BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


13 Dis 2011

Usrah di Kota Bandung

Ni cadangan saya buat para aktivis umat, buat para du'at dan juga buat ahli usrah supaya aktiviti usrah dilihat lebih menarik dan santai. Tak kira lah nak panggil Jaulah ke, Rehlah ke, Kelah ke, namakanlah apa saja. Untuk ke Bandung, kos tidak sebesar mana pun lebih-lebih lagi jika dalam kumpulan yang ramai. Mungkin perbelanjaan lebih sikit perlu semasa booking tiket air asia. Namun lebih awal ditempah lebih murah yang didapati. Macam saya sendiri, sepatutnya kos penerbangan pergi-balik RM 75, namun kerana perbincangan kami yang memakan masa seminggu, kos bertambah menjadi RM 150 seorang.

Untuk 4 malam di sana, kami menghabiskan Rp 1 juta untuk hotel. Kami tinggal di 3 hotel berlainan, Ada hotel Rp 250,000 (bilik standard) , ada yang Rp 225,000 dan ada yang Rp 300,000 (bilik deluxe) . Jadi untuk 2 orang, hanya Rp 500,000 sahaja. Jika lebih dari 2 orang, pasti lebih murah. Caranya cari bilik yang lebih besar dan tinggallah lebih ramai dalam satu bilik. (untuk rekod :  Rp 1 juta = +-RM 350). Setiap kami hanya keluarkan RM 175 untuk bilik hotel selama 4 malam di sana.

Untuk kenderaan + supir (pemandu), kami hanya gunakan pada hari pertama. Itupun kerana kami ingin ke Tangkuban Perahu. Tidak pasti samada mahal atau tidak, tetapi  kami hanya menempah Honda Jazz melalui hotel sejam sebelum kami bertolak. Caj yang dikenakan adalah Rp 400,000 selama 12jam (termasuk pemandu dan minyak, tidak termasuk kos masuk ke tempat-tempat yang kami lawati). Jika pergi ramai mungkin boleh menaiki Avanza (Rp450,000) atau Innova (Rp 500,000).

Makanan di sana murah jika kita pergi bukan untuk makan semata-mata. Sarapan pagi sudah disediakan oleh Hotel. Walaupun harga hotel hanya Rp 250,000, itu sudah termasuk buffet untuk sarapan pagi dan pengangkutan percuma dari Airport ke Hotel. Dengan kata lain, kita dijemput di Airport tanpa dikenakan apa-apa bayaran tambahan. Makanan sarapan boleh diminta dihantar ke bilik hotel. Makanan tengahari atau malam, jika ingin berjimat, boleh membawa bekalan roti jagung, atau choc dari Malaysia. Ahli usrah, biasanya sepinggan nasi boleh dimakan hingga 4 - 5 orang.

Mungkin juga boleh melawat beberapa pasentran di Bandung ini. Kami sempat bertanya beberapa pasentran yang terkenal di Kota Bandung ini, namun maaf saya lupa membuat catatan. Boleh juga membandingkan cara hidup di pasentran mereka dengan pondok di tempat kita. Mungkin ada yang menarik boleh diambil dari mereka. Kami sendiri tidak sempat untuk ke mana-mana pasentran di sana.

Shopping. Siapa kata ahli usrah tidak boleh shopping. Alang-alang sudah di sana, apakata luangkan sedikit waktu untuk shopping. Untuk tempat yang murah dan boleh dibuat tawar menawar sehingga 50%, boleh ke Pasar Baru. Saya tidak tahu menilai harga, makanya tidak banyak yang dapat saya beli di sana kerana tidak pasti samada harga betul-betul murah atau tidak. Jadi saya hanya membeli apa yang saya perlu. Tempat shopping terkenal untuk warga Indonesia yang ke Kota Bandung adalah Pasar baru dan Gedung Sate. Sementara rakyat Malaysia lebih suka membeli di Factory Outlet yang bersepah di Jalan Dago mahupun Jalan Riau (Martadinata).

Di sini saya kongsikan sedikit info pergerakan rupiah kami sepanjang di sana.

Hotel -  Rp1 juta ( 4malam) - seorang Rp 500,000
Kenderaan - Rp 400,000 (12 jam) - seorang Rp 200,000      *kami hanya gunakan sehari sahaja
Makan - Rp 300,000 (sepanjang di sana) - seorang Rp150,000 *sebenarnya boleh dijimatkan lagi.

Hotel + Kenderaan + Makan = (500ribu + 200ribu + 150ribu = 850ribu)
***Lebih kurang RM 297 seorang.

Shopping bergantung kepada individu la, samada ke sana untuk shoping atau jalan-jalan. Saya pun tidak pasti mana selebihnya duit saya dihabiskan.

Duit bawa - Duit belanja am = Rp 3juta  - Rp 850ribu
                                            = Rp 2.15juta

Tidak banyak buah tangan yang kami beli kerana kami tidak membeli bagasi. Hanya hand carry bag (cabin bag) dan laptop beg. Kalau ikutkan had maximum berat cabin bag adalah 7kg, tp mereka tak timbang pun.

Saya hanya membeli beg tangan untuk bonda, Baju solat untuk ayahanda, telekung solat muslimah, t-shirt bandung tak pasti berapa belas helai, kemudian baju dan seluar sendiri, sandal, brownies, keychain, fridge magnet dsb.

Jangan lupa menyimpan Rp 75,000 untuk cukai lapangan terbang sebelum check in balik nanti.

Jadi untuk ke Bandung yang sebenar tidaklah mahal sangat, yang penting siapa diri kita yang menentukan berapa yang perlu di bawa. RM 1000 sudah cukup sangat dah sebenarnya.

14 ulasan:

NooR AzLen BinTi HaRoN berkata...

assalammualaikum..

cdgn yg baik utk usrah..insyaallah.mungkin boleh jd acara thunan dlm group usrah.pakat2 menabung duit mgembara di negeri org smbil ambil iktibar dan pengajaran

alFarafisyah berkata...

Jazakallah atas perkongsian. Teringin juga utk ke Bandung,insyaAllah.

RuMaH TuA berkata...

Selamat sudah.

Hem~~~ Insyaallah, cadangan akan dipanjangkan kepada adik beradik usrah. (^-^)

"sepinggan untuk 8 orang boleh?"
(^-^)y

Muslimah Optimis berkata...

1 cadangan yang baik.. memang berhajat nak ke bandung, memandangkan dah terima ajakan dari sahabat dari sana beberapa kali.. pemandu pelancong dah ada. tunggu nak simpan duit sahaja.. :-)

MUHAMMAD SUKRI SUPI berkata...

Assalamualaikum ...

Bilolah ambo berpeluang g lik sano plok..byk manafaat tu...

*kalu bleh g sabah srawak xpo doh..he3

Al - Mu'allim berkata...

~NooR AzLen~

Waalaikumussalam.

InshaALlah. Lagipun tidak banyak belanja utk ke sana kalau beramai2 apalagi kalau berukhuwwah.

Moga selamat smpai ke sana

Al - Mu'allim berkata...

~alFarafisyah~

InshaAllah. Moga smpai ukhti ke sana nnti.

Al - Mu'allim berkata...

~RuMaH TuA~

Alhamdulillah, berkat doa ukhti dan sahabt2 lain.

Ukhti kn dh selalu g ke sana :)

Erm, perli ke ni? hehe. boleh jg kl sepinggan 8 org, tp seeloknya setalam.

Al - Mu'allim berkata...

~Muslimah Optimis~

Bgus juga kalau dah ada pemndu pelancong di sana. Lagi rendah kos. Penginapan hotel pun mungkin tidak diperlukan lg.

Just utk tmbang kapal terbang je la.

Al - Mu'allim berkata...

~MUHAMMAD SUKRI SUPI~

Waalaikumussalam.

InshaALlah akan smpai masanya sheikh. G honeymoon la sana. tp kl bowok oghe tino g denuh, meme byk abih la... tak valid dah artikel ni utk psgn honeymoon..hehe.

* kalu nk g sabah buleh. kita set up masa, g cuti sana. penginapan n pengangkutan inshaALlah xde masalah denuh.

Ad-Dien berkata...

Rumah Tua, Muslimah optimis, Al-Muallim dll ni satu usrah ke?

di indonsia ni ok..cuma keadaannya di jalan raya gak kelam kabut..pengankutn awam memang bersesak-sesak..

wallahua'lam..selamat berusrah...

Al - Mu'allim berkata...

~Ad-Dien~

Terima kasih atas kunjungan.

ya, Sudah pasti kami bertiga usrah berlainan :)

Saya hanya memberi cadangan kepada mana-mana aktivis ummah.

Salam ukhuwwah ya akhi

Ad-Dien berkata...

La baksa ya akhi..saya juga melalui nya , berusrah dan mengendalikannya suatu ketika dahulu..ia sesuatu yang bagi saya amat bermanfaat dan pengisian yang baik bagi umat Islam..

semoga terus thiqah di jalan salaful ummah~

Amsyahril Syahril berkata...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit, semoga kebaikan hati Tuan/Puan menjadi amal ibadah hendaknya amiin.

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails