yang dilebihkan kerana sebulan menghabiskan beras di rumah dan belanja untuk adik-adik, saya hanya tinggal RM 7++ untuk belanja sehingga gaji bulan hadapan. Itu belum ditolak perbelanjaan untuk ke KL bagi sambutan Tahun Baru kerana tahun ini berkira-kira untuk menyambung kembali tugas yang lama ditinggalkan dulu.Moga ada rezeki dari langit.

(utk makluman : Hari ini, 21/12/2011 harga dinar Kelantan meningkat kepada RM 791)

Apapun, sekurang-kurangnya saya sudah tidak perlu memikirkan lagi tentang perbelanjaan azam 1 ini. Rasanya sudah cukup dinar yang dikumpulkan untuk dijadikan maharnya nanti. Mudah-mudahan keluarga bonda kepada anakanda saya nanti sudi menerima dalam bentuk dinar ini walaupun berlainan dengan kebiasaan.

Untuk sahabat-sahabat, saya mencadangkan supaya ambil sebahagian simpanan sahabat-sahabat dan tukarkan kepada emas. Biar kita simpan dalam bentuk emas supaya tidak berlaku susut nilai. Seekor kambing pada hari ini tidak sama nilainya dengan seekor kambing pada 10 tahun yang lepas jika dinilai dalam bentuk wang kertas kerana nilai wang itu telah susut, tetapi seekor kambing pada hari ini sama nilainya hatta dengan zaman Nabi SAW. Jika dulu 1 dinar boleh membeli seekor kambing, dengan dinar itu jugalah boleh dibeli kambing pada hari ini.

Lepas ni nak kumpul perak la pula. Dengan gaji seorang cikgu biasa, tak mampu nak beli dinar selalu. Untuk makluman sahabat-sahabat, jika dinar dan dirham kelantan, harga semasa boleh dirujuk di sini.

Jom guna dinar dan dirham!!!

16 ulasan:

NooR AzLen BinTi HaRoN berkata...

assalammualaikum

di kelantan sekarang memang berurusniaga dengan dinar dan dirham??

pernah juga mendengar sebelum ini tentang perkara ini..ada kemungkinan kedah akan menjadi negeri kedua d malaysia menggunakan dinar dan dirham..ini perkongsian yang ana perolehi dalam seminar dinar yang dihadiri d kampus sebelum ini

alFarafisyah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
alFarafisyah berkata...

Jazakallah khairan atas perkongsian.

Berhasrat juga untuk mengumpul dinar, insyaAllah bila dah dapat pendapatan tetap.

Sekadar perkongsian, harga emas selalunya bertentangan dengan mata wang dolar. Kalau harga emas naik, mata wang dolar akan jatuh. Begitulah sebaliknya (kalau org Matematik kata berkadar songsang ^^)

Dan sebenarnya, US dan Israel sekarang dlm perancangan untuk menggunakan dinar, dengar kata mereka dalam usaha mencari emas di negara orang.

Oleh sebab itulah, Syeikh Imran Hosein menyarankan agar rakyat Indonesia (semasa memberikan ceramah di Indonesia) menggunakan dinar sekarang sebelum US dan Israel menggunakannya suatu hari nanti. Untuk maklumat lebih lengkap mungkin boleh ke EraMuslim, baca analisa mengenai hal ini.

Wallahua'lam

MUHAMMAD SUKRI SUPI berkata...

Assalamualaikum...

Erm...maharnya dh ada, tgl saja orgnya pula...xlama doh tu..he3..set molek tarikh tu, biar ambo bleh g kt walimah syeikh..

jeles nie, ambo xsempat lg merasa jual beli nge dirham or dinar nie..tp alhamdulillah, ado lh skeping duo dirham dale simpanan..dinar jah bru otw cr..(",)

*bleh syeikh syorkn mano ambo bleh dptkn dinar n dirham klate nie (",)

Muslimah Optimis berkata...

kawan ada maklumkan berkenaan dinar ni.. berhasarat untuk membeli emas juga nanti. :-) terima kasih atas pautan yang disediakan

Muslimah Optimis berkata...

kawan ada maklumkan berkenaan dinar ni.. berhasarat untuk membeli emas juga nanti. :-) terima kasih atas pautan yang disediakan

RuMaH TuA berkata...

Belum pernah berurus niaga dalam dinar dirham... (^-^)y Ada rezeki, insyaallah...

"Lebih mengharap dinar disana yang abadi"

Eyda berkata...

Assalamualaikum.

Teringin jugakla nak dapatkan satu. InsyaALLAH kalau ada rezeki.

Al - Mu'allim berkata...

~NooR AzLen BinTi HaRoN~

Waalaikumussalam.

Tidak semua kedai berurus niaga menggunakan dinar/dirham namun semakin banyak kedai yang muamalatnya menggunakan dinar/dirham.

INshaALlah, lepas ni enti boleh lah kumpul dinar/dirham

Al - Mu'allim berkata...

~alFarafisyah~

Afwan jiddan.

InshaAllah, lepas ni ukhti juga boleh mngumpulkannya.

Sebenarnya sudah lama US menyimpan emas dan emas mereka sudah bertambah. Bahkan mereka membeli simpanan rizab emas kita menggunakan dollar ketika kita mengikat matawang kita dengan dollar US. Ketika itu mereka mengatakan percetakan duit US bersandarkan berat emas, namun hakikatnya dalam diam-diam, mereka mencetak sesuka hati mereka. Penipuan mereka ini sudah tidak menjadi rahsia lagi.

Al - Mu'allim berkata...

~MUHAMMAD SUKRI SUPI~

Waalaikumussalam.

InshaAllah sheikh. Ambo buat time raya. hehe. tp tula, mitok sheikh doa banyok2 ko ambo supaya de.

Takpo sheikh. koho2. ambo loni nk try kumpul dirham pulok. dinar tokde nk kumpul byk2.

Banyak wakalah yang jual dinar klate ni. Hok ambo beso di Kedai kita, sebelah jaafar rawas tu.

Al - Mu'allim berkata...

~Muslimah Optimis~

Sama-sama.
InshaAllah, moga tercapai hajat ukhti. Simpan emas lebih bernilai dari kertas yang dinilaikan dengan angka.

Al - Mu'allim berkata...

~RuMaH TuA~

InshaAllah, ada rezekinya nanti.

Dinar dunia juga sunnah baginda. Kumpul di sini dulu, moga turut menjadi saham di sana :)

Al - Mu'allim berkata...

~Eyda~

Waalaikumussalam.

InshaAllah, ukhti.
tp jangan dapatkan 1, dapatkan banyak2 :)

MUHAMMAD SUKRI SUPI berkata...

oowwhh..kedai tu ko...jaafar rawas tu tempat wajib kalu dea kelik kg gak, tp xpenoh sapa pulok kedai tu...

Al - Mu'allim berkata...

Keno try singgoh la kalu gtu gak... try tanyo kaba. Baru ni ada sekeping duit perak 10 dirham limited edition, comel jugok...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails