BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


5 Dis 2011

Mohon maaf

Ini adalah posting auto update. Jika sahabat-sahabat dapat melihat artikel ini bermakna saya sudah selamat sampai ke Bandoeng. InshaAllah. Saya ingin memohon maaf atas segala kesilapan yang saya lakukan semasa mengendalikan blog ini. Ambillah segala apa yang bermanfaat dan tegurlah segala kekurangan yang terdapat di sini (kecuali bab template sb saya tidak cukup kreatif untuk menjadikan blog ini lebih menarik)

InshaAllah, dari Bandoeng terus ke Langkawi bagi menyaksikan LIMA. Nak buka tawaran untuk kiriman pun, tiada sesiapa di sini yang mengenali saya dan saya juga tidak mengenali sesiapa. Moga kita akan dipertemukan suatu hari nanti. InshaALlah.

Posting ini akan dikeluarkan (dipadamkan) selepas seminggu. Jika sahabat-sahabat masih melihat posting ini selepas seminggu, faham-faham saja lah :D. Ku mohon kiriman doa dari kalian. Wallahu 'alam.

8 ulasan:

MUHAMMAD SUKRI SUPI berkata...

Assalamualaikum...

selamat menimba ilmu di perantauan..ilmu shopping, ilmu melihat keindahan alam ciptaan Yang Esa, ilmu berbahasa indonesia dan pelbagai imu lg...he3

* xdok kenal sapo2 ko?buke ko syeikh kenal ambo..nok pesan juboh spasg eh..pahtu hntr ko ma ambo kat Pasar Besar Tumpat neh..he3

alin berkata...

SALAM...

Selamat bercuti dan menikmati nikmat ciptaan-Nya..moga Allah SWT merahmati dan melindungi perjalanan kalian..saya pasti akan ada entri pengalaman kisah perjalanan itu nanti..
dan saya akan pastikan penggalian ilmu disini xkan berhenti..

semoga selamat perjalanan pergi dan balik...

alFaratisyah berkata...

Salam

Lama tidak menjengah ke sini. Selamat mengutip hikmah sepanjang perjalanan. semoga menjadi tarbiyah yg terbaik buat panduan sepanjang kehidupan.

Semoga selamat pergi dan kembali.

cun09 berkata...

salam...

selamat bercuti...tempat orang tapi masih lagi bumi ALLAH ^___^

Al - Mu'allim berkata...

~MUHAMMAD SUKRI SUPI~

Waalaikumussalam, sheikh!

Betul tu sheikh. Banyak benda yang ambo belajar spnjng di sana. Segala ilmu yang sheikh sebut tu dan juga Ilmu tentang kehidupan. InshaAllah, ambo akan kongsi dan moga memberi manfaat kepada kita semua.

Hehe, kat pasar Tumpat tu ramai oghe jual, tok kenal hok mano so ma sheikh. Moga kita jupo jugo nati. InshaALlah.

Juboh mace comel tmpt kito lagi jah ambo kelih. So, xbeli juboh oghe jate ambo xbeli pun :)

Al - Mu'allim berkata...

~alin~

Wsalam.

Terima kasih atas doanya, alin.
InshaAllah, akan ada entri kisah perjalanan itu nanti. Moga memberi manfaat kpd semua. Juga buat panduan para backpacker yg lain (jika ada gunanya).

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini.

Al - Mu'allim berkata...

~alFaratisyah~

Wsalam.

Ya, lama juga tidak kelihatan ukhti di sini. Barangkali sibuk dengan tugasan seharian.

Terima kasih atas doanya.

Al - Mu'allim berkata...

~cun09~

Wsalam.

Terima kasih. Yup, tempat orang tapi masih bumi Allah. Lebih-lebih lagi mereka 1 aqidah dengan kita.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails