BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


11 Dis 2011

From Bandung with Love

Alhamdulillah.

Penerbangan QZ 7695 dari Bandara Husein Sastranegara, Bandung jam 4.00 petang (5 petang waktu Msia) selamat tiba di LCCT jam 7.00 malam selepas 2 jam berada di udara. Usai menjama'kan solat, kami terus ke KL Sentral menaiki SkyBus dan seterusnya menaiki LRT dan STAR ke Plaza Rakyat dan menyambung perjalanan ke Kuala Perlis.

Saya tinggalkan dulu kisah perjalanan di Langkawi bagi memfokuskan sedikit pengalaman di Kota Bandung. Ini mungkin boleh jadi panduan percutian ke Bandung atau tips bercuti ke Bandung. atau mungkin juga tidak :)

BANDUNG. Ada sebab mengapa kami tidak memilih pakej travel agency. Hanya berbekalkan Rp 3 juta, Kota Bandung kami takluki. Ada beberapa perkara menarik yang mengubah persepsi kami kepada warga Indonesia. Walaupun tidak adil untuk mengulas tentang sesuatu tempat dengan hanya 4 malam 4 hari di sana, tetapi inilah antara hasil yang kami dapat.

Betapa sebelum pergi kami risau dengan situasi kemarahan warga Indonesia kepada Malaysia selepas Timnas Garuda tumpas di kaki Harimau Muda pada Sukan Sea yang lepas, namun di sana kami dilayan dengan baik sekali hatta oleh gelandangan di tepi-tepi jalan. Walhal di bandung itu terkenal dengan Tim sepak bola yang hebat iaitu Persib.

Kota Bandung selamat untuk para backpacker walaupun menjelang tengah malam. Dalam kegelapan malam, kami berdua berjalan dengan aman tanpa diganggu oleh pemain skateboard di bahu jalan mahupun remaja-remaja yang lepak. Membuka peta di khalayak juga tidak menjadi masalah bahkan kami dibantu bila memerlukan. (Kami lebih risau untuk berjalan kaki dari Stesen LRT Pasar Seni ke Plaza Rakyat kerana banyak kes samun di situ. Oleh sebab itu kami menggunakan perkhidmatan Star di Masjid Jamek)

Jalanraya di Bandung sangat sesak dan kelihatan tidak sesuai untuk para pejalan kaki. Namun sesiapa boleh melintas jalan tanpa rasa takut kerana para pemandu mobil atau motor tidak akan melanggar bahkan akan sentiasa alert dengan pejalan kaki yang akan melintas jalan.(Tiba di KL Sentral, saya cuba melintas jalan seperti di Bandung apalagi kereta dilihat agak jauh, namun dilajukan lagi keretanya)

Hon merupakan perkara biasa di Bandung. Ianya seperti sapaan sesama pengguna jalan raya. Sesuatu yang agak pelik  kerana tidak sedikit pun rasa marah atau kedengaran pekikan kemarahan para pengguna jalan raya apabila di hon. Berbeza dengan negara kita. Hon adalah petanda marah atau pengganti laungan "woi, buta ke?!!!". Hon juga kadang kala mengundang perbalahan besar. (pernah berlaku di hadapan mata saya)

Kehidupan rakyat mereka susah di mata saya. Mereka berjualan di mana-mana saja dengan pelbagai cara yang tidak pernah saya terfikir. Lampu Isyarat merah merupakan rezeki bagi mereka. Ada yang bermain gitar menghiburkan para penumpang angkutan atau kereta persendirian (sejujurnya suara mereka lebih sedap dari penyanyi mee segera negara kita), ada yang memakai kostum badut dan menggerakkan kepala atau berjoget di celah-celah kesibukan jalan. Ada yang berjualan kueh, kad isi ulang (top-up), tisu, makanan, air minuman, peta dan pelbagai lagi. Dari orang tua hinggalah bocah yang masih di bangku sekolah rendah tidak kira lelaki atau perempuan. Semuanya kerana uang. Argh, sungguh sulit menceritakan di sini. Namun tidak pernah mereka mengeluh tidak diberikan uang. Diberi diambil, tidak diberi, mereka beralih kepada kenderaan lain. Tidak pernah terdengar ada yang menjerkah atau mengherdik mereka walaupun mereka ada yang menghalang lalu lintas.

Tip merupakan sesuatu yang sangat biasa di Bandung. Anehnya tidak pernah mereka memaksa apalagi meminta tetapi ianya diberi tanpa rasa beban. Di jalanan yang tiada polis, kadang kala terdapat yang sukarela mengawal lalu lintas untuk memudahkan kereta memasuki atau keluar dari simpang yang sibuk. Dibuat secara sukarela walaupun di tengah panas. Diberi tip diambil, tidak diberi diteruskan juga tugasan itu. Saya memerhatikan tindak tanduk mereka dengan rasa pelik. Jalan menjadi lebih lancar.

Oleh kerana pengangkutan utama kami adalah jalan kaki (kadang-kadang naik juga angkutan kota dan sehari menggunakan supir), adakalanya kami tersasar ke perkampungan setinggan di sana (sewaktu berjalan dari Jln Cihampelas- Jln Dago). Jalan yang sempit di celah-celah rumah atau kadang-kadang ada kedai kecil di sana meyebabkan kami tersesat, namun dengan senang hati saja mereka menunjukkan kami jalan keluar. Walaupun agak takut, namun alhamdulillah, mungkin juga berkat dari doa sahabat-sahabat yang tidak putus-putus mendoakan kami.

Sebelum pergi, ada saya terbacakan nasihat supaya tidak menanyakan harga Angkutan Kota dari suatu tempat ke suatu tempat kerana mereka akan 'sembelih' kita, ada juga nasihat supaya apabila ingin berhenti, sebut saja "kiri, pak" dan jika menyebut "stop" atau "berhenti", mereka tidak akan mengendahkannya. Mungkin itu yang dialami oleh mereka tetapi tidak pada kami. Mudah mereka mengesan kita adalah warga Malaysia. Hanya melalui percakapan walaupun saya cuba berbahasa Indonesia. Apabila kami bertanyakan arah tuju kami, mereka memberitahu angkutan yang patut kami naiki jika angkutan mereka tidak melalui jalan tersebut. Apabila sampai, mereka sendiri akan berhenti dan memberitahu kami bahawa telah sampai. Mereka amat menghormati kami sebagai pelancong ke tempat mereka. Jarak yang jauh  kami bayar Rp3000, jika dekat Rp 2000 saja namun banyak kali kami berikan Rp3000 sebagai sedekah :) Jika  memberi not lebih spt Rp10000, mereka akan memberi wang bakinya.

Di mana saja ada yang berjualan cenderahati spt keychain atau baju. Kebiasaanya di tempat makan kesukaan rakyat Malaysia ataupun di depan Factory Outlet. Mereka menawarkan harga yang sangat tinggi berkali ganda dari harga sebenar namun apabila kita tidak mahu membeli, diturunkan harga sehingga kadang kala di luar pemikiran kita. Sejujurnya, ada yang saya beli bukan kerana mahukannya tetapi atas dasar kasihan. Barangkali kota bandung ini tidak sesuai untuk orang lembut hati seperti saya. hehe.

Untuk pusingan pertama, biarlah saya berhenti di sini dahulu. Bukan maksudnya saya ingin menganggungkan negara luar dari negara sendiri namun itulah hakikat yang terjadi. Saya lebih cintakan negara saya dari Bandung, sehingga t-shirt bandung yang mempunyai tulisan 'i love Bandung' tidak mendapat tempat di hati saya walaupun designnya lawa. Namun, tidak salah jika kita belajar sesuatu yang baik dari mereka.

*Semasa memandu di Langkawi, saya cuba bersikap seperti pemandu Bandung. Melihat orang ingin melintas, saya perlahankan kenderaan sehingga kadang kala serba salah pejalan kaki untuk melintas. Barangkali tidak percaya ada yang sanggup memberi jalan kepada mereka. Sungguh, musafir di Bandung banyak mengajar saya erti kehidupan.

** Apa yang saya tulis ini merupakan antara pengalaman saya sendiri di Bandung. Ianya mungkin berlainan dengan apa yang anda baca di tempat lain atau berlainan dengan pengalaman anda sendiri. Justeru, mungkin lain juga pengajaran yang anda dapat. Moga perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua.

Wallahu a'lam

11 ulasan:

alFarafisyah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
alFarafisyah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
alFarafisyah berkata...

Alhamdulillah...begitulah lebih kurang pengalaman ana sewaktu di Jakarta. Kami juga punya pendapat yg sama tentang 'hon Malaysia' dan 'hon Indonesia'. Bagi ana, mereka punya semangat juang yg tinggi, berusaha bersungguh-sungguh tanpa keluh kesah. Kalau akhi melihat 'penjaga-penjaga jalan' bekerja di panas terik, ana pula melihat mereka yg bekerja di kala hujan lebat turun membasagi bumi. Sungguh, kembara ke sana merupakan pengalaman yg sukar dilupakan dan menjadi antara tarbiyah terbaik sepanjang hidup.

NooR AzLen BinTi HaRoN berkata...

assalammualaikum

pengembaraan yg menarik.

byk pgjrn yg boleh diambil iktibar drp nukilan ini.

Terima kasih ats prkongsian.

Eyda berkata...

Assalamualaikum,

Tertarik dengan kisah penjual dan penyanyi jalanan.Apa juga yang mereka lakukan asal mencari rezeki yang halal.
Begitu juga tentang sikap pemandu yang berhemah dan penjaga trafik sukarela.
Rasa ana sikap dan keikhlasan tu yang menjadikan scenario kehidupan lebih menarik.
Apapun apa yang baik tak salah dipaparkan tak kira di bumi manapun kita jelajahi kalau itu memberi pengajaran agar kita bermuhasabah diri.

Harap banyak lagi foto-foto pemandangan menarik dapat dikongsi di sini :) dan Alhamduliilah kerana selamat kembali.

Al - Mu'allim berkata...

~alFarafisyah~

Benar, kunjungan ke sana bukan kunjungan yang sia-sia. Ada sesuatu yang boleh dipelajari.

Terima kasih atas perkongsian pengalaman di Jakarta

Al - Mu'allim berkata...

~NooR AzLen~

Waalaikumussalam.

Sama-sama.

Moga sahabat-sahabat lain juga beroleh manfaat dari penulisan ringkas ini.

Al - Mu'allim berkata...

~Eyda~

Waalaikumussalam.

Saya sendiri terkejut juga melihat cara mereka mencari rezeki. Pelik, kenapa apabila datang ke tempat kita, banyak yang buat hal.

INshaAllah, foto-foto menarik bakal muncul. Kamera ada dengan sahabat ana, semua gambar di dalam kamera tersebut.

Terima kasih atas doanya.

RuMaH TuA berkata...

Assalamualaikum.

Agak terlewat komen.

Hem~~~ Pengalaman saya di sana lain sangat kot. (^-^)y Bolehla Al - Mu'allim ziarah Medan pula, lagi banyak tempat adventure berbanding Bandung.

"Kutip manfaat dari pengalaman yang lain"

Al - Mu'allim berkata...

~RuMaH TuA~

Waalaikumussalam.

belum terlewat lg. Artikel ni sentiasa valid:)

Mungkin ukhti boleh kongsikn sikit apa yg lain tu. Bimbang juga duk cerita yg baik je sedang byk juga yg buruk di sana. Mungkin ada mnafaatnya buat semua utk lebih berhati2.

Medan? erm... boleh dipertimbangkn. apa yg menariknya di sana ye?

Amsyahril Syahril berkata...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails