BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


31 Jan 2012

Tips menangani murid nakal

Saya tidak pasti samada cara ini berkesan untuk anda atau tidak, tetapi ianya berkesan untuk saya. Sebagai seorang cikgu, sudah pasti saya mahukan yang terbaik untuk anak didik saya. Namun situasi sekolah saya ketika itu tidak membantu saya menjadi seorang cikgu yang terbaik buat mereka. Saya tiada masalah jika ada pelajar yang bercakap2 di dalam kelas asalkan tidak berlebihan dan kerja saya tidak mereka abaikan. Namun tidak bagi pentadbir sekolah, bagi beliau kelas perlu diam dan jika ada murid yang bercakap, cikgu akan dimarahi dan murid itu akan dirotan.

Situasi ini amat merimaskan cikgu-cikgu. Saya sebenarnya tiada masalah jika ingin memarahi saya tetapi merotan pelajar yang membuat kesalahan bercakap adalah sesuatu yang tidak patut. Bagi mengelak mereka dirotan, saya terlebih dahulu memarahi mereka supaya tidak membuat bising dan menyiapkan kerja.

Suatu hari, kelas saya bising seperti biasa, almaklumlah masa-masa terakhir sebelum balik ni mereka lebih agresif. Dari jauh kelihatan pentadbir sekolah berjalan dari kelas ke kelas. Alamak, apa aku nak buat ni.

"Boys. Quite and do your work", saya meminta mereka duduk sambil mengetuk rotan ke meja cikgu. Suasana kelas berubah seketika dan masing-masing menyambung kerja, tetapi ada seorang murid saya tidak mengendahkan arahan saya untuk duduk di tempatnya dan menyiapkan kerjanya.

"You, come here boy", saya memanggilnya ke depan. Kelas menjadi sepi dan seluruh mata memandangnya. Perlahan-lahan dia datang ke depan sambil tersengih-sengih. Saya menarik tangannya ke tepi meja guru, lalu saya pun duduk di kerusi guru.

"Kenapa kamu tak dengar cakap cikgu? Cikgu suruh buat kerja, satu kerja pun kamu tak mula lagi ni", tanya saya. Dia diam saja, senyumannya mula kendur walaupun saya tidak marah pun padanya.

"Kamu tak suka cikgu ke? kamu tak suka cikgu ajar kelas kamu?", saya bertanya. Diam lagi.

"takpelah, if u dont like me, i'll ask other teacher to replace me to teach u. Next class, cikgu minta cikgu lain ganti cikgu ye. Kamu kan tak suka cikgu, biarlah cikgu lain yang ajar kamu", saya terus bermain kata-kata. Dia menggeleng-geleng kan kepala. Seperti mahu berkata sesuatu tetapi tidak keluar dari mulutnya.

"Kamu jangan risau. Cikgu tak marah pun. dah kamu tak suka, takpelah. cikgu lain yang ganti cikgu nanti", jelas saya kepadanya. Kelihatan cecair nipis keluar dari mata kirinya.

"eh, menangis ke? betul ke ni? Sikit je air mata, dahla sebelah je. Ni nangis betu-betul ke olok2.", getus hati saya. Nak bagi dia lebih terharu, saya menyeka air mata itu dengan menggunakan tangan saya

"huushhhh!!! jangan nangis, orang laki tak boleh nangis", saya 'memujuk'. Air matanya terus berlinangan. Kali ini dari kedua belah mata. Alamak, dah nangis betul2 ni.

"dah2, pergi masuk tempat", saya memujuknya lagi. Dia tidak berganjak, lalu saya memimpin je ke tempat duduk untuk mengelaknya menangis teresak-esak.

Elok je dia duduk, dia mengambil pensil dan memulakan tugasannya. Walaupun kawan-kawannya datang mengusik, mengacau, mengajaknya bermain, tidak dipedulikannya. Padahal sebelum ini, dialah yang selalu mengacau kawannya. Saya memerhatikannya dari jauh. Sekejap2 dia memanggil saya sambil mengangkat hasil kerjanya.

"cantik tak cikgu?", dia bertanya.

"wah, sangat cantik. bagus2", puji saya.

Sebenarnya, itulah hari terakhir saya di sana. Ya, memang betul-betul ada cikgu lain yang masuk menggantikan saya. Namun, nama itu tetap akan saya ingat. Mohd Danish.

Sebenarnya sahabat-sahabat, kadang-kadang pelajar-pelajar ni kita kena jentik perasan mereka. walaupun seganas dan sebrutal mana pun mereka, di dalam hati mereka tetap ada taman.

16 ulasan:

Hanisah Safian berkata...

Alahai, sure Mohd Danish sedih! haha

:)

MUHAMMAD SUKRI SUPI berkata...

Assalamualaikum syeikh..

lama xziarah syeikh nie...he3..kebetulan tajuk yang syeikh bincangkan ini baru sahaja ambo dengar sekejap td...antara cara yang boleh kita buat untuk menangani murid2 nakal ialah jangan terlalu tegas dgn mereka. Keduanya selalu berdoa agar murid2 tersebut berubah baik...insya Allah (",)

*dlm hati ada taman erk..he3

- Ukhty Iman - berkata...

assalamu'alaikum...

Subhanallah! bila cara yg dilakukan dgn penuh hikmah, insya-ALLAH lembut hati anak tu..teruskan dik, gunakan pendekatan psikologi yg terbaik utk mendidik anak bangsa ya..moga ALLAH redha usaha murni semua guru..aamiin.

tahniah! Mohd Danish mmg anak soleh :)

Eyda berkata...

Assalamualaikum
Salam Maulidur Rasul cikgu,

Senyum ana bila baca entri yang ni. Pandai cikgu psycho pelajar tu. Bukan senang nak bagi pelajar lelaki nangis....
Boleh cuba juga teknik nih.....:)
ALHAMDULILLAH.

Kesian Danish, 'cikgu' dia dah diganti.

Gen2Merah berkata...

wahhh cikgu.. tersentuh hati saya membacanya.. betapa indahnya bila kita menyelami hati naluri murid2 kan...

alin berkata...

suka entri ni.. mendidik bukan melalui kekasaran tapi mendidik melalui pendekatan.. selami ati pelajar insyaAllah xda istilah degil.. mereka cuma mahukan perhatian sbb tu buat perangai

Al - Mu'allim berkata...

~hanisah~

Tak pasti la sedih ke tak. Ntah2 lagi hepi

Al - Mu'allim berkata...

~Sheikh Sukri~

waalaikumussalam.

InshaAllah, akan sentiasa mendoakan mereka walaupun hati ini sering terguris. huhu.

Taman bunga sheikh, bkn taman buaya!

Al - Mu'allim berkata...

~Ukhty Iman~

Waalaikumussalam kak.

Seboleh mungkin saya tidak ingin memarahi anak didik.

Bila seseorang guru marah, murid tidak suka, guru juga tidak suka dan pelajaran selepas itu sudah jadi lain dah.


Lepas ini mungkin boleh namakan putera seterusnya dengan nama Danish :)

Al - Mu'allim berkata...

~Eyda~

Waalaikumussalam, cikgu.

Sudah terlambat untuk menyambut salam maulidurrasul. Namun selawat dan salam buat Rasul tercinta.

Lelaki juga manusia biasa yang mempunyai hati nurani. =)

Al - Mu'allim berkata...

~Gen2Merah~

Yup, cuba selami hati mereka. Mereka nakal kadang-kala nakal untuk menarik perhatian kita. Lagi bagus dapat menyelidiki latar belakang mereka.

Al - Mu'allim berkata...

~alin~

Benar kata alin.
Mereka mahukan perhatian kita. Setiap mereka kadang-kadang kurang kasih sayang dan perhatian ibu bapa.

nadhirah berkata...

^_^

pasti Danish merindui cikgu.. sesekali pergilah lawat dia...

Al - Mu'allim berkata...

~nadhirah~

Ntahla...
ntah-ntah dah lupakan cikgu dia ni :)

Susah mahu melawatnya. Waktu saya pulang dari sekolah, dia pun mesti dah pulang. Beberapa kali melawat sahabat2 di sekolah lama, tp tak pernah ke temu.

aini qu berkata...

sy dah cuba dh skill tue..tp xbrbaloi..diaorg still dgn pergai yg sama..xnk bt kerja sekolah n tido je dlm kelas

Kembara Hayat berkata...

Yang ni saya dah cuba, tapi tak menjadi langsung. Cuma boleh mendoakan saja anak-anak murid saya lembut hati mereka.Tolong doakan juga ya..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails