BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


23 Apr 2012

"Saya ikut sunnah nabi, cikgu"

Anak didik saya ramai yang mempunyai facebook dan sering bertanya fb saya untuk mereka add as friend. Sebagai seorang cikgu, saya tidak mahu mempunyai gap yang jauh dengan mereka, jadi saya tidak bermasalah untuk menerima mereka sebagai kawan.

Semakin hari semakin ramai yang menambah saya sebgai kawan fb mereka. Apabila melihat post-post dan komen mereka di fb, hati saya risau tentang apa akan jadi kepada mereka dalam tempoh 5 atau 10 tahun akan datang. Bagaimanakah akhlak mereka di masa akan datang?

Sesuatu yang tidak terduga oleh saya adalah tentang budaya couple di kalangan mereka yang saya tidak pasti apakah ini sebenarnya budaya biasa bagi sahabat-sahabat. Anak-anak didik saya masing-masing berbangga dengan meletakkan in a relationship with .... pada status hubungan mereka di fb. Ada juga yang meletakkan married with ... selain berbahasa mama dan papa dengan pasangan mereka. Ada yang dengan rakan sekelas, ada juga dengan rakan berlainan kelas malah ada juga dengan kakak senior yang lebih tua dari mereka.

Apabila ditanya, dengan senyum dan bangga mereka menjawab "sunnah nabi, cikgu".

"sunnah nabi apa?"kapel sunnah nabi ke?". tanya saya.

"sunnah nabi la macam dengan Siti Khadijah. Nabi lebih muda", jawabnya. Aduh, rupanya umur yang dimaksudkannya, bukan hubungan kapel itu sendiri. Apabila saya bertanya lebih tentang beberapa status dan komen mereka di fb, dia diam dan kemudian dijawabnya kepada saya.

"uii, bahaya betullah cikgu ni. Kena unfriend cikgu nampaknya. Terlalu bahaya cikgu jadi friend kat fb saya". alahai.

Clash dan bertukar ganti pasangan juga perkara biasa. Hari ini dengan bangga memberitahu mereka ada pasangan, esoknya sumpah seranah apabila berkelahi,

"semua lelaki sama je. tak boleh dipercayai", Minggu depan in a relationship dengan orang lain pula. Aduh.

Apabila diteliti, saya mendapati mereka sebenarnya kurang kasih sayang ibu bapa. Ada banyak masalah lain tetapi yang paling ketara adalah masalah keluarga. Saya sayangkan mereka, mereka ibarat adik saya sendiri kerana umur adik bongsu saya adalah sama dengan mereka.

Hujung minggu keluar dating berdua-duaan ke shopping mall. Mungkin mereka tidak melakukan apa-apa namun di usia sementah itu sudah pandai keluar dating, bagaimana agaknya bila sudah remaja nanti?

Surat cinta tidak usah dicerita. Dah banyak kali tertangkap. Dari murid biasa sampailah kepada pengawas biasa dan 'ustaz' pembaca doa pagi. Apakah yang patut saya lakukan?

6 ulasan:

NooR AzLen BinTi HaRoN berkata...

assalammualaikum

cabaran mendidik generasi zaman sekarang.

alhamdulillah,baru-baru ini brpeluang menghadiri ceramah yg disampaikan oleh Dr Harlina Siraj dan tak menyangka ramai guru yg hadir mungkin tajuk dan tempat diadakan di PPD maka para guru ramai yang menghadirinya.

Pelbagai soalan daripada guru dikemukakan kepada Dr Harlina.Soalan yg dilontarkn menunjukkan guru2 begitu sayang kepada anak-anak muridnya.

Ingin sama2 mebantu dalam menyelesaikn masalah.Dan dalam ceramah tersebut DR Harlina ada
berpesan agar menukarkan "terma" pelajar "bermasalah" kepada pelajar "mengalami kesukaran".

Jangan di"higlight" pelajar itu sebagai pelajar "bermasalah" ttp pelajar "yg mengalami kesukaran".

Antara langkah2 yg dikongsi oleh Dr Harlina antaranya:

i)Dekati pelajar2 ini spt luangkn masa seketika..Berbual2 dan dlm masa brbual cuba kita kenali keluarga pelajr itu.Tanya serba sedikit kerja apa,berasal drp mana..Wujudkn suasana brsembg yg mbuatkn mereka tak "berat" utk mjawabnya.

(ii)Anggap mereka spt "anak-anak" (atau spt cikgu menganggap mereka spt adik2)..Kalau kita dgn anak2 or adik2 pst kita rapat.Kita sayang mereka dgn brtanyakn khabar mereka dan sbgnya

Jadi,mungkin cikgu boleh wujudkn
"suasana brtanya khabar ini spt sebelum memulakn kelas.Mereka akan merasa diri dihargai

(iii)Elakkan drp membandingkan sesama mereka sbg contoh : tengok si fulan kat kelas 3 cemerlang..Si fulan itu rajin..pandai,dgr kata tak macam kamu ini degil,malas dsb

-elakkn drp mbandingkn mrk kerana skaligus akan mnjatuhkn maruah dan air muka mrk


(iv)Didiklah mereka spt saranan Saidina ALI..ada 4 peringkat(cikgu cuba search ya ttg peringkat ini)

Alhamdulillah skdr berkongsi manfaat ilmu dan pengalaman yg saya perolehi tempoh hari.

Moga ianya mampu membantu cikgu dan cikgu2 yan lain.Amin

MUHAMMAD SUKRI SUPI berkata...

Assalamualaikum syeikh...

Apa khabar?

Sedih bila anak didik kita terlibat dengan perkara2 yang seumpama ini. tengahari tadi ambo ada menerima mesej daripada sahabat yang mengajar di Sarawak..

"sedihnya rasa hari ini, baru tahu murid2 tahun tiga masih belum pandai mengucap kalimah syahadah, tidak boleh membaca al-fatihah dan tidak solat....luluh hati bila mengenangkan nasib murid2 ini"

Di sekolah ambo sendiri pun lebih kuranglah. Walaupun hanya 3 orang pelajar non muslim dan selebihnya beragama Islam daripada 400 murid, namun murid2 ini masih tidak solat. Ambo diberi mandat mengajar tahun satu, empat, lima dan enam...apa yang menyedihkan murid2 tahun enam kebanyakannya masih tidak solat.

Jika masuk ke kelas, "kita mulakan kelas dengan ummul kitab al-fatihah.." Maka suara murid tahun lima pula " Allahummaftah alaina hikmataka....."

Sedih dan pilu mengenangkan murid2 di sekolah ambo. Maka menjadi tanggungjawab kita sebagai pendidik untuk sama2 mendidik mereka ke jalan kebenaran...


* ambo cadangkan syeikh sebuah blog ustaz sekolah ambo... http://muridkyai.blogspot.com/

alFarafisyah berkata...

As-salam

Alhamdulillah. Syukur krn ckg 'dihadiahkan' anak-anak sebegini. Ana yakin ckg mampu utk menghadapinya krn Allah tahu kemampuan ckg.

InsyaAllah, ana cuba berkongsi. Pengalaman ana sbg guru tidaklah sebanyak mana, kata org masih setahun jagung.

Namun, ana percaya, anak-anak didik ini ibarat mad'u-mad'u kita atau org yg ingin kita dakwahi, yg kita akan didik (tarbiyah).

Bila menyebut tentang tarbiyah, maka ana yakin cara yg paling hebat pastinya cara yg digunakan oleh Rasulullah dlm mentarbiyah para sahabat.

Perkara paling penting dlm proses tarbiyah pd ana adalah taaruf. Kita harus kenal bagaimana mad'u kita sebelum kita dpt mentarbiyah mrk. Lihatlah bagaimana Rasulullah sgt kenal dgn peribadi para sahabat.

Namun, sebagai guru, masa kita dgn para pelajar mungkin agak terhad, jadi mungkin agak sukar utk kita kenal peribadi mereka.

Selain lisan, dakwah juga boleh dilakukan melaui tulisan dan amal perbuatan.

Mungkin ckg boleh edarkan artikel mengenai topik CINTA dan cinta.Olahlah ia agar lebih santai mudah dihadam oleh pelajar seusia mereka.

Berbincang mencari solusi permasalahan ini sememangnya agak sukar dlm norma hidup masyarakat yg seolah-olah 'menggalakkan' couple sebelum kahwin. Semoga Allah redha dan memudahkan usaha kita, insyaAllah.

Wallahua'lam. Cuma pandangan dari hamba-Nya yg serba kekurangan.

NadiaH NaDya berkata...

alahai...kenapa sunnah tu je yg mereka nmpak....

Mohd Shukri Hussin berkata...

salam..

sama lah.. inilah masalah yg amat saya risaukan.. mereka ni couple subhanallah.. memang merisaukan.. bermanja2, dan bercampur gaul dengan dahsyat.. laki dan ppuan sama je.. risau sgt.. sy ni cikgu kat SMKA.. tapi perangai budak sama je ngan SMK..

risau sgt.. semakin tipis nilai agama..

pengaruh nafsu dan budaya barat terlalu kuat..

kueh berkata...

berdoa dan terus berdoa ^___^ V

Moga Ada keberkatan disitu :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails