BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


8 Apr 2012

Kembali...

Bismillah.

Alhamdulillah. Dapat meluangkan masa untuk kembali menulis di dalam pena ini walaupun sudah lama tidak ke sini. Terima kasih atas kunjungan sahabat. Rupanya sudah 2 bulan saya meninggalkan lapangan ini. Moga selepas ini tidak akan ada lagi 'gap' yang lama antara post.

Memang diakui, saya agak sibuk dengan urusan persekolahan. Jarang dapat balik sekolah on time, selalunya hampir pukul 4 petang baru boleh pulang. Macam-macam perkara, mesyuarat, unit uniform, sukan, kelab/persatuan dan kelas tambahan lebih-lebih lagi bila mengajar kelas peperiksaan. Hari sabtu tidak terkecuali apabila hampir setiap sabtu ke sekolah untuk pelbagai aktiviti dan yang paling utama adalah kelas tambahan. Begitu juga dengan cuti sekolah baru-baru ini, hanya dapat separuh saja, juga kerana kelas tambahan.

Setiap hari tidak sah kalau tidak membuat balik buku tulis murid untuk disemak dan buku RPH untuk ditulis kerana tiada kesempatan waktu di sekolah. Hanya ditugaskan mengajar 28 waktu namun jawatan-jawatan lain yang mengganggu urusan pengajaran. Ketua Panita, guru pengawas, guru kelas, ketua unit uniform, jurulatih bola tampar, guru rumah HIJAU dan tugas-tugas adhoc lain merencatkan masa untuk melakukan urusan tersebut di sekolah.

Namun, saya seronok. Sehingga artikel ini ditulis, saya masih seronok dengan kesibukan ini. Saya tahu, tugasan ini tidak seberapa berbanding dengah cikgu-cikgu lain dan cikgu-cikgu di sekolah lain. Saya mendapat tahu ada cikgu yang tidak dapat cuti sekolah langsung kerana kelas tambahan sedangkan saya ada juga separuh dari cuti tersebut.

Moga selepas ini masih ada kesempatan untuk saya menulis di sini. Sebenarnya bukan soal cukup atau tidak masa yang diberi, tetapi lebih kepada soal keberkatan masa itu sendiri. Setiap orang diberi 24 jam sehari. Kadang-kadang kesibukan ini juga dirasakan kerana tidak memiliki keberkatan masa itu sendiri. Kuliah agama sekarang pun lebih bergantung kepada kuliah online.

Pernah juga beberapa kali sebelum ini menulis di sini namun hanya terperuk di draft sahaja. Tiada kekuatan untuk menyiarkan di blog.
Sahabat, doakan daku istiqamah dalam jalan dakwah dan sentiasa berada dalam redha Allah.

Moga kita semua sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah. Ameen.

4 ulasan:

NooR AzLen BinTi HaRoN berkata...

assalammualaikum

sibuknya cikgu..

Moga ALLAH permudahkan kita dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab.

Amin

MUHAMMAD SUKRI SUPI berkata...

Assalamualaikum...

Lama menyepi ya syeikh...ambo pon duk tertanya juga ke mana menghilang sahabat ambo nie..alhamdulillah dpt juga diberi kesempatan utk menjenguk blog..

Selamat kembali..sama2 doakan agar kita istiqomah dlm stp perkara y dilakukan...insya Allah


* Bilo nok mari jale2 Saboh..he3

Al - Mu'allim berkata...

~Noor AZlen~

Waalaikumussalam.

Ameen. terima kasih atas doanya.

Kesibukan saya ini tidak seberapa berbanding dengan cikgu-cikgu yang lain yang lebih sibuk.

Al - Mu'allim berkata...

~Muhammad Sukri~

Waalaikumussalam.

Maaf sheikh, ambo tokde maso nak nulih.
Saboh meme ambo nk benar g denuh. INshaAllah kalu ambo g ambo helo ko sheikh.

Saboh satu-satunya negeri ambo xrajin g lagi di Msia.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails